“ARE u sure? Kau dah fikir semasak-masaknya ke? Aku tak nak kau salah
buat keputusan.” Tanya Aina yang terkezut. Mana dia tak terkezut,
bila dapat tahu best friend forevernya ni terima pinangan dari seorang
jejaka yang tidak dikenali oleh tuan badan sendiri. Tak ke namanya gila tu?!
“Ya, aku dah fikir semasak-masaknya.
Dah sampai jadi hangus dah pun. Aku akan tetap terima pinangan tu. Apa nak
jadi, jadilah. Yang penting, mamat crocodile tu tak berani ganggu aku
lagi. Sakit hati. limpa, jantung aku tau tak bila dia datang ganggu. Kalau
boleh, aku rasa nak je duduk dekat hospital bahagia. Bahagia jugak aku kat sana
tau.” Suria sudah mulakan ceramah free dengan luahkan rasa tak puas
hatinya terhadap mamat crocodile.
Nak tahu mana datang mamat crocodile
dalam cerita ni. Ehh, silap. Bukan cerita tapi cerpen. Hehehe. Ok, berbalik
kepada cerita kita yang tadi. Begini kisahnya. Mamat crocodile a.k.a (as
know as) Fiqi Raiqarl ni adalah playboy terrnashor di kolej tempat Aina dan
Suria belajar. Pantang Nampak perempuan seksi ke seksa ke mesti dicuba. Senang
cakap mamat crocodile ni terhangat dipasaran di kolej merekalah. Dia ni
sebenarnya sukakan Suria tapi nasib tidak menyebelahi apabila Suria tak sukakan
dia sebab perangai playboy yang dimilikinya. Kesian.. Sapa suruh jadi playboy. Jenuh
dah jejaka terhangat dipasaran tu mengayat Suria tapi Suria? Buat do no je!
“Hishh, kau ni. Ada ke cakap macam
tu. Tak baik tau. Nanti Tuhan makbulkan doa kau. Baru kau tahu.” Bangkang Aina.
“Alaa.. Aku saja je. Takkan nak terasa
kot? Sudahlah, dari aku melain kau beremo, baik aku ke café. Perut aku ni dah
berirama dangdut sebabkan kau. Weii, jomlah pergi café.” Ajak Suria.
“Hmm.. Malaslah. I’m very tired. I
want to sleep.” Dengan perlahan-lahan Aina merebahkan badannya di atas katil.
“Weii, jangan macam ni. Temankanlah
aku pergi ke café. Aku takut terjumpa dengan mamat crocodile tu.Please.. Aku
belanja kau.” Sesi tawar-menawar diadakan oleh Suria. Dia sanggup buat apa saja
asalkan dia ditemani dengan kawannya untuk mengelakkan diri dari bertembung
dengan mamat crocodile tu!
“ Betul ni?.” Teruja Aina mendengar
tawaran Suria. Rezeki dah ada depan mata beb!
Suria hanya menanggukkan kepala.
(Suria)
_____________________________________________________________________________
“Psstt.. Tu bukan Aina dengan Suria
ke?” Tanya jejaka yang bernama Airul.
Bila mendengar saja nama Suria, Fiqi
terus berpaling. Wahh, bunga si idaman hati sudah ada di depan mata. Ada chance
nak mulakan strategi untuk mengayat. Fiqi bangun sambil membetulkan pakaian di
badannya. Nak tunjuk macholah tu!Fiqi menghampiri Suria dengan gaya yang
paling hebat dia buat. Cehh, perah santan betul mamat crocodile ni.
“Hai, my cute.” Tegur Fiqi.
Suria dan Aina berpaling untuk
melihat gerangan yang menegur mereka. Mata mereka sudah terbeliak macam panda
bila melihat gerangan itu. Mamat crocodile!
“Assalamualaikum.” Suria dan Aina
memberi salam sambil tersenyum sinis. Nak tegur orang, kena beri salam dulu. Ni
tak, main terjah macam Nas Ahmad dalam Melodi je. Jom kita terjah!
Fiqi berdehem beberapa kali. Malu apabila ditegur sebegitu. Hilang kemachoan yang selama ini dimiliki.
Fiqi berdehem beberapa kali. Malu apabila ditegur sebegitu. Hilang kemachoan yang selama ini dimiliki.
“:Err.. Waalaikummussalam. My cute
buat apa kat sini?” Tanya Fiqi sambil memandang Suria dengan gaya goda tak
hengat!
“Buat apa kat sini? Nak beli ikan
nak memasak. Ada masalah ke Encik Fiqi Raiqarl.” Balas Suria dengan geram. Dah
tau datang café. Mestilah nak makan. Takkan nak buat sidang media kot!
“Hahaha…Pandai cute abang ni buat
lawak. Kenapa tak masuk Maharaja Lawak. Boleh abang tolong undi.
Kalau cute
masuk, confirm takkan tersingkir. Trust me.” Ujar Fiqi sambil tersenyum ‘maut’.
Hah, sudah-sudahlah tu buat gaya goda tu. Tak cair pun si Suria tu. Kalau
dengan perempuan lain kau buat macam tu, maybe cair kot!
“Sejak bila kau jadi abang aku,
Fiqi? Setahu aku, aku anak tunggal.” Kata Suria yang mengetap bibir. Sakit hati
dia melihat kegedikkan Fiqi yang ntah apa-apa ni.
“Aku tak nak jadi abang kandung kau
tapi aku nak jadi abang hubby kau. Boleh tak sayang?.” Bisik Fiqi ditepi
telinga Suria. Suria mula seram sejuk melihat perangai dua alam Fiqi.
“ Hubby? Hahaha..Kau ni dah
buang tebiat ke Fiqi? Kalau nak jadi hubby pergilah kat sarang lebah kat
dalam hutan tu. Kat situ ada banyak bee. Kau nak sangatkan?.” Sinis kata
Suria. Nak sangat jadi hubbykan. Rasakan!
Muka Fiqi yang putih mula kemerahan
bila Suria membalas dengan kata-kata yang sinis itu.Untuk pengetahuan korang Fiqi ni sebenarnya mamat Melayu kacukan Korea. Handsome, mata sepet tapi sayang.. Playboy. Dia cuba menyabarkan hati
yang panas membara. Dia tetap akan cuba mengayat perempuan ini dengan apa jua
sekalipun walaupun adakalanya kesabarannya akan menipis.
“ Alaa.. Kalau abang jadi bee kat
dalam hutan, nanti kena sengat. Lepas tu, mesti badan abang ni akan sakit.
Waktu tu bolehlah abang suruh sayang ubatkan abang dengan tangan gebu sayang tu.”
Rengek Fiqi.
Suria dan Aina mula buat muka
meluat. Rasa nak muntah hijau pun ada mendengar kata-kata rengekkan Fiqi itu.
Gila agaknya Fiqi ni! Ada ke suruh orang yang bukan muhrim dia ubatkan kalau
dia kena sengat dengan lebah. Memang nak wachaa kot Fiqi ni!
“ Weii.. Suria. Aku rasakan ada
orang gilalah kat sini. Tapi macam mana orang gila boleh terlepas dari hospital
bahagia? Pelik aku.” Tanya Aina.
“Entahlah. Agaknya waktu dalam
hospital bahagia tu, dia buat dia ni dah ok. Tak gila dah. Tapi bila dah keluar
dari hospital agaknya dia sakit mental.” Jawab Suria selamba tanpa memikirkan
jejaka kacak dihadapannya itu akan muntahkan lavanya bila-bila masa saja. Kacak
ke Fiqi ni? Entahlah..
“Hah..Baru aku ingat. Bila majlis
perkahwinan kau dengan jejaka idaman kau tu. Tak sabar nak tengok kau dengan
dia bersanding. Mesti grandkan?.” Saja Aina berkata begitu supaya dapat
sakitkan hati buaya darat terhangat dipasaran ni.
Fiqi yang mendengar kata-kata Aina
terkejut, terbeliak mata dan segala ter lah yang ada. Betul ke si bunga idaman
hatinya ni akan dimiliki orang? Oh my English. Ehh.. silap. Oh my God.
Kuciwanya hatiku. Tergamaknya dirimu menghiris hatiku!
“Betul ke kau nak kahwin dengan
jejaka idaman kau tu Suria?” Tanya Fiqi sayu. Terasa dia sudah tewas untuk
memenangi hati si gadis cute ini.
“Betullah. Kenapa?”
“Betul ke kau tak cintakan aku?
Selama ni aku bertepuk sebelah tangan je lah?” Fiqi tidak menjawab soalan
Suria. Malah, dia menanyakan lagi soalan.
“Bukan kau bertepuk sebelah tangan.
Dulu, memang aku suka dekat kau. Tapi disebabkan kau ni macam King Adrian
Benjamin dalam Playboy Itu Suami Aku tu, aku tak minatlah. Sorry to say.”
Selamba Suria membalas tanpa memikirkan perasaan Fiqi yang kecewa itu.
“Suria, kalau aku diberi peluang untuk menjadi
suami kau. Adakah kau akan terima aku?” Tanya Fiqi dengan soalan cepu-cemas
Suria tersentak. Kenapa tiba-tiba
Fiqi berkata begitu. Rasa tidak enak mula merajai hati.Ya Allah, apa aku nak
jawab ni?
Melihat Suria yang hanya
berdiam-diri, Fiqi mengeluh. Kecewa betul dia dengan Suria. Dia sanggup
rendahkan egonya semata-mata kerana perempuan itu. Dia sanggup berlutut asalkan
perempuan itu sayang, suka dan cintakan dia. Tapi.. Apa yang dia dapat sekarang
ni? Hanya kekecewaan melihat si bunga hatinya akan disatukan dengan orang lain.
Fiqi meninggalkan tempat itu. Buat dia
ada di situ kalau orang dah benci kat dia!
Suria
mula diburu rasa bersalah. Tapi, kenapa setiap kali berdepan dengan Fiqi dia
rasa berdebar. Rasa malu pun ada bila bertentang mata tapi dia tebalkan muka.
Tak mahu dikatakan dia ni perempuan yang lemah dengan lelaki.
(Fiqi Raiqarl)
_________________________________________________________________________________
Setelah beberapa minggu kejadian malang itu berlaku, Suria langsung tak nampak muka mamat crocodile itu di kolejnya. Pelik bin Ajaib! Takkan merajuk sampai membawa diri kot? Dalam beberapa minggu ini juga, dia merasakan dia kehilangan seseorang. Takkan rindu Fiqi kot Su?
Setelah beberapa minggu kejadian malang itu berlaku, Suria langsung tak nampak muka mamat crocodile itu di kolejnya. Pelik bin Ajaib! Takkan merajuk sampai membawa diri kot? Dalam beberapa minggu ini juga, dia merasakan dia kehilangan seseorang. Takkan rindu Fiqi kot Su?
Sedang Suria dan Aina ingin pergi ke
kelas, tiba-tiba mereka ditegur oleh Airul. Ingat tak Airul yang kata kat Fiqi
yang Suria dan Aina di café. Kalau tak ingat, buat-buat ingat sudah!
“Assalamualaikum, hai Suria. Hai
Aina.” Sapa Airul.
“Waalaikummussalam.” Jawab mereka
serentak.
“Err..Saya datang sini nak tunaikan
janji saya pada Fiqi. Dia suruh saya hantar surat dan hadiah ni untuk awak, Su.
Last but not least, dia cakap selamat pengantin baru. Semoga awak
bahagia dengan jejaka idaman awak tu.” Selepas Airul berkata, dia terus
meninggalkan Suria dan Aina yang keadaannya tercengang-cengang.
“ Weii.. Aku rasa Fiqi dah merajuk
dengan kaulah Su.”
Suria hanya mendiamkan diri. Fikirannya bercelaru. Kenapa Fiqi tak hantar sendiri hadiah ni. Dia merasakan perbuatannya itu sudah menyakitkan hati seseorang. Ya Allah, apa aku dah buat ni? desis Suria.Dia diburu bersalah yang amat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan