BAB 4
Ting tong, ting tong....
“HAH.. Dah sampai pun bakal
menantu mama. Masuklah.” Aku hanya mencebik mendengar perkataan 'bakal menantu
mama'. Nak muntah hijau rasanya.
“Hah Aryan ni lah anak auntie yang
auntie katakan tu. Airina Julia.” Mama memperkenalkan aku dengan 'bakal suamiku'.
Aku yang berada dari belakang
mereka menoleh. 'Masya-Allah.. Dia ni ke yang akan jadi laki aku ke?' desis
hatiku. Waktu tu pelbagai perasaan menjalar dalam hati. Terkezut ada, tergamam
ada dan segala ada beradik TER lah yang ada.
''Ai sayang.. Ni Aryan Wong. Your future husband.Kenal-kenallah
dulu ye. Mama nak ke dapur jap. Aryan dengan Ai duduk sini dulu tau.'' kata
mummy sambil meninggalkan aku dengan lelaki yang aku pernah TER..peluk dulu.
Bukan saja-saja nak peluk ok! Dan dia ni lah yang kata aku nak rogol dia tu.
Tak kuasa aku nak rogol kau!
Aryan hanya senyum kepadaku. Aku?
senyum tapi macam tak nak senyum je. Berat betul bibir aku nak senyum dengan
mamat depan aku ni.
“Hai. My name is Aryan Wong. You, Airina
Julia, right.?” tanyanya sambil menghulurkan tangan untuk salam perkenalan.
“Yes I am. Sebelum mama saya kenalkan saya dengan
awak, awak dah tahu siapa nama sayakan?” tanyaku dengan perli sambil memeluk
tubuh.
''Haha..yes. I knew your name before
your mom introduced me.'' dengan selamba dia membalas sambil memeluk tubuh
sepertiku. 'Huk aloh mamat ni. Ada harapan nak kena tembak dengan revolver
kesayangan aku nampaknya.'
“Hmm..Kalau dah kenal, buat apa nak
kenal lagikan?”dengusku.
“Saja. Nak tengok your remembrance kuat ke tak. Kot-kotlah dah nyayok.
Mana kita tahukan” Amboih ..mamat ni. Laser betul mulut dia. Aku dah hilang sabar
ni.' dengusku.
Belum sempat aku membalas kata-kata laser Aryan, mama dah panggil kami.
“Aryan, Ai. Marilah kita makan. Mama
dah hidangkan makanan.” jemput mama.
“Ingat, saya akan balas balik apa
yang awak cakap tadi.” bisikku sambil berlalu ke meja makan.
“Balaslah.. Kalau awak berani.
Ingat saya takut” balasnya dengan penuh selamba. 'Huh..ada hati nak lawan aku.
Kau tengok Gold Dragon. Aku akan buat kau sengsara selama-lamanya. Just wait and see. Gold Dragon kau akan hancur tak
lama lagi.' monolog Aryan tersenyum sinis.
“SO. Aryan macam mana? You
think about my application? Are
you deal or not?” tanya mama selepas selesai makan tengahari. Aku hanya
mendengar sambil bermain candy crush saga dalam I-phone. Main benda ni lagi
best dari dengar pasal lamaran mama tu. Dalam hati harap Aryan menolak lamaran
mama tu. I'm not ready ok.
“Aryan dah habis fikir dan Aryan
setuju nak kahwin dengan Ai.” katanya sambil memandang aku.
Aku yang mendengar terus
mencampakkan I-phone ke atas sofa buatan Perancis. Terkejut! Nasib baik tak
jatuh I-phone aku tu. Kalau tak naya je. “What?!!” aku terjerit. Ye lah.
Lain diharap dalam hati, lain pulak yang jadinya.
“Ai ni tak elok menjerit macam tu
tau.” tegur mama sambil mengurut dada. Mungkin terkejut mendengar jeritan
batinku.
“Hah..emm. I'm sorry. But are you sure to marry
me?” tanyaku dengan sekali nafas. Sesak dah rasanya.
“Yes, I'm very sure to marry
you. Airina Julia, are you want to be my wife forever and ever. Untill to
Jannah.” ucap Aryan dengan lembut.
Aku yang mendengar lamaran Aryan,
membuntangkan mata. 'Mak aihh..biaq betul dia ni? betul ke apa yang aku dengar?
Fitri..please help me.'jeritku dalam hati memanggil Fitri.
“Aku ni tengah mimpi ke?” Aku
menampar pipi aku. Perghh..sakit giler. Betullah kot aku tengah dilamar.
Macam poyo je kan ayat ni.
“Awak tak mimpi sayang.” kata Aryan
dengan suara yang mendayu.
‘Sayang?!!’aku yang mendengar
perkataan sayang terus pengsan sebab tak tahan dengan keromantikan Aryan.
“Ai!!” jerit mama bila melihat aku
pengsan. Waktu tu aku rasa berada diawang-awangan. Hehehe…
“AKU terima nikahnya Airina
Julia binti Affan Emir dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.”
Masih terngiang-ngiang lafaz akad nikah yang baru berlalu sebentar
tadi. Betul ke aku ni dah kahwin? Betul ke?' desisku. Aku memandang Fitri yang
menjadi pengapitku.
“Weii..Fit. Aku nak tanya kau
sesuatulah.”
“Nak tanya apa Ai?” tanya Fitri
sambil menjongkatkan kening.
“Betul ke keputusan aku berkahwin
ni tepat? Aku rasa macam ada yang tak kenalah.”
Fitri hanya menepuk dahi. ''Apa
yang tak kenanya Ai? Kau ni..Elok-elok Aryan tu dah lafaz akad nikah, kau pulak
macam nak buat hal. Tu lah, sebelum akad nikah tak nak tanya aku.” Bebel Fitri
“Bukan aku nak buat hal. Tapi ada something
wrong with him. Kenapa dia macam kahwin paksa dengan aku je?” berkerut muka
Fitri mendengar kata-kataku.
“Kahwin paksa? Kau ni sihat tak Ai?
Bukan ke kau kata dulu yang dia ada lamar kau sampai kau pengsan bila dia
panggil kau sayang..” Perkataan sayang sengaja ditekankan. Nak perli aku lah
tu. Bila teringatkan kejadian tu, aku rasa nak menyorok bawah katil seratus
tahun pun ada. Malu yang amat!
“Dah-dah..sekarang bukan masanya
kau nak fikir benda remeh-temeh macam tu. Sekrang ni kau kena tumpukan
perkahwinan kau ni. Mesti sweetkan. Ahh..tak dapat bayangkan betapa romantiknya
Aryan dengan kau.” Aku memandang Fitri. Aku buat muka meluat bila dengar
angan-angan Fitri. 'Simpan je lah angan-angan kau tu Fit. Angan-angan tetap
jadi angan-angan.' desisku.
SELESAI upacara bersanding di Heritage Hotel, aku dan Aryan terus masuk
ke dalam bilik. Letih betul badan ni. Ni semua mama punya idea. Nak buat wedding
of the year kononnya. Lantaklah asalkan mama puas hati sudah.
Sedang aku merehatkan diri. Aku teringatkan
persoalan yang masih berada dalam benakku. Aku memandang Aryan yang ingin
membersihkan diri.
“Kenapa awak setuju dengan mama
lamaran saya?” tanyaku.
“Aku setuju ada sebab.”
“Sebab? Sebab apa?”Aryan memandang sekilas isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.
“Sebabnya kau tak perlu tahu. Biar aku je yang tahu.” jawab Aryan.
“Kenapa saya tak boleh sebab tu? Kalau saya tak tahu sekarang. Maybe satu masa nanti saya akan tahu juga.” balas Airina dengan geram. ‘Apahal mamat sorang ni nak bersecret sangat
dengan aku ha? Pelik betullah mamat
ni.’ rungut Airina dalam hati.
“Kau tak faham bahasa ke hah?! Aku kata kau tak payah tahu, tak payahlah. Kenapa kau degil sangat ha?!” tengking Aryan. ‘ Kenapalah aku dapat bini macam dia ni. Degil nak mampus. Kalau tak kerana rayuan Auntie Kirana. Dah lama aku ceraikan dia. Baru beberapa jam kahwin dah tunjuk perangai.’
“Ok. Fine , kalau awak tak nak bagitahu saya. Tapi ingat, saya tetap akan cari sebab kenapa awak terima lamaran mama. And for your information, malam ni awak tidurlah atas lantai ya. Saya nak tidur atas katil.Bye.. Assalamualaikum." selepas menghabiskan ayatnya, Airina terus merebahkan badannya di katil tanpa membersihkan diri terlebih dahulu. Buruk betulkan perangai perempuan bernama Airina Julia ni kan?
Aryan memandang Airina itu bagai mahu ditelan dan dipatah-patahkan tulangnya.‘Ahh..susah betul dapat bini macam dia ni!!’ jerit Aryan dalam hati. Sudahlah badannya letih selepas bersanding ditambah pula dengan perangai 'gila' isterinya itu. Sabo jelah.
Bip..bip..bip
“Hello..Emir where are you?”
“Aku dekat pub biasalah. How about your first night.
Mesti bestkan.Hehehe..” Aryan hanya mencebik bila mendengar ketawa Emir yang
seolah memerlinya.
“Best mendanya. Like cat and dog ok. It's very embrassing.” luah Aryan dengan geram.
“Haha..Relaxlah bro. Kau kan pandai dalam hal mengayat perempuan. Aku pun kalah. Oklah bro, gua mau enjoy dulu. I hope you enjoy with your first night. Bye.”
Aryan memandang telefonnya. Selepas itu, memandang isterinya yang sedang nyeyak tidur bagai orang yang tak pernah jumpa katil. 'Haihh..macam mana ni? Terpaksa aku tidur kat atas lantai.' Aryan mengeluh lalu pergi ke bilik air.
“MAMA nak tanya kamu berdua ni. Nanti kamu nak honeymoon kat mana? Cakap je kat mummy. Nanti mama sponsor.'' kata mama ketika
kami sedang menikmati sarapan pagi.
Aku memandang Aryan yang sedang
makan tak 'hengat' dunia. Sedap sangat ke masakan yang aku buat sampai makan
macam tu sekali!
“Err..awak nak honeymoon kat mana nanti?” dalam hati aku harap
dia menolak sebab tak sanggup nak tinggalkan office lama-lama. Yelah, office tu dah macam rumah kedua aku.
“Ai..kenapa panggil Aryan 'awak'. Sepatutnya bila dah kahwin ni kena tukar panggilan macam abang ke B ke kan lagi elok.” tegur mama.
Aku yang mendengar perkataan 'abang' dan 'B' mula rasa meluat. Euww..seriously aku rasa nak muntah.
“Hah..kalau macam awak panggil saya abang. Bolehkan sayang?'' aku yang mendengar kata-katanya, terus meneguk air. Tapi bila aku minum ni rasa macam tak cukuplah airlah pulak.
“What do you call me? Baby?” harap apa yang aku dengar tadi tu hanya mimpi je. Jangan jadi macam sebelum ni sudah!
“Abang panggil baby, boleh tak baby?” 'Ya Allah, nakal betul mamat ni. Suami sapelah ni. Suami sape lagi kalau bukan suami aku sendiri kan!'
“Err..hah.. but i'm not your baby ok.” Bantahku.
“Kalau macam tu abang panggil sayanglah.”
“Tapi saya tak sayang awak.” Bantahku
lagi. Geram betullah aku dengan mamat ni.
“Alaa..tak kisahlah sayang abang ke tak. Abang tetap nak panggil sayang.” Kata Aryan dengan manja. Ooo..depan mama bolehlah kau manja. Tapi belakang mama jangan haraplah!
“Ikut suka hati awaklah.” terus aku bangun dari tempat dudukku. Lagi lama aku duduk di itu rasa lagi sakit hati kot!
“Hahaha...” mama dengan Aryan sama-sama ketawa bila melihat wajah cemberutku yang rupanya lepas makan asam kecut plus cuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan