Khamis, 5 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG SPECIAL ( PART 2)


PART   2

ARYAN melangkah masuk ke dalam perasaan bersalah yang mendalam dalam hati. Tu lah, sapa suruh blur tahap dewa. Kan bini dah merajuk!

Mata Aryan melilau mencari batang tubuh isterinya. Dia melihat isterinya sedang termenung jauh di balkoni. Dengan langkah yang pantas, dia menghampiri isterinya. Tiba-tiba langkah yang pantas itu menjadi perlahan dan perlahan dan terus kaku apapbila mendengar luahan hati isterinya.

“Atuk, kenapa semua orang tak cuba memahami perasaan Ai? Hati Ai terluka, tuk. Terluka sangat-sangat. Dulu, masa atuk hidup, atuk selalu cuba untuk faham perasaan dan bagi kata-kata semangat untuk Ai. Tapi bila atuk dah tak ada, semua semangat Ai hilang sekelip. Why Allah take you from me very faster, tuk? I’m very miss you so much, tuk.

Airina mengeluh berat sebelum memulakan kata. Aryan hanya berdiam-diri. Dia mahu mendengar lagi luahan hati isterinya yang selama ini dipendam.

“Ai rasa nak je ikut atuk. Tapi siapa Ai untuk lakukan semua tu. Ai hanya manusia biasa. Ai tahu setiap yang hidup pasti akan merasai kematian tetapi tak tahu bila kematian itu akan hadir. Ai akan cuba sabar dengan dugaan yang Allah berikan. Ai akan cuba, tuk. Ai harap sangat bila di ‘sana’ nanti Ai akan jumpa atuk dan Ai berharap sangat di ‘sana’ nanti kita takkan terpisah macam sekarang ni.Insya-Allah.”  Luah Airina sambil mengusap gambar arwah datuknya. Hanya itu sahaja kenangan yang arwah tinggalkan yang masih ada hingga kini. Macam mana pulak dengan kongsi gelap Gold Dragon? Dah lenyap selama-lamanya.

Di sebalik kelekaan Airina mengusap gambar arwah datuknya, Aryan pula menangis. Sungguh dia tersentuh mendengar luahan itu. Dia berasa dirinya sungguh tidak guna kerana tidah cuba memahami hati isterinya dan dia berasa dia bukan suami yang terbaik untuk Airina.

‘Kenapa selama ni aku tak cuba untuk faham keadaan isteri aku. Tengok sejak akhir-akhir ni Dia selalu terasa dengan  kau sebab perbuatan kau yang blur tahap melampau.Aku cuma nak dia ketawa je dengan perangai aku. Alih-alih lain pulak jadinya. Betul kata orang, jangan terlalu mengusik orang sehingga usikan kita tu buat orang lain rasa sakit hati. Arghh!!! Kau memang suami tak guna, Aryan!!’ marah Aryan kepada dirinya sendiri.

Aryan menarik nafas panjang. Cuba hilangkan rasa kesal dan bersalah dalam hati. Dia ingin memujuk Airina. Harapannya tinggi agar Airina dapat memaafkan dirinya.

“Sayang...” panggil Aryan perlahan.

Airina yang sedang melayani perasaaan tersentak apabila ditegur. Dia menoleh ke belakang. Matanya memandang wajah Aryan yang kelihatan seperti pesalah yang menunggu dibicarakan di mahkamah.

Hmm..anything?”

“Err...ab..abang sebenarnya...” tergagap-gagap Aryan berkata.Aihh..mulut, kau jangan buat hal pulak kali ni. Tolonglah jangan tambahkan kesalahan aku boleh tak!

“Sebenarnya apa?” tengking Airina geram. Dari tadi sebenarnya, sebenarnya. Berkerut Airina memandang suaminya. Apahal dengan laki aku ni? OK ke KO? Mulut tu dah menggigil-gigil macam nampak hantu. Aku ni bukan pontianak harum sundal malamlah! 





(AIRINA JULIA)

“Sebenarnya saya isteri dia.. Eh, silap. Sebenarnya abang nak mintak maaf. Hahh, mintak maaf.” Adehh, macam mana pulak boleh tersasul jadi Syaf ni. Patutnya aku jadi Acad.

“Mintak maaf pasal apa? Cuba cakap straight to the point and jangan belok-belok. Ni tak, ada belok kanan, ada belok kiri. You have any problem? Cei citer, cer citer..” sempat Airina melawak. Bukan apa, kalau asyik beremo je kan tak baik untuk baby dalam kandungan. Sebab tu dia cuba berlawak. Dapat hilangkan stress kejap!

“Abang nak minta maaf sebab selalu buat sayang terasa dengan abang. Abang cuma nak lawak-lawak dengan sayang je. Tapi, tak sangka boleh jadi macam ni. Abang tahu, abang ni bukan suami yang terbaik. But one more thing, you have to save in your mind this. Abang akan selalu ada dengan sayang. Abang tak kisah kalau kena marah dengan sayang sekalipun. Janji sayang kena ada di sisi abang sampai bila-bila. Abang tak nak sayang rasa sayang keseorangan dalam dunia ni.”

Airina menghela nafas. Melihatkan keadaan Aryan yang rasa bersalah itu membuatkan dia tumpah simpati terhadap suaminya. Semarah manapun dia, dia amat berpegang prinsip hidupnya iaitu memaafkan orang lebih baik dari berdendam.
Airina menghampiri suaminya. Dia memegang tangan suaminya. Lalu, digenggam lembut.

“Abang, Ai dah lama maafkan abang.”

Aryan mengangkat kepala dari menunduk. Dia seperti tidak percaya yang Airina sudah memaafkannya. Setahunya, dulu Airina ni seorang yang sukar memaafkan orang dan suka berdendam. Mungkin inilah keajaiban yang Allah berikan.

“Are you sure, sayang? Sayang dah betul-betul maafkan abang? Ke abang yang mimpi ni?”

Airina mencubit pipi Aryan.

“Auchh.. kenapa sayang cubit pipi abang ni? Taulah kita ni handsome sebab ada lesung pipit tapi tak payahlah nak cubit. Sakit tau. Kalau kiss tak apalah jugak.” Puji Aryan diri sendiri. Kuat perah santan betul Aryan ni!

Airina mengekek ketawa. Masak sangat dah dengan perangai Aryan yang suka bangga diri.

“Ai buat macam tu bukan sebab geramkan ada lesung pipit tu. Ai buat macam tu supaya abang percaya yang Ai dah maafkan abang. Kan tadi abng juga yang cakap abang ni ke tak? So, this my answer.” Berjela-jela Airina berkata.

“Tapikan kenapa sayang cepat maafkan abang? Setahu abang, dulu sayang nil ah paling susah nak maafkan orang. Hmm.. Pelik bin ajaiblah?” Aryan meletakkan jarinya di hujung bibir, seolah-olah ingin memikirkan masalah jenayah. Macamlah awak tu detektif, Aryan.

Airina membeliakkan mata. “Abang nak Ai tak maafkan abang ke?”

“Ehh..taklah. Abang cuma tanya je. Takkan tak boleh kot?”

“Sebenarnya prinsip hidup Ai ialah memaafkan orang lebih baik daripada berdendam. Ai terfikir, kenapa orang suka sangat berdendam, bukannya boleh dapat pahala tapi dapat dosa adalah. Kadang-kadangkan Ai rasa orang yang suka berdendam ni takkan bahagia hidupnya and kadang-kadang dendam itu akan memakan diri sendiri. Betul tak? Ai tak mahu berdendam dengan sesiapa termasuk suami Ai yang cute ni sebab Ai takut Ai akan dapat dosa kalau berdendam dengan suami. Kan Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. So, kenalak hormat suamikan walaupun dia kuat perah santan.”

Aryan tersenyum lebar mendengar kata-kata Airina. Sungguh sekarang ini, hati dia berasa sungguh lapang. Untungnya dia dapat sebaik Airina walaupun banyak kekurangan. Kekuatan dia adalah kekurangan Airina dan kekurangan dirinya adalah kekuatan Airina. Hidup saling melengkapi ini memang sungguh bahagia!


(ARYAN WONG)







©Najiha Ayuni.


* P/S : Sorry kalau part yang ni tak best.. Seriously, Uni cakap Uni tak ada idea nak buat...tp klu untuk part 3 (maybe final) ialah pasal kek red velvet. Hmm..ada apa dgn kek red velvet ye. Kita tunggu. Thanks sbb sudi baca karya Uni yang x seberapa ni.

Tiada ulasan: