“ABANG, esok jangan lupa tau.” Kataku sambil membaca novel Playboy Itu Suami Aku karya penulis terkenal Suri Ryana. Nasib baik laki aku tak playboy macam Raja Adrian Benjamin. Kalau tak, dah lama aku reject waktu dia lamar aku sampai aku pengsan!
“Lupa apa pulak, sayang?” Tanyanya yang sudah duduk di sebelahku. Tanpa meminta izin dariku, dia terus baring di atas ribaku. Ehh, mamat ni tak mintak izin dari aku dulu nak baring ke apa ke. Ada jugaklah yang kena wachaa dengan aku karang!
“Hai..Takkan abang dah lupa kot esok hari apa?” tanyaku sinis. Masakan dia dah lupa esok hari apa. Memang nak sekeh betullah suami aku ni.
“Esok sebenarnya hari apa, sayang? Nak kata esok hari anniversary tak, nak kata birthday sayang pun tak jugak. Habis esok hari apa? Abang tak tahulah. Sayang cakap je lah..”
Aku mengetuk kepala dia dengan novelku. Ketuk-ketuk manja je. Kalau ketuk kuat tadi, mahu mamat ni merajuk sampai mogok tak mahu makan!
“ Esokkan result UPSR keluar. Takkan abang dah lupa kot?”
“Jadi? Apa kaitannya?” Tanya Aryan sambil buat muka blur.Aku hanya menahan sabar. Kalau tak fikir yang aku ni tengah mengandung, mahu je aku tembak dia dengan revolver kesayangan aku tu. Walaupun aku dah tak ada kongsi gelap tapi revolver kesayangan aku tu masih milik aku. Kalau orang lain sentuh benda tu, siaplah. Ada habuannya.
“Cik abang intan payung. Awak dah lupa ke tentang anak saudara kesayangan awak tu. Diakan ambil UPSR.” Terangku.
“Sapa anak saudara kesayangan saya tu.?” Tanyanya yang sudah tersengih seperti kerang wangi separuh busuk.
Aku tahu makna yang Aryan maksudkan tu. Dia nilah, kalau aku naik angin, dia cakap aku macam nenek tua kat sebelah rumah mummy tu. Sesuka-suki hati dia je nak kutuk nenek tua tu. Kesian nenek tu. Aryan ni memang tak makan saman langsung dengan semua nasihatku. Dia je yang betul.
“Anak saudara kesayangan awak tu namanya Balqis. Saya tak tahu pulak yang awak ni ada penyakit lupa. Kesian..” perliku.
“Mana ada abang lupa sayang. Abang saja je nak tengok sayang ni prihatin ke tak. Tu je..” selamba dia mencuit hidungku. Aku memuncung. Merajuk!
“Oh, selama ni abang kata sayang ni tak prihatinlah ya? Tak pelah. Sayang tahulah sayang ni jahatkan.”
Tiba-tiba saja aku jadi terlebih emotional. Mungkin pembawakan budak kot!
Aryan tercengang-cengang melihatku. Mungkin dia tidak menyangka yang gurauannya menyebabkan aku tersentap. Aku bangun menuju ke katil. Aryan mengikut langkahku.
“Err..Sayang, abang minta maaf kalau gurauan abang tadi tu buat sayang terasa.” Nak pujuk oranglah tu! Eleh, orang tak heran pun.
Aku tidak melayan pujukkannya. Sebaliknya, aku baring membelakanginya. Aku tahu ianya berdosa tapi kata-kata Aryan tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Sakit betul hatiku bila teringatkan balik. Tiba-tiba aku terpandangkan teddy bear kesayanganku. Lantas, aku mengambilnya dan peluk. Hmm.. peluk ni lagi bagus dari layan mamat sorang tu.
“Huk aloh. Sayang, daripada sayang peluk teddy bear, baik sayang peluk abang. Dapat pahala jugakkan.” Aku mencebik. Meluat mendengarnya. Otak tiga suku!
“Tak naklah, bang. Peluk Cik Bear ni lagi bagus.”
“Apa yang bagusnya? Abang tak nampak pun apa yang bagusnya.Dia bukannya hidup pun.”
“Itulah bagusnya. Dia tak boleh nak sakitkan hati, Ai. Bukan macam orang tu. Suka sangat sakitkan hati orang.” Selamba aku kutuknya.
Aryan tersenyum. Fahamlah dia kenapa Airina layan dia macam nak tak nak je. Merajuk rupanya my sayang ni. Ok, time untuk misi mengayat!
“Ehem-ehem.. Sayang…” Meleret saja panggilan sayang itu. Memang boleh jadi playboy peringkat antarabangsalah.
“Apa?” tanyaku malas. Elok je aku nak tidur, tiba-tiba pulak mamat sorang ni ganggu aku. Hishh..apa lagilah abang kesayangan ni. Baru je aku nak tenangkan hati yang tengah sakit ni. Desisku.
“Sorrylah pasal tadi. Abang saja je tadi. I’m very sorry.” Rayunya
“Hmm..”
“Hmm je? Sayang tak maafkan abang lagi ke? Please sayang. I’m so sorry,dear.”
“Ye lah..” saja aku menjawab dengan malas. Biar dia rasa sakit hati aku ni. Padan muka!
“Ni betul-betul dah maafkan ke? Macam tak ikhlas je..”
“Hishh..Dah ikhlaslah ni. Habis nak minta maaf macam mana lagi?” Geram betul aku dengan Aryan ni. Aku dah mengantuk pun ada hati nak ganggu lagi. Nak kena kung-fu agaknya.
“Betul dah maafkan abang ni?” Tanyanya lagi. Tak habis-habis lagi dengan maaf dia tu. Naik bosan aku dengar!
“Tunggu dapat ilham dalam mimpi…”
“Nakal.” Hidungku ditarik hingga aku menjerit kesakitan. Sakit woo…
*************************
KEESOKANNYA, aku dan Aryan pergi ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Selangor. Ramai ibubapa sedang menunggu anaknya untuk mengambil result UPSR. Aku tak sabar-sabar hendak melihat keputusan anak saudara Aryan Balqis. Nak tahu mana datangnya Balqis dalam cerita ni. Ehem-ehem, Balqis ni adalah anak kepada sepupu Aryan. Dia ni manja dengan Aryan. Pernah satu hari tu, dia cakap kat aku yang dia nak suami macam Aryan. Cehh, bukan main lagi Aryan kembang hidung. Yang aku pulak, meluat menengoknya. Apapun, aku sayangkan Balqis macam aku sayangkan anak aku sendiri.
“Assalamualaikum. Mama, papa!!” tegur seorang budak perempuan. Aku berpaling dan tersenyum. Balqis datang menghampiri kami.
“Waalaikummussalam, sayang. Macam mana result OK ke KO?” tanyaku.
Balqis menundukkan wajahnya. Kesedihan jelas ada diwajahnya. Fahamlah aku melihat keadaan sedihnya tu.
“Balqis, redha je lah ya dengan result yang Balqis dapat ni. Setakat mana usaha Balqis tu je lah hasilnya.
Jangan putus asa. Nanti boleh cuba lagi.” Kataku supaya dia lebih berusaha untuk masa-masa yang akan datang.
Tiba-tiba aku melihat Aryan tersengih-sengih. Pelik! Biul ke apa laki aku ni? Aku pandang Balqis pula. Dia pun sama. Tersengih-sengih macam kerang separuh masak.Takkan dah boleh diterima syarat untuk masuk dalam hospital bahagia kot!
Lupa pulak aku pada result Balqis. Aku mengambil slip di tangan Aryan. Aku melihat Balqis mendapat 5A. Ohh, 5A patutlah sedih sangat. Hah!! 5A ! Aku memandang Aryan dan Balqis silih berganti. Ada harapan balik karang kena wachaa.. Aku pun turut tersengih dengan maksud tersirat. Alaa..senang cakap sengih macam Kapten Jack Sparrow Siaplah korang berdua bila balik nanti.
*****************
“SAYANG, janganlah merajuk lagi. Abang dah tak larat nak pujuk dah. Semalam dah merajuk, takkan hari ni pun nak merajuk.I'm so sorry.” Rayu Aryan.Dah tau tak larat nak pujuk kenapa bagi aku sakit hati. Kan dah dapat padahnya.
“Ha’ah mama. Sorrylah. Tadi Qis dengan papa nak main-main dengan mama je. I’m so sorry.” Rayu pula Balqis.
Aku memandang tajam ke arah dua orang manusia di depanku. Ye lah, takkan belakang aku kot! Tak logik langsung!
“Kenapa suka sangat mengusik mama? Nasib baik mama tak sakit jantung. Kalau mama mati tadi, korang sukalah kan?” berdas-das aku balas. Geram punya pasal!
“Hishh..Sayang tak baik cakap macam tu. Hari ni sepatutnya kita berhappy sebab Qis dapat 5A, bukannya nak dengar sayang marah-marah macam ni. Sayang period ke?” Tanya Aryan selamba.
Mulutku melopong mendengar kata-kata Aryan. Ya Allah, kenapa dengan laki aku ni? Dah sememangnya biul ke? Takkan dia dah lupa yang aku ni mengandung. Macam mana nak period. Hishh..Sabo je lah dapat laki sengal macam dia ni.
“Abang!!” Suaraku naik satu oktaf. Balqis ku lihat menyorok dibelakang Aryan. Ye lah, bila mak sedaranya ni jadi mak tiri mestilah dia takut.
“Kenapa sayang terjerit ni? Sah, sayang tengah periodkan.” Balqis yang mendengar tergelak.
“Qis, kenapa Qis gelak bila papa cakap macam tu?” Tanya Aryan.
“Papa..Papa. Macam mana mama tak marah kalau papa cakap macam tu kat mama.”
“Apa yang papa cakap sampai mama marah macam king-kong ni. Cer citer sikit..” Aku membeliakkan mata. Ada ke dia panggil aku king-kong. Aku jadi king-kong macam ni pun sebabkan dia tau!
“Ye lah, mama tu kan tengah pregnant. Macam mana mama nak period? Pelik pulak Qis kalau ada orang yang pregnant ni tiba-tiba period.Ish,ish,ish.” Jawab Balqis. Nasib baik Balqis ada boleh jugaklah dia tolong bela aku. Nak harapkan Aryan? Agaknya sampai esok dia buat perangai ‘bodoh’ ni kot!
Aryan yang bagaikan baru tersedar dari mimpi memandangku. Aku? Hanya merenung tajam dan terus naik ke bilik tidur. Tidur lagi bagus dari layan mamat sengal tu walaupun dah nak dekat setahun kami kahwin, namun kesengallannya masih ada.
*****************************
ARYAN melangkah masuk ke dalam perasaan bersalah yang mendalam dalam hati. Tu lah, sapa suruh blur tahap dewa. Kan bini dah merajuk!
***********************
Keesokan harinya…
“ABANG, Ai ada satu cadangan untuk hadiah Balqis. Abang dengar tak ni?”
****************
*****************************
ARYAN melangkah masuk ke dalam perasaan bersalah yang mendalam dalam hati. Tu lah, sapa suruh blur tahap dewa. Kan bini dah merajuk!
Mata Aryan melilau mencari batang tubuh isterinya. Dia melihat isterinya sedang termenung jauh di balkoni. Dengan langkah yang pantas, dia menghampiri isterinya. Tiba-tiba langkah yang pantas itu menjadi perlahan dan perlahan dan terus kaku apapbila mendengar luahan hati isterinya.
“Atuk, kenapa semua orang tak cuba memahami perasaan Ai? Hati Ai terluka, tuk. Terluka sangat-sangat. Dulu, masa atuk hidup, atuk selalu cuba untuk faham perasaan dan bagi kata-kata semangat untuk Ai. Tapi bila atuk dah tak ada, semua semangat Ai hilang sekelip. Why Allah take you from me very faster, tuk? I’m very miss you so much, tuk.”
Airina mengeluh berat sebelum memulakan kata. Aryan hanya berdiam-diri. Dia mahu mendengar lagi luahan hati isterinya yang selama ini dipendam.
“Ai rasa nak je ikut atuk. Tapi siapa Ai untuk lakukan semua tu. Ai hanya manusia biasa. Ai tahu setiap yang hidup pasti akan merasai kematian tetapi tak tahu bila kematian itu akan hadir. Ai akan cuba sabar dengan dugaan yang Allah berikan. Ai akan cuba, tuk. Ai harap sangat bila di ‘sana’ nanti Ai akan jumpa atuk dan Ai berharap sangat di ‘sana’ nanti kita takkan terpisah macam sekarang ni.Insya-Allah.” Luah Airina sambil mengusap gambar arwah datuknya. Hanya itu sahaja kenangan yang arwah tinggalkan yang masih ada hingga kini. Macam mana pulak dengan kongsi gelap Gold Dragon? Dah lenyap selama-lamanya.
Di sebalik kelekaan Airina mengusap gambar arwah datuknya, Aryan pula menangis. Sungguh dia tersentuh mendengar luahan itu. Dia berasa dirinya sungguh tidak guna kerana tidah cuba memahami hati isterinya dan dia berasa dia bukan suami yang terbaik untuk Airina.
‘Kenapa selama ni aku tak cuba untuk faham keadaan isteri aku. Tengok sejak akhir-akhir ni Dia selalu terasa dengan kau sebab perbuatan kau yang blur tahap melampau.Aku cuma nak dia ketawa je dengan perangai aku. Alih-alih lain pulak jadinya. Betul kata orang, jangan terlalu mengusik orang sehingga usikan kita tu buat orang lain rasa sakit hati. Arghh!!! Kau memang suami tak guna, Aryan!!’ marah Aryan kepada dirinya sendiri.
Aryan menarik nafas panjang. Cuba hilangkan rasa kesal dan bersalah dalam hati. Dia ingin memujuk Airina. Harapannya tinggi agar Airina dapat memaafkan dirinya.
“Sayang...” panggil Aryan perlahan.
Airina yang sedang melayani perasaaan tersentak apabila ditegur. Dia menoleh ke belakang. Matanya memandang wajah Aryan yang kelihatan seperti pesalah yang menunggu dibicarakan di mahkamah.
“Hmm..anything?”
“Err...ab..abang sebenarnya...” tergagap-gagap Aryan berkata.Aihh..mulut, kau jangan buat hal pulak kali ni. Tolonglah jangan tambahkan kesalahan aku boleh tak!
“Sebenarnya apa?” tengking Airina geram. Dari tadi sebenarnya, sebenarnya. Berkerut Airina memandang suaminya. Apahal dengan laki aku ni? OK ke KO? Mulut tu dah menggigil-gigil macam nampak hantu. Aku ni bukan pontianak harum sundal malamlah!
(AIRINA JULIA)
“Sebenarnya saya isteri dia.. Eh, silap. Sebenarnya abang nak mintak maaf. Hahh, mintak maaf.” Adehh, macam mana pulak boleh tersasul jadi Syaf ni. Patutnya aku jadi Acad.
“Mintak maaf pasal apa? Cuba cakap straight to the point and jangan belok-belok. Ni tak, ada belok kanan, ada belok kiri. You have any problem? Cei citer, cer citer..” sempat Airina melawak. Bukan apa, kalau asyik beremo je kan tak baik untuk baby dalam kandungan. Sebab tu dia cuba berlawak. Dapat hilangkan stress kejap!
“Abang nak minta maaf sebab selalu buat sayang terasa dengan abang. Abang cuma nak lawak-lawak dengan sayang je. Tapi, tak sangka boleh jadi macam ni. Abang tahu, abang ni bukan suami yang terbaik. But one more thing, you have to save in your mind this. Abang akan selalu ada dengan sayang. Abang tak kisah kalau kena marah dengan sayang sekalipun. Janji sayang kena ada di sisi abang sampai bila-bila. Abang tak nak sayang rasa sayang keseorangan dalam dunia ni.”
Airina menghela nafas. Melihatkan keadaan Aryan yang rasa bersalah itu membuatkan dia tumpah simpati terhadap suaminya. Semarah manapun dia, dia amat berpegang prinsip hidupnya iaitu memaafkan orang lebih baik dari berdendam.
Airina menghampiri suaminya. Dia memegang tangan suaminya. Lalu, digenggam lembut.
“Abang, Ai dah lama maafkan abang.”
Aryan mengangkat kepala dari menunduk. Dia seperti tidak percaya yang Airina sudah memaafkannya. Setahunya, dulu Airina ni seorang yang sukar memaafkan orang dan suka berdendam. Mungkin inilah keajaiban yang Allah berikan.
“Are you sure, sayang? Sayang dah betul-betul maafkan abang? Ke abang yang mimpi ni?”
Airina mencubit pipi Aryan.
“Auchh.. kenapa sayang cubit pipi abang ni? Taulah kita ni handsome sebab ada lesung pipit tapi tak payahlah nak cubit. Sakit tau. Kalau kiss tak apalah jugak.” Puji Aryan diri sendiri. Kuat perah santan betul Aryan ni!
Airina mengekek ketawa. Masak sangat dah dengan perangai Aryan yang suka bangga diri.
“Ai buat macam tu bukan sebab geramkan ada lesung pipit tu. Ai buat macam tu supaya abang percaya yang Ai dah maafkan abang. Kan tadi abng juga yang cakap abang ni ke tak? So, this my answer.” Berjela-jela Airina berkata.
“Tapikan kenapa sayang cepat maafkan abang? Setahu abang, dulu sayang nil ah paling susah nak maafkan orang. Hmm.. Pelik bin ajaiblah?” Aryan meletakkan jarinya di hujung bibir, seolah-olah ingin memikirkan masalah jenayah. Macamlah awak tu detektif, Aryan.
Airina membeliakkan mata. “Abang nak Ai tak maafkan abang ke?”
“Ehh..taklah. Abang cuma tanya je. Takkan tak boleh kot?”
“Sebenarnya prinsip hidup Ai ialah memaafkan orang lebih baik daripada berdendam. Ai terfikir, kenapa orang suka sangat berdendam, bukannya boleh dapat pahala tapi dapat dosa adalah. Kadang-kadangkan Ai rasa orang yang suka berdendam ni takkan bahagia hidupnya and kadang-kadang dendam itu akan memakan diri sendiri. Betul tak? Ai tak mahu berdendam dengan sesiapa termasuk suami Ai yang cute ni sebab Ai takut Ai akan dapat dosa kalau berdendam dengan suami. Kan Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. So, kenalak hormat suamikan walaupun dia kuat perah santan.”
Aryan tersenyum lebar mendengar kata-kata Airina. Sungguh sekarang ini, hati dia berasa sungguh lapang. Untungnya dia dapat sebaik Airina walaupun banyak kekurangan. Kekuatan dia adalah kekurangan Airina dan kekurangan dirinya adalah kekuatan Airina. Hidup saling melengkapi ini memang sungguh bahagia!
(ARYAN WONG)
Keesokan harinya…
“ABANG, Ai ada satu cadangan untuk hadiah Balqis. Abang dengar tak ni?”
“ Dengarlah sayang..” jawab Aryan
lemah. Mana tak lemahnya, dah berapa kali dah masuk bila air sebab alahan yang dialaminya sejak Airina hamil. Tu baru betul sayang bini!
“Abang ok tak ni?” tanya Airina.
“Ok sikit. Apa cadangan sayang tu?”
“Ai ingat nak buat party untuk
Balqis.”
Aryan mendengar terus teruja. “Great
idea sayang. Apa kata biar abang tolong.”
Airina mengerutkan dahi. Dah macam
nenek bongkok je.
“Abang boleh tolong apa? Kan kita
tempah je lagi bagus.”
“Abang tolong buat kek.”
“Abang buat kek? Kek apa yang abang
boleh buat?”
Aryan tersengih nakal. Dalam kepala
dah macam-macam resepi dia nak buat.
“Abang buat kek red velvet, boleh?”
tanya Aryan.
Airina berfikir. Boleh ke laki aku
ni jadi chef. Aku takut karang ada yang maksud wad ICU sebab makan masakan dia
ni. Hmm...
Melihatkan Airina yang termenung
panjang, Aryan terus curi-curi mengucup bibir isterinya.
Alaa..bukannya haram.
Airina terkejut apabila ada sesuatu benda
yang menyentuh bibirnya. Dia blur.Eleh, cakap laki dia blur, dia pun 2 x 5 je.
Nampok sangat nipunya.
Airina melihat suaminya tersengih
semacam. Fahamlah dia yang ‘benda’ tadi tu dibuat oleh suaminya. Gatal tak
hengat!
“Macam mana sayang? Boleh taka bang
jadi masterchef ni?” rengek Aryan. Airina menceber. Nak muntah pun ada dengar
rengekan laki tu. Laki awak jugak Ai!
“Hmm..boleh. Tapi dengan satu
syarat.”
Airina tersenyum sinis. “Abang kena
bagi Ai rasa dulu. Boleh?”
Aryan bersorak riang macam
kanak-kanak ribena. Hai..nak jadi bapak budak pun perangai macam kanak-kanak
ribena lagi. Sabo je la.
“Boleh, boleh, boleh. Petang ni
abang buat.”
Airina mengelengkan kepala.
Kadang-kadang pening jugak layan perangai terlebih manja laki dia ni.
(Emm..sodapnya..Uni dh lama nk
makn tp x dpt2..huhu)
****************
Pada petangnya...
“SAYANG, cuba rasa kek red velvet
ni. Abang yang buat tau. Tak ada curi dari mana-mana kedai kek yang ada samaada
dalam atau luar negara. Rugi tau kalau tak makan. Bukan senang abang nak jadi
masterchef untuk sayang.” Kata Aryan yang seolah-olah bangga diri.
Airina memandang wajah comot Aryan.
‘Ini memasak kat dapur ke berperang kat dapur.’ Desis Airina. Bayangkanlah
kalau dapur pun macam tempat kitar semula barang! Eii..geli dan tak ada selera
langsung nak makan kek velvet dia tu!
“Sayang..oo..sayang. Berangankan
sapa tu? Tahulah abang ni handsome macam Xian Lim tapi tak payahlah berangan
kat sini. Apa kata sayang kek yang abang buat ni lagi bagus.”
Airina mencebik. Tak kuasa dia nak
berangankan mamat blur tahap dewa ni. Buang karan je!
“Hmm.. Mana keknya. Tadi beria
sangat nak suruh orang makan kek kebanggan dia tu.” Selamba badak sumbu air je
Airina kutuk laki dia.
“Nah, ni keknya. Lepas makan nanti
komen tau! Kot-kotlah terlebih masin ke manis ke pahit ke ta….”
Belum sempat Aryan menyudahkan kata-katanya,
Airina sudah menyampuk.
“Stop talking. Orang nak makan kek
masterchef tahap antarabangsa ni pun tak senang. Boleh cekik tahu tak?” tegur
Airina.
Dengan lafaz bismillah, Airina mula
menyuapkan kek ke dalam mulutnya. Sesaat, dua saat. Tiba-tiba matanya terbeliak.
Buweekk!! Airina terus memuntahkan kek itu balik. Masinnya!! Apa bendanya yang
mamat ni letak dalam kek ni.
“Kenapa ni, sayang? Are you ok?”
terkejut dia melihat Airina yang tiba-tiba muntah. Muka pulak dah macam naga
nak sembur api. Mesti kejap lagi dia ‘kena’ sembur dengan bini dia. Confirm
“Apa yang abang letak dalam kek
ni?.” tanya Airina.
“Err..abang Cuma letak telur,
perwarna merah, gula…”
“Nak tengok bekas gula tu.” Bukan
boleh percaya sangat si Aryan ni. Umur dah nak masuk 30 tahun. Takut-takut dia ambil gula padahal garam.
Terus Aryan mengambil bekas itu dan
diberikan kepada Airina. Ketagamam Airina semakin kemuncak bila lihat bekas
itu. Aku dah agak dah. Mesti dia ambil yang ni. Airina menepuk dahinya sendiri.
Pening dapat laki macam Aryan ni!
“Abang, tahu tak ni bukan gula tapi
garam. Dah terang-terang kat sini tulis garam. G.A.R.A.M. Garam!!” tu dia, siap
eja lagi garam tu sebab geram.
“Err..,mana abang tahu. Tadi abang
ingat tu gula. Sebab abang tengok tu macam sama je.. Jadi, abang ingat tu gulalah,”
takut-takut je Aryan menjawab. Bukan apa, takut kena ‘sembur’ lagi.
“Memanglah abang nampak sama sebab
ni garam halus. Hadoii..lain kali rasalah dulu kalau nak tahu tu garam atau
gula. By the way, berapa sudu garam abang bubuh dalam kek ni?”
“4 sudu besar.”
“What!! 4 sudu besar?!!” terjerit
Airina. Aryan ni dah sewel ke apa? Nak bagi orang ada darah tinggi ke?
Nasib
baik tak masuk masterchef, kalau tak rasanya dah lama kena reject.
Aryan buat muka bersalah. Macam nak
kena ke tali gantung je. Kalaulah dia tahu benda macam ni akan jadi, dia lebih
rela tidak membuat kek ni. Takut ada yang masuk wad ICU nanti.
“BALQIS, nak pergi mana tu?” tanya
Airina.
“Qis nak pergi masuk dalam villalah.
Nak panggil papa.” Airina tercengang. Tiba-tiba dia baru teringat. ‘Alomak!’
Sepanjang perjalanan menuju ke
villa, Balqis tak habis-habis dengan mulutnya yang membebel tu. Dah tua ke cik
Balqis. “Kenapa papa ni lambat sangat. Make-up mengalahkan perempuan.”
“Qis, nanti dulu.!” Airina menjerit.
Balqis berpaling. ‘Apahal pulak
dengan mama ni? Hadoii..macam hal lah laki bini ni.’ getus Balqis.
“Hmm..ada apa mama?” tanya Balqis
malas.
“Jangan balik dulu. Temankanlah mama
kat taman ni.” pujuk Airina. Dia takut misinya terkantoi.
“Qis dah letih, mama. Qis nak
balik.”
Sampai sahaja di muka pintu villa.
Balqis mendengar namanya dipanggil lagi oleh mamanya.
Belum sempat Airina bercakap,
tiba-tiba I- Phonenya berbunyi menandakan mesej masuk. Lalu, Airina membaca
mesej tersebut.
“Mama.”
“Ya?” tanya Airina bingung.
“Kenapa mama panggil Qis tadi?” muka
Balqis sudah cemberut macam makan asam boi campur cuka.
“Err..tak ada apa-apa. Qis nak masuk
dalam tadi kan? Err..masuklah.” Airina tersengih seperti orang tidak bersalah.
Balqis mendengus. Buang karan ke apa
mama ni? Ni saja aku naik angin ribut taufan ke?
“Hmm..”
Masuk saja ke dalam villa. Balqis
kaku. What? Why? Who? Where? When? Ambik segala ayat BI ada dalam
mindanya.
“Surprise!!” jerit semua yang ada dalam villa itu. Balqis masih kaku
seolah-olah tidak percaya apa yang ada di depan matanya sekarang ni.
terkezut mak tau.
Dia keliru. Sekeliru-lirunya.
Apa yang dah jadi ni? Birthday
aku lambat lagi. Ni surprise untuk mama ke untuk aku? Tapi apasal
kawan-kawan aku je yang ada ni? Kawan-kawan mama mana? Itu saja yang terdetik
dalam fikirannya.
Airina yang berada belakang
tersenyum. Akhirnya.
“Sayang..” tegur Aryan dari
belakang. Memeluk pinggangnya yang makin melebar. Sekali tengok macam lembu pun
ada badan dia ni.
“Thanks sebab tolong Ai jayakan party
untuk Balqis ni.”
Aryan tersenyum. Airina terpana. Mak
aihh..kacaknya laki aku petang ni. Berbaju tuxedo hitam.Fuhh..mengancam.Kalah
King Adrian Benjamin. Wajah Aryan makin mendekat dengan wajah Airina. Airina
telan semangkuk air liur. Dah buat hal dah! Baru saja Aryan ingin mengucup
bibir Airina.....
(Papa Aryan)
“Ehem-ehem.” Tiba-tiba terdengar
suara orang berdehem. Aishh..sapa pulak yang ganggu orang nak beromantika de
amor ni? getus Aryan.
“Kalau ya pun nak beromantik,
silalah ke bilik. Tak malu ke budak under age ni tengok?” selamba Balqis
mengutuk bapa dan ibu saudaranya.
Aryan membeliakkan mata manakala
muka Airina sudah memerah. Kantoi pulak dah. Aduhh..gawat betullah.
Amboii..kecik-kecik dah pandai mengutuk orang dah. “Ehem-ehem. Hai..sedapnya
kutuk orang.
Ingat baru nak belanja orang yang kutuk tu novel. Tapi, bila orang
tu dah kata macam tu, macam tak jadilah pulak nak belanja. Selamat duit kita
ni.”
Aryan hanya tersengih. Macamlah dia
tak kenal perangai isterinya yang satu ni. Pantang dicabar!
Balqis yang mendengar tersentak.
Waduh, waduh.. gawat gini. Macam mana mau pujuk ni. Orang baru nak bagi hadiah
kat aku, aku pulak macam nak tolak rezeki.
“Err..mama, papa. Qis mintak sorry.
Ehh..silap. Qis mintak maaf. Janganlah ugut macam tu. Keciankanlah itew ni.
Nanti itew boring kalau tak baca novel baru.” Merengek-rengek Balqis memujuk
papa dan mamanya. Tu lah, buat salah baru minta maaf!
“Bahasa mana yang kamu guna ni Qis?
Kamu tahu tak bahasa itu jiwa bangsa. Kalau kamu salah guna bahasa, habislah
cucu cicit kita nanti guna bahasa macam bahasa makhluk asing.
Kamu…..bla,bla,bla…” Hah..sudah. Aryan mula sesi syarahannya dengan tersendiri.
Kelas kau, Aryan.Pantang sungguh Aryan jika mendengar ayat-ayat ‘mahkluk asing’
ni. Gedik rasanya. Elok-elok guna bahasa melayu yang betul, tiba-tiba gatai nak
nukaqnya. Memang nak kena babab ni!
Semua orang yang ada dalam villa itu
senyap. Balqis mengangkat kening. Apo kono dengan papa ni? Dah sedia nok masok
hospital bahagia ka?
Aryan yang baru perasan semua orang
dalam villa itu senyap, sunyi dan sepi. Erkk? Apa kehel dengan deme ni? pandang
aku macam nak telan je.
Tanpa sebarang isyarat, villa itu
mula bising dengan ilai tawa penduduk di dalamnya. Aryan ni memang boleh masuk
Maharaja Lawaklah. Aryan memandang Airina. Airina hanya menjongketkan bahu
tanda tak tahu apa-apa
Airina tersenyum.Untung betul dia
dapat suami yang sporting macam Aryan ni walaupun terlebih blur. Eleh, paku
dulang, paku serpih. Kata orang, dia yang lebih. Hehehe.. Dia tidak menyalahkan
Aryan sebab terlampau blur. Setiap manusia pasti ada kekurangannya. Begitu juga
dengan dirinya.
“Mama tengok tu. Apa yang papa buat
tu?” tanya Balqis. Airina pelik. Apa yang papa buat?
“Ehem, ehem..testing,testing.
One, two, three..Helloo….Assalamualaikum, hari ni sempena party untuk anak
saudara saya iaitu Balqis sebab dapat 5A dalam UPSR, saya nak dendangkan sebuah
lagu. Tapi bukan untuk dia. Tapi untuk isteri tercinta saya. Sayang,
dengarkanlah lagu ni. Wo ai ni, sayang.”
Aryan bersama gitar kesayangan, mula
menyanyi. Airina terasa dirinya bagaikan diawang-awangan. So sweet.. tengoklah,
suami sapa? Suami Airina Julia jugakkan. Hehehe…
Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku
Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu
Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu
Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti
Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Oooo...
Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku
Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu
Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu
Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti
Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Oooo...
Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aryan menghampiri Airina. Tak ada
angin, tak ada ribut, dia melutut. Airina tercengang. Malu pun ada bila banyak
mata melihat dirinya dan Aryan.
“Airina Julia, sudikah sayang
menjadi tulang rusuk abang hingga ke Jannah. Abang tahu abang ni tak sempurna
tapi tahukah sayang yang kelemahan sayang adalah kekuatan abang dan kekuatan
sayang adalah kelemahan abang? So, be my wife until Jannah?”
Airina menangis terharu. Sungguh romantik
kaum Adam bernama Aryan Wong ini. Lebih romantik Romeo dan Juliet tapi dia masih
tidak dapat tandingi romantiknya Rasulullah dengan isteri-isterinya. Dia sedar yang
Aryan Wong yang ini hanya manusia biasa yang tidak sehebat Rasulullah.
“Sayang..” Airina tersentak dari lamunan.
Ya Allah, dia termenung depan orang ramai? Malu ceq tau!
“Err..yes, Ai setuju untuk jadi isteri
abang hingga Jannah. I do.”
Aryan tersenyum. Alhamdulillah. Thanks
to Allah sebab mengurniakan kaum Hawa bernama Airina Julia ini. Dia yang menyedarkan
aku dari terus sesat ke jalan hitam. Aku harap kebahagiaan ini kekal selama-lamanya.
Moga Engkau merestui hubungan kami ini.Amin..
*Yes!!!Seribu kali yes sbb BCTS ni dah siap..setelah berhempas-pulas memerah, memanggil idea ke mari. Akhirnya siap jgk walaupun tgh mood bnjir..hehe.. klu ada apa2 yg x puas hati bg tahu tau..saya bdk baru bljr.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan