Ahad, 15 September 2013

TEASER BUKAN CINTA TERLARANG

Aryan membuka sampul surat itu dengan tangan yang terketar-ketar. Lalu, membacanya.

To my beloved husband, Aryan Wong..

Maafkan saya sekiranya saya ada buat silap dengan awak. Saya tau saya tidak boleh menjadi isteri sempurna di mata awak sebagaimana sempurnanya Siti Khadijah di mata Rasulullah. Walaupun saya tau saya tak sempurna, tapi saya cuba untuk menjadi isteri yang baik di mata awak wa
laupun untuk seketika. Pasti awak sudah jumpa perempuan yang boleh gantikan tempat saya kan? Saya mendoakan awak akan bahagia di sampingnya. Don't break her heart. Dia juga seperti saya. Seorang perempuan yang memerlukan kaum Adam untuk melindunginya. Saya harap awak bahagia bersama dia dan juga bersama anak-anak awak yang comel. Sampai di sini saja warkah saya untuk awak. Sekiranya awak belum jumpa teman pengganti, saya doakan awak jumpa dengannya satu hari nanti. Wo Ai Ni, Aryan Wong.

                                                                                                         From your wife : Airina Julia


Sebaik saja Aryan membaca surat itu, air mata lelakinya tumpah. 'Ya Allah, kenapa Engkau pinjamkan dia sekejap sahaja untukku. Baru saja, aku berada di ambang bahagia bersamanya, Engkau sudah menjemputnya. Tabahkanlah hatiku untuk menerima ujian-Mu yang hebat ini.' rintih Aryan di keheningan malam.

Tiada ulasan: