Rabu, 6 November 2013

Perancangan Te Quiero Mucho

Assalamualaikum dan hai.. Lama juga Uni tak menghadap blog ni. Sorry Uni busy dengan mini novel Bukan Cinta Terlarang untuk part 5.. Teman dah tak ada idea nak tambah dalam part 5 ni. Agak-agak korang, kalau Uni tak buat part 5 boleh tak korang fikir apa yang terjadi antara Aryan, Hakimi (Alex), Airina dan Fitri? Adakah Airina akan mati dengan penyakit yang dihadapinya? Macam mana dengan hubungan Hakimi dan Fitri? Mereka kahwin tak? Hehe..itu Uni pun tak fikir lagi. Bagaimana pulak dengan Aryan? Adakah dia akan menerima dengan apa yang terjadi oleh Airina? Semua tu hanya di part 5.. Tapi..... Uni memang tak ada idea sungguh. Dengan kebusyan Uni yang melampau.. Ada ke ayat kebusyan? Kalau jawab macam ni dalam exam, confirm salah! Hehe..Nak lepaskan rindu pada mereka.. Meh sini, Uni bagi gambar mereka.. =)


Atas permintaan adik Balqis, Uni letak Siwon sbgai Aryan..
Handsome tak? >_<



Ni Fitri, kawan Airina yang gila novel tu..tapikan ada 
orang minat dia.. Peminat dia ialah......(biarlah rahsia hehe)


Ni Alex tapi tu dulu..Sekarang ni,bila dia dah mualaf, nama dia
Muhammad Hakimi.. Padan tak?



And the last one, ni dia heroin dalam cerita ni. Airina Julia.. Kesian 
dia sebab dia sakit.. Sob, sob, sob.. ='(


Sebenarnya Uni dah edit satu cover ni.. Tapi tak tau nak buat cerpen atau novel..Cehh..ada hati nak buat yang baru. Mini novel tu pun tak siap lagi.. Hehehe..Jangan marah..Peace yo!!


Apa pendapat korang bila tengok cover ni?? Ada idea tak? Nak bagi nama
hero dan heroin pun boleh. Tapi nak yang moden sikitlah.. Ok..Apa tu 
Te Quiero Mucho? Tu ayat dalam bahasa sepanyol yang bermaksud 
saya sangat mencintai awak.. Sweet tak?? Huhu..

Oklah, itu sahaja kali ni. Bye and Assalamualaikum..

Tiada ulasan: