Rabu, 16 Oktober 2013

CERPEN : BUKAN CINTA TERLARANG (2)




Beberapa bulan selepas menjadi isteri Aryan Wong a.k.a mamat sengal yang suka cari gaduh denganku hehehe....

Suasana bingit di Zouk Club dengan lagu Feel This Moment menyebabkan Airina ingin keluar dari kelab malam itu dengan segera. Tapi apa dayanya, orang yang ingin dia jumpa tidak diketemui lagi. Dia ingin berjumpa orang itu kerana ada urusan penting. Kalau ikutkan hatinya, dia malas pergi kerana dari pagi tadi hingga malam, dia berasa kepalanya sangat sakit.Semenjak pulang dari bulan madu, dia selalu sangat sakit. Kadang-kadang, dia tak boleh buat kerja kerana sakit.Fitri sudah jemu memaksanya supaya pergi ke klinik tapi dia tak nak. Orang degil dan keras kepala, buat apa nak dipaksa lagikan. Tapi pertemuannya ini berkaitan kongsi gelap dia.So, terpaksa jugaklah dia datang.

 'Hai..manalah mamat cina ni. Kata nak jumpa aku pukul sepuluh malam tapi sekarang ni dah pukul sebelas. Aku dahlah rimas dengan tempat sampah macam ni.' rungutku.

''Hye.. Sorry Ai. I'm very sorry. I'm late because have accident when I want to this club. I'm so,so sorry Ai.'' rayu Lim.

Airina memandang Lim. Mula-mula dia berasa marah kerana Lim lambat datang berjumpa dengannya. Tapi, bila dia melihat muka kerisauan Lim, amarahnya beransur reda. Takkanlah dia nak menghukum orang betul-betul dalam kesusahan. Nampak sangat dia seorang yang kejam.

''Hmm..ok. Kali ni aku maafkan. Tapi lain kali, aku tak boleh nak maafkan kau. Faham?!'' tegas amaran yang diberi Airina kepada Lim. Lim memandang Airina yang sedang minum Coca-cola. Dia sudah memang sediamaklum yang Airina macam tu. Dia mahu orang bawahannya mengikuti segala arahannya. Kalau dia kata A, A lah jawapannya. Masak Lim dengan perangai fussy Airina ni.

'' Airina, aku nak bagitahu sesuatu dekat kau.'' 

''About?'' tanyaku dengan malas sebab aku dah naik boring duduk dalam kelab malam ni.

''About Alex. Aku syak dia ada buat sesuatu belakang kita.''

''Example?'' 

''Aku rasa dia yang bagitahu ketua kumpulan Black Scorpions tentang siapa ketua kumpulan Gold Dragon.''

Penerangan Lim menarik perhatianku. Ya. Apa yang dicakap oleh Lim tentang Alex tu ada benarnya juga. Sejak, dua- menjak ni,aku selalu perasan Alex cuba melarikan diri dari aku. Dia pandang aku macam dia pandang hantu. Aku bukan hantu ok! Aku ni manusia. Tapi untuk membuktikan kebenaran tu payahlah sebab tak ada bukti. Hadoi...bala,bala,bala.

''Macam mana kau tahu?''

''Aku tengok dari air muka dia pun aku dah tau.''

''Eh Lim, dekat muka Alex ada air ke?'' ayat paling poyo selama aku jadi seorang yang tegas.Aku lihat Lim sudah berupa untuk menjadi singa yang kelaparan.

''Kau ni Ai. Orang cakap serius, kau main-main pulak.'' marah Lim.

''Alaa. Sorrylah Lim, aku bukannya nak main-main tapi aku tengok kau stres je. Sebab tu, aku buat macam tu supaya kau tak stres dah. Hmm..oklah Lim. I have to go now. Aku tak sihat sangat ni, I need to rest. Bye, Lim.''

''Bye, dear.'' kata Lim sambil lambaikan tangan padaku. Aku membalasnya.

Sedang aku melangkah keluar dari Zouk Club, tiba-tiba aku terpandang sekujur tubuh yang pernah aku jumpa. Tapi, dimana ya? Ehh, tu bukan ke Aryan dengan Alex. Apa diorang buat kat sini? Ada yang tak settle ni.

Aku melangkah dekat dengan mereka untuk melihat apa yang sedang mereka lakukan. Aku terdengar mereka bercakap tentang seseorang. Hatiku jadi tidak sedap. Ehh, jap kalau makan hati sedap ke? Hehehe..

''Aku dah cakap dengan kau yang Airina tu susah nak cairkan.Kau takkan tak tau bini kau tu macam mana. Arrogant , fussy and panctual time.'' kata Alex.

''Ahh..aku tak kira. Aku nak dia jadi milik aku jugak.'' luah Aryan yang tidak puas hati. Aku nampak dia mengeluarkan rokok Dunhill dari poket seluarnya. 'Aikk..sejak bila mamat ni merokok. Tak pernah aku tahu selama ni. Hai..tu lah kau Ai. Langsung tak fikir tentang makan pakai suami. Tengok sekarang ni, suami kau sendiri merokok pun kau tak tau.' kutukku kepada diri sendiri.

''Kenapa kau nak sangat Ai tu jadi milik kau?''

''Aku ada sebab kenapa aku nak sangat Ai jadi milik aku. Sebabnya ialah aku nak balas dendam atas kematian abang aku.''

Aku terkejut. 'Abang? abang Aryan yang mana pulak ni?'. Aku terus mendengar perbualan mereka.

''Kau ada abang ke Aryan?'' tanya Alex.

''Hmm..ada. Tapi itu dulu, sekarang ni dia dah meniggal kena bunuh dengan ketua kumpulan kau.''

''Sape nama abang kau tu?''

''Syed Raimy Raiqarl.'' jawab Aryan.

Aku mendengar kata-kata Aryan terkejut.'Raiqarl?!! Betul ke Qarl tu abang Aryan? Betul ke?' Air mataku sudah membasahi pipi. Sebak bila terkenangkan Raiqarl.

''Kalau tak silap abang kau tu dulu kekasih bini kau. Kau tak tahu ke?''

''Aku tahu. Dan sebab tu aku berdendam dengan dia. Kerana dia, abang aku mati. Aku tak boleh terima kenyataan tu. Sampai sekarang, aku masih tak boleh terima kenyataan kematian abang aku tu. Walaupun aku dengan dia selalu bergaduh, tapi dia tetap abang aku. Aku akan buat dia menderita sepertimana aku menderita ketika kehilangan abang aku.'' kata Aryan dengan penuh dendam.

Aku hanya mendengar sahaja perbualan mereka.'Patutlah awak nak sangat kahwin dengan saya Aryan. Rupanya awak ada adegan lain. Sampai hati awak, Aryan! Bukan saya yang bunuh abang awak tapi orang lain. Orang yang saya paling sayang bunuh awak.' desisku.

Aku meninggalkan tempat itu dengan segera. Tidak sanggup rasanya untuk berada lebih lama di tempat itu kerana dia tahu sekiranya dia berlama di situ boleh menyakitkan lagi hatinya kerana baru sebentar tadi dia nampak suaminya bermesra dengan perempuan di dalam kelab malam itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kereta Ferrari Enzo milik Aryan masuk ke dalam vila. Dia memarkirkan keretanya di sebelah kereta Lamborghini Aventador milik isterinya dalam garaj yang telah disediakan di vila itu. Dia baru sedar yang isterinya ini banyak menyimpan koleksi kereta jenama Lamborghini seperti Gallardo Spyder, Sesto Elemento, Murcielago dan lain-lain lagilah. Bukan itu sahaja, motosikal Kawasaki Ninja pelbagai jenis warna pun ada. Perghh..kaya giler bini aku ni. Aku pun dapat beli setakat Ferrari je.Fuhh..dasyat, dasyat.

Sewaktu dia berjalan masuk ke dalam bilik, dia terlihat gambar keluarga besar Gold Dragon. Sebelah gambar keluarga besar ini, dia melihat gambar seorang lelaki tua bersama cucu perempuannya. Mesra sangat. Aryan tersenyum sinis. 'Tak lama lagi, keluarga kau akan hancur Gold Dragon. Kau tengoklah nanti.' desisnya.

Dia terus masuk ke bilik beradu. Dalam bilik itu, tidak pula kelihatan isterinya. 'Mana minah hardworking ni pergi?' tertanya-tanya Aryan apabila melihat isterinya tiada. Dahlah villa ni sunyi sepi. Hai..Aryan,kau takut tinggal soran-sorang ke?

Aryan cemas bila Airina tiada dalam vila itu.Tiba-tiba dia mendengar Ipad Airina berbunyi menandakan mesej masuk. Pantas dia mengambil dan membaca mesej itu, kot-kotlah dari bini dia.

Assalamualaikum Aryan. Saya hantar mesej ni kerana saya tidak akan pulang ke rumah selama beberapa minggu. Ke mana saya pergi awak tak perlu tahu, Saya ingat awak kahwin dengan saya sebab ikhlas tapi rupanya itu hanya penipuan awak supaya awak boleh jalankan misi balas dendam atas kematian abang awak. Jangan marah Alex kerana hal ni. Saya sendiri yang mengintip awak tadi di Zouk Club. Mesti awak terkejutkan. Tapi itulah bukti ALLAH Maha Adil. DIA telah tunjukkan segalanya. Kalau tak kerana Lim nak jumpa saya, sampai sekarang saya tak tau tentang misi awak ni kan? Sebenarnya awak dah ada perempuan lainkan. Kalau awak rasa dia layak untuk awak. Awak pinanglah dia. Tak baik buat dia macam tu. Saya nak buat pengakuan yang surrender. Awak yang menang dalam misi balas dendam awak tu. Saya letih nak bergaduh dan berdendam. Dalam fikiran saya hanya nak ketenangan. Kalau boleh saya nak ketenangan itu selamanya. Ok, itu saja saya nak sampaikan. Semoga awak bahagia dan sihat selalu.

Selesai sahaja Aryan membaca mesej itu, dia terduduk. Tidak sangka, Airina yang dibencinya sanggup buat macam itu. Aryan menyesal. Tersangatlah menyesal. Dia mahu mencari isterinya dan mahu meminta maaf. Tapi di mana dia mahu mencari isterinya? Itulah orang tua-tua kata jangan terlalu membenci nanti orang yang awak benci itu sanggup mengalah dan menolong awak. Sekarang ayat itu sudah terkena batang hidungnya sendiri. Aryan menangis menyesal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Airina memeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di kereta Lamborghini Sesto Elementonya. Sejuk betul cuaca di Korea ni. Dia berada di sini pun kerana ingin menenangkan hatinya yang berkecamuk. Tiba-tiba dia teringatkan lagu kesukaannya. Tajuknya Sajak Dari Hati nyanyian Azad Jazmin dan Eira Syazira. Lagu itu sesuai dengan keadaannya sekarang ni. Dia betul-betul rindukan suaminya yang berada di Malaysia. Tapi, adakah suaminya merinduinya? Entahlah. Biarlah DIA sahaja yang menentukannya.


Malam tak nampak indah
Bila tak ada rembulan
Gelap menabur sunyi
Hambar tanpa cahaya

Seperti hidupku akan sunyi bila tanpamu
Gering seperti gurun tanpa hujan menyapa
Hambar melanda hati jauh dari dirimu
Rindukan hadirmu bagai hujan
Di gurun jiwaku

Jangan pernah kau menjauh dariku
Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku tak bisa jauh dari dirimu
Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia

Kau adalah jantungku
Kau adalah nafasku
Kita takkan pernah bisa
Tak selalu bersama

Ku tak bisa jauh dari dirimu
Ku tak bisa tiada kau di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran

Jangan pernah kau menjauh dariku
Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan
Di dalam fikiran
Ku akan setia

'Ahh..mungkin dia sedang mencari pengganti untuk dirinya tak lama lagi. Biarkanlah dia bahagia. Aku pun tak lama lagi dah nak mati. Mesti dia suka. Aku dah tak larat nak tanggung dosa. Sekarang ini kehidupan aku adalah untuk mencari ketenangan dan beribadat kepada-Nya sahaja.' Ya Allah, Kau berikanlah kebahagiaan kepada suamiku. Ampunkannya sekiranya dia melakukan dosa terhadap-Mu. Izinkan dia bahagia tanpa diriku.' Doaku dalam hati dengan ikhlas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aryan terus merayau-rayau di sekitar Johor Bahru, Dia buntu. Tidak tahu ke mana lagi mahu dicari Airina sedangkan Mummy Kirana yang tenat di hospital tak henti-henti menyebut nama Airina.Simpati dia pada ibu mertuanya itu. Orang tua itu benar-benar rasa terpukul dengan berita bahawa Airina telah lari dari rumah dan pengakuannya itu. Terus dia rebah di situ.

Kini hampir tiga bulan, keadaan Mummy Kirana masih tidak berubah. Aryan semakin bimbang.Dahlah orang tua itu ada penyakit jantung Takut Mummy Kirana tak sempat. Tapi apa dayanya? Bermacam-macam cara dibuat. Sampai kini pun belum ada hasilnya. Dia pun tak henti-henti mencari isterinya itu hingga sanggup mengabaikan makan dan minum. Kerja di pejabat pun tidak diendahkan lagi.Airina menjadi keutamaanya saat ini.

Semalam pun dia dapat tugas baru. Peguam Syarikat Airina Holdings datang membawa surat penyerahan kuasa. Mengatakan syarikat itu kini di bawah tanggungjawabnya. Surat itu telah dibuat oleh Airina sehari selepas Airina keluar dari vila itu.Airina bagaikan telah nekad untuk pergi dari kehidupannya. Berat hatinya untuk menerima tanggungjawab itu tapi demi Airina dia sanggup. Syarikat Airina Holdings akan diserahkan kembali kepada Airina bila isterinya itu kembali kelak.Tapi bila? Sempat juga dirisik-risik pada peguam itu alamat Airina.Sayangnya peguam itu juga tidak tahu.

Pulanglah Ai! B betul-betul rindukan Ai. Pulanglah...sayang! B dah berdendam dengan Ai atas kematian abang B dulu. Sepatutnya B kena redha yang abang B dah meninggal. Bukannya berdendam dengan keluarga Ai. Percayalah sayang, kalau Ai balik B akan belai Ai dengan penuh kasih sayang. B akan bagi apa yang Ai minta. Hidup kita pasti akan bahagia. Pulanglah...sayang!





*Aryan Wong tengah susah hati, hehe..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini hari terakhir Airina menetap di bumi Korea. Esok dia akan pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan suami dan mummynya. Dia sudah dapat menenangkan hatinya yang lara. Passport dan tiket penerbangan ke Malaysia sudah ada. Hanya tinggal bawa dirinya sahaja.

''Uhuk, uhuk, uhuk'' batuk dan sakit kepalaku semakin menjadi-jadi. Itulah keadaanku sepanjang berada di bumi Korea ini. Nasib baik di Korea ini ada sebuah vila yang telah dihadiahkan oleh arwah atuk suatu masa dulu. Bolehlah aku bawa diri sehelai sepinggang je. Kalau tak naya je, terpaksa guna banyak duit kat sini.

Airina mengambil diarinya yang terletak di meja kecil dalam biliknya. Dia mula mencoret isi hatinya di dalam buku itu.

Aku mengimbau kembali kata-kata Doktor Aimi iaitu doktor peribadiku. Waktu tu aku rasa dunia aku gelap bila Aimi mengatakan aku ada ketumbuhan dalam otak. Menurutnya, ketumbuhan dalam otakku aku ni semakin membesar. Dia cadangkan aku agar buat pembedahan tapi jawapan aku? Mestilah tak sebab aku ni kan anti sikit dekat hospital. Tak kiralah hospital swasta ke hospital kerajaan ke murah ke mahal ke. Aku 'wajib' kata tak nak!......

Airina menutup diarinya. Diarinya inilah tempat kedua luahan isi hatinya dari yang pertama iaitu ALLAH. Kalau ada arwah datuknya dulu, datuknya itulah jadi tempat luahan isi hatinya. Dia berharap kalau dia mati nanti dia dapat berjumpa dengan arwah datuknya. Itu permintaannya dari dulu sampai sekarang.


Same bed, but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio, but it don't sound the same
When our friends talk about you all that it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little when I hear your name
And it all just sound like uh, uh, uh


 Airina mendengar I-Phonenya berbunyi. Lagu When I Was Your Man menjadi nada dering I-Phonenya.Dia tahu siapa yang menelefonnya. Siapa lagi kalau bukan kawan baiknya itu, Fitri. Hanya Fitri sahaja yang di mana dia berada. Lalu. dia menjawab panggilan itu.

''Assalamualaikum Ai. Kau sihat?'' Fitri memulakan perbualan.

''Waalaikummussalam, aku sihat. Kau sihat?''

''Aku sihat je. Ai, bila kau balik sini? Aku rindu sangat dengan kau.''

''Aku balik esok.'' hanya tiga patah perkataan saja aku boleh jawab. Aku berasa lemah setiap kali hendak bersuara.

''Hmm..kalau macam aku doakan kau selamat sampai tau.''

''Insya-Allah.''

''Err..Kau tahu tak yang mummy kau rindukan kau sangat. Dia selalu tanya kau kat mana. Dia nak sangat jumpa kau, Ai.''

''Hmm..aku memang nak sangat jumpa mummy aku.Aku rindu sangat kat dia...''

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Fitri menyampuk.'' Kat husband kau, kau tak rindu ke?''

Pertanyaan Fitri itu menyebabkan aku terkedu. ''Tak ada masa aku nak rindukan dia. Entah-entah sekarang ni dia tengok bermesra dengan perempuan lain.'' tuduhku. ' Betul ke kau tak rindukan laki kau ke Ai?' tanyaku dalam hati.

''Woii..tak baik tuduh dia macam tu. Hari tu, waktu aku melawat mummy kau kat vila, aku terserempak dengan Aryan. Dia dah tak terurus, Ai. Mummy kau ada cakap yang Aryan pernah bertumbuk dengan ahli kongsi gelap kau.''

''Apa?!! Bertumbuk? Apasal mereka bertumbuk?'' terkejut giler aku dengan kata-kata Fitri. 'Maknanya mummy dah tahulah tentang kewujudan kongsi gelap tu.Ahh..tak kisahlah. Sekarang aku risaukan Aryan.' 

''Mummy kau cakap ahli kongsi gelap kau tuduh Aryan penyebab kau lari dan sekarang ni ada kat dalam wad ICU tapi sekarang ni dia dah duduk kat wad biasa.''

''Astaghfirullahaladzim..kenapa sampai boleh jadi macam tu Fit.'' 'Aryan mesti aku jumpa dulu esok.'desisku.

''Entah. Mummy kau cerita tu je. Dia tak cerita terperinci sangat.''

''Fit..I need your help tomorrow.''

''Apa?''

''Esok, kau bawa kereta Lamborghini aku ke airport.''

''Lamborghini kau yang mana? Sesto Elemento ke?''

''Ahh..tak kisahlah yang mana yang penting ada minyak sudah. Jangan kau bawa kereta Lamborghini yang tak de minyak. Karang, elok-elok aku bawa kereta tu tiba-tiba berhenti. Tak ke naya.'' Aku mendengar Fitri ketawa. Lawak sangat ke apa yang aku kata tadi.

''Ok boss..hehe.. Weii..Dahlah topup aku dah jadi pengemis dah ni.Oklah bye. Assalamualaikum.''

''Waalaikummussalam.''

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya. tiba juga aku kat Malaysia. Sekarang misi utama aku adalah untuk melawat Aryan. Mana Fit ni. Kata nak sampai dah. Ni, sampai sekarang tak datang lagi. Apa cer..

Tiba-tiba Airina merasakan bahunya dipegang seseorang. Dia terus memandang siapakah gerangan yang memegang bahunya. Sebaik melihat orang itu, wajah Airina terus berubah hyper gembira.

''Ai..rindu kau Ai..'' terus Fitri memeluk Airina. Macam sepuluh tahun tak jumpa je.

''Aku pun rindukan kau, Fit.'' 

''Ehh..jomlah. Kata nak pergi hospital tengok Aryan.''

''Hmm..tunggu jap. Aku nak beli buah tangan sikit untuk dia.''

''Ok boss..'' jawab Fitri sambil tabik hormat. Aku hanya tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai saja di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), aku dan Fitri terus ke wad tempat di mana Aryan diletakkan. Kini, aku sudah berada di hadapan wad Aryan. Aku menarik nafas panjang-panjang lalu aku hembus. Rasa berdebar pula bila nak jumpa suami sendiri.

Aku membuka pintu wad dengan lafaz bismillah. Aku melihat Aryan terbaring lesu di atas katil. Aku menghampirinya. Kesian dia dengan badan berbalut, tangannya pula terdapat jarum yang mengalirkan air ke tubuhnya. Aku mengusap rambutnya lalu mencium dahinya. Rinduku membuak terhadapnya.

''B, Ai datang ni. B bukalah mata B. Jangan biarkan Ai diburu rasa bersalah. Ai rindukan B. Maafkan Ai kerana larikan diri B. Ai mahu mencari ketenangan lepas apa yang terjadi. Maafkan Ai. Ai minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.'' bisikku ditelinganya. Air mataku sudah membasahi pipi.

''Airina Julia.'' aku ditegur seseorang. Seseorang yang amat aku rindui. Terlampau merinduinya. Aku menoleh.

''Mummy.'' aku terus memeluk mummy. Aku menangis dibahunya.

''Ai, Ai pergi mana selama ni? Mummy risaukan Ai. Aryan bagai nak gila cari Ai tau.  Kesian dia.''

''Ai minta maaf mummy. Ai dah buat semua orang risau. Ai lari sebab nak cari ketenangan lepas apa yang dah terjadi.'' 

''Tak pelah Ai. Mummy maafkan. Mummy tahu kamu sayang sangat dengan arwah grandpa sebab tu kamu buat macam tu.''

Tiba-tiba Fitri menjerit. ''Ai, laki kau dah sedar.!''

''Hah, dah sedar. Fit, kau tolong panggilkan doktor.''

''Tak payah panggil doktor sebab dah seminggu Aryan sedar sebenarnya. Fit, takkan kamu tak bagitahu Ai yang Aryan dah lama sedar.'' Aku terkejut dan menoleh ke Aryan. Aku melihat dia tersengih bagaikan kerang busuk separuh masak. Jangan-jangan dia dah dengar apa yang aku cakap tadi tak? Mummy tolong Ai!! 

Airina memandang tajam ke arah Fitri seolah-olah selepas ini Fitri akan menjadi mangsa boxing dia. Fitri kelihatan takut dengan Airina. Tu lah, sapa suruh tak bagitahu. Kan dah nak kena boxing. Habislah kau Fitri.

''Err..Jangan salahkan aku Ai. Laki kau yang suruh supaya jangan bagitahu kau. Dia kata nak buat surprise kat kau.''bela Fitri.

''Ehh..nak salahkan aku pulak. Baby, sebenarnya Fit ni yang suruh B buat macam ni. Kalau ikutkan hati B, waktu sayang dah sampai tadi, B nak je terus peluk Baby. I miss you so much Baby.'' bela Aryan pula.

Aku hanya menggelengkan kepala.Pening aku melihat mereka berdua ini. Kadang-kadang aku rasa aku nak gelarkan mereka Tom and Jerry je.Tapi bila difikirkan perasaan mereka, aku diamkan je sebab takut mereka akan terasa denganku. Sabo je lah bila dapat suami dengan kawan macam ni! Tapi malam ni aku wajib jumpa seseorang. Seseorang yang menyebabkan Aryan dimasukkan ke hospital!







#First, Uni nak cakap ini cerpen kedua Uni...tp x taulah best ke tak..kalau x best cakap dengan Uni tau..hehe..komen jangan tak komen =)
#Part 3..entah bilalah boleh siap sbb Uni ada program kt sekolah. Ingat lps PMR boleh rest rupanya tak boleh..uwaaa..nak nangis itu saja ... bye...Assalamualaikum =)


Tiada ulasan: