Sabtu, 19 Oktober 2013

CERPEN: BUKAN CINTA TERLARANG (3)






Malam itu seperti yang telah dijanjikan, aku telah pergi ke sebuah vila di mana vila itu dijadikan tempat perjumpaan aku dengan ahli kongsi  gelapku. Sampai saja di sana, aku melihat ahli-ahli kongsi gelapku membongkokkan badan mereka sebagai tanda hormat kepadaku selaku ketua kongsi gelap.

''Aku nak jumpa dia. Dia ada di mana?'' tanyaku kepada Lim.

''Dia ada di dalam.'' jawab Lim.

''Thanks.''

Masuk je ke dalam vila, aku melihat dia sedang minum air setan. Aku cepat-cepat beristighfar bila melihat keadaan Alex yang sedang khayal kerana banyak minum air setan itu.

''Alex, we need to talk.''

Alex menoleh kearahku. ''Hye dear, mana kau pergi? I miss you so much dear.''

''I want ask you something. Kau ke yang tembak Aryan dan kau juga ke yang bagitahu Aryan yang aku ni ketua Gold Dragon hah!!?'' had kesabaran semakin tipis bila melihat gelagat Alex yang buat tak endah.

''Heii., relax dear.  Kalau aku bagitahu dia dan tembak dia sekalipun, kau bukannya kisahkan?''

''Tak guna kau ni. Bila masa pulak aku nak buat tak kisah. Heii..kau tau tak siapa yang kau tembak tu. Aryan tu suami aku. Kau faham tak? He's my husband!''

''Baru sekarang kau nak mengaku dia suami kau hah, Ai? Dulu, ada kau mengaku dia tu suami kau hah?!!''marah Alex. Ahli-ahli hanya memandang pertengkaran kami. Mungkin takut ada yang jadi mangsa revolver aku kot!

Aku terpempan. Tak sangka Alex akan berkata begitu. Ahh..pedulikanlah apa yang dia nak kata. Sekarang ni aku nak balas apa yang dia dah pada suami aku.

''Alex, kau dah lupa syarat untuk menjadi ahli Gold Dragon? Are you forget about engagement? Sekali kau langgar, tiada belas kasihan yang akan diberikan untuk kau.'' aku mengingatkannya tentang perjanjian yang dibuat oleh arwah datuk tentang syarat untuk menjadi ahli Gold Dragon.

Dalam perjanjian itu, sekiranya seseorang itu sudah menjadi ahli Gold Dragon, maka segala suruhan yang dibuat oleh ketua mereka mesti dipatuhi. Dan jika seseorang itu langgar perjanjian itu, maka ketua hendaklah bunuh ahli tersebut dengan apa cara sekalipun. Kejam tak perjanjian yang dibuat oleh arwah datuk aku. Mesti kejamkan? Kalau ikutkan hati aku, aku nak je batalkan perjanjian tu. Tapi nak buat macam mana, arwah datuk ada mengatakan dalam wasiat yang perjanian itu tidak boleh diubah. Senang cakap kejam tak kejam mesti bunuh jugak orang tu.

''Ahh..ada aku kisah tentang engagement mengarut tu. Arwah datuk kau buat perjanjian macam tu sebab dia tak nak budak-budak ni tinggalkan Gold Dragon!!'' tengking Alex.

Aku terperanjat. Tidak sangka Alex boleh tengking aku sebegitu. Malu aku jangan cakaplah. Malu giler.

''Kau jangan nak cabar aku lebih-lebih Alex. Karang mati aku kerjakan kau. Kau ingat aku takut dengan kau ke hah?!!''

Alex tersenyum sinis seolah-olah memperlekehkan aku.''Tak takut dengan aku ya? Ok, fine. Kalau betul kau tak takut dengan aku, aku cabar kau untuk bunuh aku. Boleh Airina Julia?''

''Boleh. Kalau itu kau nak. Tapi tunggu sekejap. Aku nak ambil sesuatu dalam kereta.''

Aku saja berkata begitu kerana aku tahu dia tidak akan buat apa-apa dekat aku nanti.Tanpa pengetahuannya, aku telah menyuruh Lim bersiap sedia sekiranya Alex mahu melarikan diri dari aku. Dan aku pula, telah bersiap sedia dengan revolver kesayanganku.

Isyarat dari Lim yang mengatakan Alex ingin melarikan diri sudah ada. Aku berhenti melangkah. Dengan pantas aku menghalakan revolver ke arah Alex. ''Stop Alex. Have you run from me huh? Kau ingat kau boleh main-main dengan aku ke Alex. Kau dah lupa ke siapa yang kau nak tembak ni? Kau nak masuk penjara balik ke? Kau nak aku telefon polis ke dan ceritakan semuanya?'' sinis aku bertanya.

''A..aku tak..nak masuk penjara Ai. Please jangan telefon polis.'' rayu Alex sambil melutut.Aku tahu kenapa Alex merayu sebegini. Dia pernah masuk penjara kerana telah membunuh seorang anggota polis. Otak udang betul Alex ni sebab bunuh polis. Tak de kerja lain dia nak buat. Asyik nak membunuh je tau!

Aku mengangguk. ''Ok, aku takkan telefon polis. Tapi aku nak kau berjanji dengan aku. You need to see him and forgiveness him.''

''Ok, I'm promise.''

''Alex, aku tak nak kau jadi macam ni. Aku sayangkan sebagai kawan tapi kau? Apa yang kau dah buat kat aku cukup menyakitkan hati aku. Cukup-cukuplah tu Alex.And for your information, aku nak kongsi gelap ni dibubarkan. Mulai dari hari ni, korang dah bebas. Aku minta maaf bagi pihak arwah datuk aku. Aku tahu korang seksa hidup sebagai ahli kongsi gelap ni. I'm very sorry.''

Aku melihat mereka semua terkejut dengan pengakuanku. Biarlah! Cukuplah aku menyeksa hamba-hamba Allah ini. Mereka pun perlukan kebebasan. Aku terus keluar dari vila dan ingin melawat Aryan yang masih terlantar di hospital.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setibanya aku di bilik Aryan, aku melihat dia sedang khusyuk berdoa. Tiba-tiba aku mendengar doanya.

''Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa isteriku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa umat Islam di dunia. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati isteriku agar dia dapat menerimaku sebagai suaminya. Aku tahu, aku telah melukakan hatinya. Kerana dendamku terhadap keluarganya, aku telah jadikan dia sebagai mangsa untuk melunaskan dendamku. Ampunilah aku, Ya Allah. Engkaulah Maha Pengampun segala dosa. Aku tahu aku tidak layak untuk masuk ke Syurga-Mu tapi aku juga tidak mahu masuk ke Neraka-Mu. Aku berharap Engkau menerima taubat dari hamba-Mu yang hina ini. Amin Ya Rabbal'alamin.''

Aku menangis mendengar doanya. 'Ya Allah, jika Aryan itu betul-betul jodohku. Kau kuatkanlah jodohku ini. Jika sebaliknya, Kau tabahkanlah hatiku untuk menerima ujian-Mu ini.'

Aryan yang mendengar tangisanku ini, menoleh. ''Baby, kenapa baby menangis ni?'' tanyanya prihatin.

Aku terus memeluknya. Aku menangis di bahunya. ''B, maafkan Ai sebab Ai larikan diri dari rumah. Lepas Ai dengar B cakap dekat Alex pasal Qarl. Ai jadi sakit hati. Ai terlampau ikutkan nafsu marah. Maafkan Ai. Ai dah jadi isteri yang nusyuz.''

''Baby, baby tak salah. B yang salah sebab berdendam dengan keluarga baby terlalu lama. Maafkan B. Bila B balik vila dari jumpa Alex malam tu. B tengok baby tak de kat vila. Baby tahu tak  betapa risaunya B bila B dapat mesej dari Baby, B terus ke vila mummy. Mummy pun terkejut tau sampai mummy pun pengsan.''terang Aryan dengan jujur. Aku terharu dengan kejujurannya. Wajahnya kurenung dengan penuh kasih.

''Ai tahu. Fit yang bagitahu Ai.'' 

''Baby, please look at me. I want to tell you something.'' aku memandang Aryan dengan mata yang bengkak dan boleh dikatakan macam mata panda.

Aryan menarik nafas.''Di malam yang indah ini dan bersaksikan Allah S.W.T, saya Syed Adam Aryan ingin lamar Airina Julia sebagai isteri Aryan yang sebenar-benarnya. Be my wife, Airina Julia.'' katanya dengan penuh romantis.

Aku makin dihimpit rasa terharu. Mataku kembali berkaca-kaca. ''B..''. Aku tidak mampu meneruskan kata lagi. Lalu, tubuhnya ku peluk semula. Erat bagaikan tidak mahu dilepaskan.

Aryan membalas dengan memelukku dengan lebih erat lagi. Terasa ada kucupan di ubun-ubunku. Aku terasa bahagia. Benar-benar bahagian kini. Jika sebelum ini, aku pernah berjanji akan taat dengannya kerana dia adalah suamiku, tetapi kini aku berjanji akan setia dengannya kerana aku sungguh menyayanginya. Alhamdulillah..terima kasih, Ya Allah kerana menemukan aku dengan jodoh yang baik.

''Terima kasih kerana menyayangi dan mencintai Ai. Ai tahu Ai ni bukan yang terbaik buat B.''

''Syhh..'' Aryan pantas meletakkan jari telunjuknya di bibirku.Kedua-dua belah tangannya kemudian beralih ke pipiku. Pipiku diusap kasih sambil merenung jauh ke dalam mataku. Dahiku dikucup lembut.

''Bagi B, Babylah yang terbaik untuk B. Permata yang B cari selama ni B dah jumpa. Permata itu ialah seorang perempuan yang tegas but she so cute bernama Airina Julia.'' 

'' Estoy enamorado de ti, Baby.'' bisiknya.

Aku mengangkat kening kerana tak faham apa yang dimaksudkan Aryan. Aryan hanya tersenyum. 'Comel betullah bini aku ni, untung aku dapat dia' desis Aryan.

''Maksudnya saya mencintai kamu.''jelas Aryan.

Aku tersenyum. Kini, aku bahagia bersamanya walaupun seketika. Aku harap di saat-saat akhir hayat aku ni, hidup aku dikelilingi dengan bunga-bunga bahagia. Insya-Allah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa bulan kemudian...

Sakitku kian menjadi-jadi. Aku tidak bagitahu sapa-sapa tentang penyakitku kerana aku tak mahu mereka risau. Biarlah. Kalau aku bagitahu pun mereka tidak boleh buat apa-apa.

''Uhuk, uhuk, uhuk..'' aku segera menekup mulutku dengan tangan. Terasa ada cecair yang keluar dari mulutku. Aku segera melihat. Darah!

''Baby, baby kenapa ni?'' Aryan bertanya kepadaku. Aku terkejut. Cepat-cepat aku lapkan darah itu dengan menggunakan tisu. Aku menoleh kearahnya dan aku dapat melihat kerisauan di mukanya. Aku tersenyum pucat.

''Tak de apa-apa.''

''Are you sure, baby?''

''Yes ,sayang intan payung. B ni kenapa? Risau sangat hmm..?'' 

Aryan tersengih memandangku. Dia menarikku lantas memelukku dari belakang. ''Mestilah B risau. Semenjak akhir-akhir ni B tengok baby ni macam tak sihat. Bila B suruh check dengan doktor, baby tak nak. Tulah, sapa suruh takut dengan doktor.'' kutuknya dengan selamba.

Aku memandangnya tajam. ''Amboi..sedapnya kutuk kita. Habis dia tu? Makan ubat punyalah seksa. Kata makan ubat ni boleh jadi gilalah, sawanlah, pahitlah macam-macam lagilah.''balasku. 

''Betul apa? Kan ubat tu rasa pahit? Eii..tak nak B makan lagi. Tak sedap dahlah busuk.''

Aku mengusap-ngusap pipinya.'' B..kita kena makan ubat. Busuk ke tak busuk ke. Kita mesti makan ubat. Kalau tak, macam mana nak kita sihat hmm?'' lembutku bertanya.

''B akan sihat kalau nampak muka baby je. Kalau B pergi kerja, B mesti akan sakit.''

''Sakit apa?'' pelikku bila dia berkata begitu.

''Sakit rindu.''jawabnya sambil curi-curi mencium bibirku.

''Ooo..curi-curi kiss ya. Tak pe, lepas ni baby tak nak bagi kiss dah.''

''Aloo..baby. Janganlah cakap macam tu. Merana B nanti.'' rengeknya.

''Merana kemendanya pulak?'' 'Haishh..sabo jelah bila dapat suami yang perangainya lebih kurang macam budak lima tahun dan ke bawah.'desisku.

''Ye lah, sebab nanti B tak dapat nak tumpukan pada kerja. Hanya kiss baby saja dapat menambahkan semangat B untuk buat kerja.''  

Aku hanya mencebik. Kadang-kadang keromantikan Aryan ni buat aku rasa nak muntah hijau. 

''Hah..cebik-cebik, B gigit mulut tu baru tau.'' ugutnya.

''Gigitlah kalau berani.'' cabarku.

''Ooo..cabar erk? Tak pe..B tak nak buat sekarang takut baby letih tapi B nak buat malam ni. Baby tak boleh lari.'' 

Aku yang mendengar kata-kata nakal Aryan itu terpana. Badanku sudah rasa seram sejuk. 'Mummy kenapa menantu mummy ni nakal sangat.!!' jeritku dalam hati. Karang aku jerit secara live Aryan ingat aku gila pulak. Bini sapalah yang mengaum macam King-Kong ni. Hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini adalah 'date' pertama dengan Aryan. Entah hantu mana yang rasuk Aryan ni pun aku tak tau. Lepas sahaja, aku balik dari kerja, dia merengek-rengek minta aku bersiap-siap untuk date ini. Kalau ikutkan hati aku, aku malas nak keluar tapi bila si suami tu macam nak menangis. Terpaksalah aku turutkan.

''Erm..baby. Kalau B nak buat pengakuan sesuatu baby marah tak?''

''Pengakuan apa yang B nak buat?''

''B nak bagitahu yang B se.. sebenarnya ke.. ketua kongsi gelap.'' tergagap-gagap Aryan. Dia menunduk seakan pesalah yang akan bertemu dengan hakim.

Aku hanya tersenyum lalu memegang tangannya. ''B dah lupa ke sebab baby lari dari rumah dulu hmm..?''

''Err..maksud baby?''

''Kan B cakap kat Alex yang B nak balas dendam dekat baby pasal pembunuhan Qarl tu. So, dari situ baby tahu yang B ni ketua kumpulan Balck Scorpions.''

Aryan mengeluh. ''I'm so sorry baby. Kalau tak kerana dendam B tu, mesti baby tak lari dari rumahkan?''

''I'm okay,B. Kalau tak jadi waktu tu, maybe it can be after this, right?''

Aryan hanya mengangguk sahaja. ''Err.. B. Baby nak minta maaf bagi pihak Alex sebab dia tembak B hari tu.''

''Kenapa baby nak minta maaf bagi pihak dia? Baby ada apa-apa ke dengan dia?'' 'Aik..kenapa aku rasa ada bunyi-bunyi jealous. Comelnya muka laki aku ni bila dah jealous hehehe..'

''Laa..dulukan dia tu ahli kongsi gelap Gold Dragon takkan B dah lupa?''

''Kenapa baby cakap Alex tu dulu kumpulan Gold Dragon? Sekarang ni dia dah keluar dari Gold Dragon ke?''

Aku tersenyum hambar bila Aryan berkata begitu.''Sebenarnya baby dah hentikan kegiatan kongsi gelap tu. So, lepas ni baby dah tak ada kongsi gelap yang perlu dihandlelah. Aman hidup.''

Aryan tersenyum. ''Bestnyalah orang tu. Kita ni pening-pening nak handle kongsi gelap, dia bolehlah relax.''perlinya.

''Err..B, baby nak tanya satu soalan tapi lepas baby tanya soalan ni B marah tak?'' aku risau kot-kotlah dia akan marah lepas dengar soalan aku ni.

''Baby tak tanya soalan lagi macam mana B nak tau kena marah baby atau tak.''

''Err.. B tak nak ke hentikan kegiatan kongsi gelap B tu?'' takut-takut je aku bertanya.

Aryan menghela nafas. Berat je bunyinya.''B memang nak hentikan tapi...'' ayatnya tergantung di situ sahaja , aku jadi pelik.

''Tapi apa B?'' tanyaku kemudian minum air yang telah diorder.

''Tapi dalam wasiat Black Scorpions kata, ketua Black Scorpions mesti ada pewaris dulu. Kalau tak, kongsi gelap tu tak boleh dihentikan.'' katanya sambil tersengih.

Aku yang mendengar terus tersedak. 'Kureng asam boi plus asam kecut Aryan. Ni bukan wasiat yang turun-menurun dari nenek moyang, tapi ni dari hatinya yang terlampau ikhlas tu.' rungutku.

''B. Please don't say about this. I don't like it because this public place. So, alert your mouth.  '' tegurku.

''I'm sorry baby.''

''It's okay.Dah lah, habiskan makanan tu. Boleh balik cepat. Baby dah letih ni.''

''Yes, bos.''

Aku hanya ketawa bila melihat Aryan yang seakan-akan bodyguardku. Memang dia bodyguardku. Bodyguard yang halal untukku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai saja di vila, kami terus ke bilik untuk tidur. Letih betul hari ni.Walaupun letih, date pertama kami ni adalah kenangan yang terindah dalam hidupku.Sedang aku mengelamun, Aryan datang duduk disebelahku.

 ''Baby, I want ask you something. Are you hidding something from me?''

''Hidding something from you. What you mean, B?''

''Are you sick?''

Aku mula gusar. Aryan seolah-olah sudah menghidu tentang penyakit yang sedang ku alami.

 ''Mana ada.''jawabku dengan perlahan.

''Habis ni apa?!!'' tengking Aryan sambil menghempas sampul surat yang berwarna coklat.

''Err..itu..''

''Itu apa?!!'' terhenjut bahu aku apabila ditengking sebegitu.

''Kenapa baby tak cakap yang baby sakit? Kenapa baby? B ni tak penting dalam hidup baby ke?''

''Err..bukan macam tu B. Sebenarnya baby tak nak susahkan sesiapa. Ye lah, kalau baby bagitahu semua orang bukannya boleh sembuhkan penyakit ni.''terangkan sambil menangis teresak-esak.

''Baby, kenapa cakap macam tu? Baby ingat baby rahsiakan penyakit baby ni akan buat semua orang bahagia dan gembira ke? Baby tahu tak, perbuatan baby ni buat dada B nak pecah tau tak.''

''Maafkan baby. Baby tak ada niat nak buat macam tu. Baby tak nak orang yang baby sayang risau.''aku melutut di kakinya. Aku tahu perbuatan aku merahsiakan penyakit itu adalah salah. Tapi apa yang harus aku buat?

Aku lihat Aryan juga turut basah dengan airmata. ''Tapi bukan dengan cara ni baby.''

Aryan menunduk dan memelukku.''Izinkan B jaga baby sehingga nafas B yang terakhir. B harap baby dapat tunggu B. B nak mati sama-sama dengan ba..''

Aku terus menekup mulutnya. Tidak sanggup rasanya nak dengar luahan hati Aryan. Sakit. Sakit rasanya hati ku bagai belati menghiris hatiku.

''Please, don't say it. Baby tak sanggup nak dengar lagi. Ajal, maut, jodoh di tangan Allah. Mungkin baby boleh hidup lama. Kita tak boleh percaya sangat apa yang doktor cakap.''

''B tahu. Tapi B harap sangat, baby dapat tunggu B. Jangan tinggalkan B seperti sebelum ini. B cukup menderita dengan kehilangan baby dulu.''

''InsyaAllah B.'' hanya itu saja yang aku boleh katakan.

Setelah keadaan kembali reda. Kami hanya senyap bagaikan orang asing. Entah kenapa jadi begini selepas segalanya terbongkar.

''Baby, B pernah dengar satu lagu ni. Best sangat. B nak nyanyi untuk baby tapi baby tunggu dulu tau. B nak ambil gitar.

Aryan datang semula dengan gitar kesayangannya. Dia mula memetik gitar lalu menyanyi.


Lirik Lagi Di Saat Sendiri – Dadali
Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku

Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri



Aku yang mendengar suara lunak Aryan menitiskan airmata.Aryan juga turut menitiskan airmata seakan dapat merasa apa yang aku rasa.Lagu itu membuatkan hatiku jadi lagi sebak. Aku tidak sanggup lepaskan Aryan. Aku cuba melawan penyakit ini demi dia. Ya demi dia, aku sanggup buat apa saja asalkan dia bahagia.





#part 3 ..uni dh siapkan...tak larat nk buat..dalam otak ni asyik fikirkan KING ADRIAN BENJAMIN drama playboy itu suami aku..huhu..susah kalau dah jadi macam ni..asyik ingatkan KING je..I'm sorry friends.. =(


---> handsome tak? ni lah yg akan jadi KING (FATTAH AMIN) ^_^


















Tiada ulasan: