Sabtu, 7 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG SPECIAL (PART 3)






PART 3


Keesokan harinya…


“ABANG,  Ai ada satu cadangan untuk hadiah Balqis. Abang dengar tak ni?”

“ Dengarlah sayang..” jawab Aryan lemah. Mana tak lemahnya, dah berapa kali dah masuk bila air sebab alahan yang dialaminya sejak Airina hamil. Tu baru betul sayang bini!

“Abang ok tak ni?” tanya Airina.

“Ok sikit. Apa cadangan sayang tu?”

“Ai ingat nak buat party untuk Balqis.”

Aryan mendengar terus teruja. “Great idea sayang. Apa kata biar abang tolong.”

Airina mengerutkan dahi. Dah macam nenek bongkok je.

“Abang boleh tolong apa? Kan kita tempah je lagi bagus.”

“Abang tolong buat kek.”

“Abang buat kek? Kek apa yang abang boleh buat?”

Aryan tersengih nakal. Dalam kepala dah macam-macam resepi dia nak buat.

“Abang buat kek red velvet, boleh?” tanya Aryan.

Airina berfikir. Boleh ke laki aku ni jadi chef. Aku takut karang ada yang maksud wad ICU sebab makan masakan dia ni. Hmm...

Melihatkan Airina yang termenung panjang, Aryan terus curi-curi mengucup bibir isterinya. 
Alaa..bukannya haram.

Airina terkejut apabila ada sesuatu benda yang menyentuh bibirnya. Dia blur.Eleh, cakap laki dia blur, dia pun 2 x 5 je. Nampok sangat nipunya. 

Airina melihat suaminya tersengih semacam. Fahamlah dia yang ‘benda’ tadi tu dibuat oleh suaminya. Gatal tak hengat!

“Macam mana sayang? Boleh taka bang jadi masterchef ni?” rengek Aryan. Airina menceber. Nak muntah pun ada dengar rengekan laki tu. Laki awak jugak Ai!

“Hmm..boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Airina tersenyum sinis. “Abang kena bagi Ai rasa dulu. Boleh?”

Aryan bersorak riang macam kanak-kanak ribena. Hai..nak jadi bapak budak pun perangai macam kanak-kanak ribena lagi. Sabo je la.

“Boleh, boleh, boleh. Petang ni abang buat.”

Airina mengelengkan kepala. Kadang-kadang pening jugak layan perangai terlebih manja laki dia ni.




(Emm..sodapnya..Uni dh lama nk 
makn tp x dpt2..huhu)


****************

Pada  petangnya...

“SAYANG,  cuba rasa kek red velvet ni. Abang yang buat tau. Tak ada curi dari mana-mana kedai kek yang ada samaada dalam atau luar negara. Rugi tau kalau tak makan. Bukan senang abang nak jadi masterchef untuk sayang.” Kata Aryan yang seolah-olah bangga diri.

Airina memandang wajah comot Aryan. ‘Ini memasak kat dapur ke berperang kat dapur.’ Desis Airina. Bayangkanlah kalau dapur pun macam tempat kitar semula barang! Eii..geli dan tak ada selera langsung nak makan kek velvet dia tu!

“Sayang..oo..sayang. Berangankan sapa tu? Tahulah abang ni handsome macam Xian Lim tapi tak payahlah berangan kat sini. Apa kata sayang kek yang abang buat ni lagi bagus.”

Airina mencebik. Tak kuasa dia nak berangankan mamat blur tahap dewa ni. Buang karan je!

“Hmm.. Mana keknya. Tadi beria sangat nak suruh orang makan kek kebanggan dia tu.” Selamba badak sumbu air je Airina kutuk laki dia.

“Nah, ni keknya. Lepas makan nanti komen tau! Kot-kotlah terlebih masin ke manis ke pahit ke ta….”  

Belum sempat Aryan menyudahkan kata-katanya, Airina sudah menyampuk.

“Stop talking. Orang nak makan kek masterchef tahap antarabangsa ni pun tak senang. Boleh cekik tahu tak?” tegur Airina.

Dengan lafaz bismillah, Airina mula menyuapkan kek ke dalam mulutnya. Sesaat, dua saat. Tiba-tiba matanya terbeliak. Buweekk!! Airina terus memuntahkan kek itu balik. Masinnya!! Apa bendanya yang mamat ni letak dalam kek ni.

“Kenapa ni, sayang? Are you ok?” terkejut dia melihat Airina yang tiba-tiba muntah. Muka pulak dah macam naga nak sembur api. Mesti kejap lagi dia ‘kena’ sembur dengan bini dia. Confirm

“Apa yang abang letak dalam kek ni?.” tanya Airina.

“Err..abang Cuma letak telur, perwarna merah, gula…”

“Nak tengok bekas gula tu.” Bukan boleh percaya sangat si Aryan ni. Umur dah nak masuk 30 tahun. Takut-takut  dia ambil gula padahal garam.

Terus Aryan mengambil bekas itu dan diberikan kepada Airina. Ketagamam Airina semakin kemuncak bila lihat bekas itu. Aku dah agak dah. Mesti dia ambil yang ni. Airina menepuk dahinya sendiri. Pening dapat laki macam Aryan ni!

“Abang, tahu tak ni bukan gula tapi garam. Dah terang-terang kat sini tulis garam. G.A.R.A.M. Garam!!” tu dia, siap eja lagi garam tu sebab geram.

“Err..,mana abang tahu. Tadi abang ingat tu gula. Sebab abang tengok tu macam sama je.. Jadi, abang ingat tu gulalah,” takut-takut je Aryan menjawab. Bukan apa, takut kena ‘sembur’ lagi.

“Memanglah abang nampak sama sebab ni garam halus. Hadoii..lain kali rasalah dulu kalau nak tahu tu garam atau gula. By the way, berapa sudu garam abang bubuh dalam kek ni?”

“4 sudu besar.”

“What!! 4 sudu besar?!!” terjerit Airina. Aryan ni dah sewel ke apa? Nak bagi orang ada darah tinggi ke? 

Nasib baik tak masuk masterchef, kalau tak rasanya dah lama kena reject.
Aryan buat muka bersalah. Macam nak kena ke tali gantung je. Kalaulah dia tahu benda macam ni akan jadi, dia lebih rela tidak membuat kek ni. Takut ada yang masuk wad ICU nanti.




(Mama Airina)


*****************

“BALQIS,  nak pergi mana tu?” tanya Airina.

“Qis nak pergi masuk dalam villalah. Nak panggil papa.” Airina tercengang. Tiba-tiba dia baru teringat. ‘Alomak!’

Sepanjang perjalanan menuju ke villa, Balqis tak habis-habis dengan mulutnya yang membebel tu. Dah tua ke cik Balqis. “Kenapa papa ni lambat sangat. Make-up mengalahkan perempuan.”

“Qis, nanti dulu.!” Airina menjerit.

Balqis berpaling. ‘Apahal pulak dengan mama ni? Hadoii..macam hal lah laki bini ni.’ getus Balqis.

“Hmm..ada apa mama?” tanya Balqis malas.

“Jangan balik dulu. Temankanlah mama kat taman ni.” pujuk Airina. Dia takut misinya terkantoi.

“Qis dah letih, mama. Qis nak balik.”

Sampai sahaja di muka pintu villa. Balqis mendengar namanya dipanggil lagi oleh mamanya.
Belum sempat Airina bercakap, tiba-tiba I- Phonenya berbunyi menandakan mesej masuk. Lalu, Airina membaca mesej tersebut.

“Mama.”

“Ya?” tanya Airina bingung.
“Kenapa mama panggil Qis tadi?” muka Balqis sudah cemberut macam makan asam boi campur cuka.

“Err..tak ada apa-apa. Qis nak masuk dalam tadi kan? Err..masuklah.” Airina tersengih seperti orang tidak bersalah.

Balqis mendengus. Buang karan ke apa mama ni? Ni saja aku naik angin ribut taufan ke?

“Hmm..”

Masuk saja ke dalam villa. Balqis kaku. What? Why? Who? Where? When? Ambik segala ayat BI ada dalam mindanya.

“Surprise!!” jerit semua yang ada dalam villa itu. Balqis masih kaku seolah-olah tidak percaya apa yang ada di depan matanya sekarang ni. terkezut mak tau.

Dia keliru. Sekeliru-lirunya.

Apa yang dah jadi ni? Birthday aku lambat lagi. Ni surprise untuk mama ke untuk aku? Tapi apasal kawan-kawan aku je yang ada ni? Kawan-kawan mama mana? Itu saja yang terdetik dalam fikirannya.

Airina yang berada belakang tersenyum. Akhirnya.

“Sayang..” tegur Aryan dari belakang. Memeluk pinggangnya yang makin melebar. Sekali tengok macam lembu pun ada badan dia ni.

“Thanks sebab tolong Ai jayakan party untuk Balqis ni.”

Aryan tersenyum. Airina terpana. Mak aihh..kacaknya laki aku petang ni. Berbaju tuxedo hitam. 
Fuhh..mengancam. Kalah King Adrian Benjamin. Wajah Aryan makin mendekat dengan wajah Airina. Airina telan semangkuk air liur. Dah buat hal dah! Baru saja Aryan ingin mengucup bibir Airina.....


(Papa Aryan)

“Ehem-ehem.” Tiba-tiba terdengar suara orang berdehem. Aishh..sapa pulak yang ganggu orang nak beromantika de amor ni? getus Aryan.

“Kalau ya pun nak beromantik, silalah ke bilik. Tak malu ke budak under age ni tengok?” selamba Balqis mengutuk bapa dan ibu saudaranya.

Aryan membeliakkan mata manakala muka Airina sudah memerah. Kantoi pulak dah. Aduhh..gawat betullah. Amboii..kecik-kecik dah pandai mengutuk orang dah. “Ehem-ehem. Hai..sedapnya kutuk orang. 

Ingat baru nak belanja orang yang kutuk tu novel. Tapi, bila orang tu dah kata macam tu, macam tak jadilah pulak nak belanja. Selamat duit kita ni.”

Aryan hanya tersengih. Macamlah dia tak kenal perangai isterinya yang satu ni. Pantang dicabar!

Balqis yang mendengar tersentak. Waduh, waduh.. gawat gini. Macam mana mau pujuk ni. Orang baru nak bagi hadiah kat aku, aku pulak macam nak tolak rezeki.

“Err..mama, papa. Qis mintak sorry. Ehh..silap. Qis mintak maaf. Janganlah ugut macam tu. Keciankanlah itew ni. Nanti itew boring kalau tak baca novel baru.” Merengek-rengek Balqis memujuk papa dan mamanya. Tu lah, buat salah baru minta maaf!

“Bahasa mana yang kamu guna ni Qis? Kamu tahu tak bahasa itu jiwa bangsa. Kalau kamu salah guna bahasa, habislah cucu cicit kita nanti guna bahasa macam bahasa makhluk asing. Kamu…..bla,bla,bla…” Hah..sudah. Aryan mula sesi syarahannya dengan tersendiri. Kelas kau, Aryan.Pantang sungguh Aryan jika mendengar ayat-ayat ‘mahkluk asing’ ni. Gedik rasanya. Elok-elok guna bahasa melayu yang betul, tiba-tiba gatai nak nukaqnya. Memang nak kena babab ni!

Semua orang yang ada dalam villa itu senyap. Balqis mengangkat kening. Apo kono dengan papa ni? Dah sedia nok masok hospital bahagia ka?

Aryan yang baru perasan semua orang dalam villa itu senyap, sunyi dan sepi. Erkk? Apa kehel dengan deme ni? pandang aku macam nak telan je.

Tanpa sebarang isyarat, villa itu mula bising dengan ilai tawa penduduk di dalamnya. Aryan ni memang boleh masuk Maharaja Lawaklah. Aryan memandang Airina. Airina hanya menjongketkan bahu tanda tak tahu apa-apa

Airina tersenyum.Untung betul dia dapat suami yang sporting macam Aryan ni walaupun terlebih blur. Eleh, paku dulang, paku serpih. Kata orang, dia yang lebih. Hehehe.. Dia tidak menyalahkan Aryan sebab terlampau blur. Setiap manusia pasti ada kekurangannya. Begitu juga dengan dirinya.

“Mama tengok tu. Apa yang papa buat tu?” tanya Balqis. Airina pelik. Apa yang papa buat?

“Ehem, ehem..testing,testing. One, two, three..Helloo….Assalamualaikum, hari ni sempena party untuk anak saudara saya iaitu Balqis sebab dapat 5A dalam UPSR, saya nak dendangkan sebuah lagu. Tapi bukan untuk dia. Tapi untuk isteri tercinta saya. Sayang, dengarkanlah lagu ni. Wo ai ni, sayang.”

Aryan bersama gitar kesayangan, mula menyanyi. Airina terasa dirinya bagaikan diawang-awangan. So sweet.. tengoklah, suami sapa? Suami Airina Julia jugakkan. Hehehe…


Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku

Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu

Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu

Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti

Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Oooo...

Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu

Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


Aryan menghampiri Airina. Tak ada angin, tak ada ribut, dia melutut. Airina tercengang. Malu pun ada bila banyak mata melihat dirinya dan Aryan.

“Airina Julia, sudikah sayang menjadi tulang rusuk abang hingga ke Jannah. Abang tahu abang ni tak sempurna tapi tahukah sayang yang kelemahan sayang adalah kekuatan abang dan kekuatan sayang adalah kelemahan abang? So, be my wife until Jannah?”

Airina menangis terharu. Sungguh romantik kaum Adam bernama Aryan Wong ini. Lebih romantik Romeo dan Juliet tapi dia masih tidak dapat tandingi romantiknya Rasulullah dengan isteri-isterinya. Dia sedar yang 

Aryan Wong yang ini hanya manusia biasa yang tidak sehebat Rasulullah.

“Sayang..” Airina tersentak dari lamunan. Ya Allah, dia termenung depan orang ramai? Malu ceq tau!

“Err..yes, Ai setuju untuk jadi isteri abang hingga Jannah. I do.”


Aryan tersenyum. Alhamdulillah. Thanks to Allah sebab mengurniakan kaum Hawa bernama Airina Julia ini. Dia yang menyedarkan aku dari terus sesat ke jalan hitam. Aku harap kebahagiaan ini kekal selama-lamanya. Moga Engkau merestui hubungan kami ini.Amin..

Tiada ulasan: