Sabtu, 16 November 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (SPECIAL) PART 1





“ABANG, esok jangan lupa tau.” Kataku sambil membaca novel Playboy Itu Suami Aku karya penulis terkenal Suri Ryana. Nasib baik laki aku tak playboy macam Raja Adrian Benjamin. Kalau tak, dah lama aku reject waktu dia lamar aku sampai aku pengsan!

“Lupa apa pulak, sayang?” Tanyanya yang sudah duduk di sebelahku. Tanpa meminta izin dariku, dia terus baring di atas ribaku. Ehh, mamat ni tak mintak izin dari aku dulu nak baring ke apa ke. Ada jugaklah yang kena wachaa dengan aku karang!

“Hai..Takkan abang dah lupa kot esok hari apa?” tanyaku sinis. Masakan dia dah lupa esok hari apa. Memang nak sekeh betullah suami aku ni.

“Esok sebenarnya hari apa, sayang? Nak kata esok hari anniversary tak, nak kata birthday sayang pun tak jugak. Habis esok hari apa? Abang tak tahulah. Sayang cakap je lah..”

Aku mengetuk kepala dia dengan novelku. Ketuk-ketuk manja je. Kalau ketuk kuat tadi, mahu mamat ni merajuk sampai mogok tak mahu makan!

“ Esokkan result UPSR keluar. Takkan abang dah lupa kot?”

“Jadi? Apa kaitannya?” Tanya Aryan sambil buat muka blur.Aku hanya menahan sabar. Kalau tak fikir yang aku ni tengah mengandung, mahu je aku tembak dia dengan revolver kesayangan aku tu. Walaupun aku dah tak ada kongsi gelap tapi revolver kesayangan aku tu masih milik aku. Kalau orang lain sentuh benda tu, siaplah. Ada habuannya.

“Cik abang intan payung. Awak dah lupa ke tentang anak saudara kesayangan awak tu. Diakan ambil UPSR.” Terangku.

“Sapa anak saudara kesayangan saya tu.?” Tanyanya yang sudah tersengih seperti kerang wangi separuh busuk.

Aku tahu makna yang Aryan maksudkan tu. Dia nilah, kalau aku naik angin, dia cakap aku macam nenek tua kat sebelah rumah mummy tu. Sesuka-suki hati dia je nak kutuk nenek tua tu. Kesian nenek tu. Aryan ni memang tak makan saman langsung dengan semua nasihatku. Dia je yang betul.

“Anak saudara kesayangan awak tu namanya Balqis. Saya tak tahu pulak yang awak ni ada penyakit lupa. Kesian..” perliku.

“Mana ada abang lupa sayang. Abang saja je nak tengok sayang ni prihatin ke tak. Tu je..” selamba dia mencuit hidungku. Aku memuncung. Merajuk!

 “Oh, selama ni abang kata sayang ni tak prihatinlah ya? Tak pelah. Sayang tahulah sayang ni jahatkan.” 
Tiba-tiba saja aku jadi terlebih emotional. Mungkin pembawakan budak kot!

Aryan tercengang-cengang melihatku. Mungkin dia tidak menyangka yang gurauannya menyebabkan aku tersentap. Aku bangun menuju ke katil. Aryan mengikut langkahku.

“Err..Sayang, abang minta maaf kalau gurauan abang tadi tu buat sayang terasa.” Nak pujuk oranglah tu! Eleh, orang tak heran pun.

Aku tidak melayan pujukkannya. Sebaliknya, aku baring membelakanginya. Aku tahu ianya berdosa tapi kata-kata Aryan tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Sakit betul hatiku bila teringatkan balik. Tiba-tiba aku terpandangkan teddy bear kesayanganku. Lantas, aku mengambilnya dan peluk. Hmm.. peluk ni lagi bagus dari layan mamat sorang tu.

“Huk aloh. Sayang, daripada sayang peluk teddy bear, baik sayang peluk abang. Dapat pahala jugakkan.” Aku mencebik. Meluat mendengarnya. Otak tiga suku!

“Tak naklah, bang. Peluk Cik Bear ni lagi bagus.”

“Apa yang bagusnya? Abang tak nampak pun apa yang bagusnya.Dia bukannya hidup pun.”

“Itulah bagusnya. Dia tak boleh nak sakitkan hati, Ai. Bukan macam orang tu. Suka sangat sakitkan hati orang.” Selamba aku kutuknya.

Aryan tersenyum. Fahamlah dia kenapa Airina layan dia macam nak tak nak je. Merajuk rupanya my sayang ni. Ok, time untuk misi mengayat!

“Ehem-ehem.. Sayang…” Meleret saja panggilan sayang itu. Memang boleh jadi playboy peringkat antarabangsalah.

“Apa?” tanyaku malas. Elok je aku nak tidur, tiba-tiba pulak mamat sorang ni ganggu aku. Hishh..apa lagilah abang kesayangan ni. Baru je aku nak tenangkan hati yang tengah sakit ni. Desisku.

Sorrylah pasal tadi. Abang saja je tadi. I’m very sorry.” Rayunya

“Hmm..”

“Hmm je? Sayang tak maafkan abang lagi ke? Please sayang. I’m so sorry,dear.”

“Ye lah..” saja aku menjawab dengan malas. Biar dia rasa sakit hati aku ni. Padan muka!

 “Ni betul-betul dah maafkan ke? Macam tak ikhlas je..”

“Hishh..Dah ikhlaslah ni. Habis nak minta maaf macam mana lagi?” Geram betul aku dengan Aryan ni. Aku dah mengantuk pun ada hati nak ganggu lagi. Nak kena kung-fu agaknya.

“Betul dah maafkan abang ni?” Tanyanya lagi. Tak habis-habis lagi dengan maaf dia tu. Naik bosan aku dengar!

“Tunggu dapat ilham dalam mimpi…”

“Nakal.” Hidungku ditarik hingga aku menjerit kesakitan. Sakit woo…


__________________________________________________________________________


KEESOKANNYA, aku dan Aryan pergi ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Selangor. Ramai ibubapa sedang menunggu anaknya untuk mengambil result UPSR.  Aku tak sabar-sabar hendak melihat keputusan anak saudara Aryan Balqis. Nak tahu mana datangnya Balqis dalam cerita ni. Ehem-ehem, Balqis ni adalah anak kepada sepupu Aryan. Dia ni manja dengan Aryan. Pernah satu hari tu, dia cakap kat aku yang dia nak suami macam Aryan. Cehh, bukan main lagi Aryan kembang hidung. Yang aku pulak, meluat menengoknya. Apapun, aku sayangkan Balqis macam aku sayangkan anak aku sendiri.

“Assalamualaikum. Mama, papa!!” tegur seorang budak perempuan. Aku berpaling dan tersenyum. Balqis datang menghampiri kami.

“Waalaikummussalam, sayang. Macam mana result OK ke KO?” tanyaku.

Balqis menundukkan wajahnya. Kesedihan jelas ada diwajahnya. Fahamlah aku melihat keadaan sedihnya tu.

“Balqis, redha je lah ya dengan result yang Balqis dapat ni. Setakat mana usaha Balqis tu je lah hasilnya. 

Jangan putus asa. Nanti boleh cuba lagi.” Kataku supaya dia lebih berusaha untuk masa-masa yang akan datang.

Tiba-tiba aku melihat Aryan tersengih-sengih. Pelik! Biul ke apa laki aku ni?  Aku pandang Balqis pula. Dia pun sama. Tersengih-sengih macam kerang separuh masak.Takkan dah boleh diterima syarat untuk masuk dalam hospital bahagia kot!

Lupa pulak aku pada result Balqis. Aku mengambil slip di tangan Aryan. Aku melihat Balqis mendapat 5A. Ohh, 5A patutlah sedih sangat. Hah!! 5A ! Aku memandang Aryan dan Balqis silih berganti. Ada harapan balik karang kena wachaa.. Aku pun turut tersengih dengan maksud tersirat. Alaa..senang cakap sengih macam Kapten Jack Sparrow Siaplah korang berdua bila balik nanti.


____________________________________________________________________


“SAYANG, janganlah merajuk lagi. Abang dah tak larat nak pujuk dah. Semalam dah merajuk, takkan hari ni pun nak merajuk.I'm so sorry.” Rayu Aryan.Dah tau tak larat nak pujuk kenapa bagi aku sakit hati. Kan dah dapat padahnya.

“Ha’ah mama. Sorrylah. Tadi Qis dengan papa nak main-main dengan mama je. I’m so sorry.” Rayu pula Balqis.

Aku memandang tajam ke arah dua orang manusia di depanku. Ye lah, takkan belakang aku kot! Tak logik langsung!

“Kenapa suka sangat mengusik mama? Nasib baik mama tak sakit jantung. Kalau mama mati tadi, korang sukalah kan?” berdas-das aku balas. Geram punya pasal!

“Hishh..Sayang tak baik cakap macam tu. Hari ni sepatutnya kita berhappy sebab Qis dapat 5A, bukannya nak dengar sayang marah-marah macam ni. Sayang period ke?” Tanya Aryan selamba.

Mulutku melopong mendengar kata-kata Aryan. Ya Allah, kenapa dengan laki aku ni? Dah sememangnya biul ke? Takkan dia dah lupa yang aku ni mengandung. Macam mana nak period. Hishh..Sabo je lah dapat laki sengal macam dia ni.

“Abang!!” Suaraku naik satu oktaf. Balqis ku lihat menyorok dibelakang Aryan. Ye lah, bila mak sedaranya ni jadi mak tiri mestilah dia takut.

“Kenapa sayang terjerit ni? Sah, sayang tengah periodkan.” Balqis yang mendengar tergelak.

“Qis, kenapa Qis gelak bila papa cakap macam tu?” Tanya Aryan.

“Papa..Papa. Macam mana mama tak marah kalau papa cakap macam tu kat mama.”

“Apa yang papa cakap sampai mama marah macam king-kong ni. Cer citer sikit..” Aku membeliakkan mata. Ada ke dia panggil aku king-kong. Aku jadi king-kong macam ni pun sebabkan dia tau!

“Ye lah, mama tu kan tengah pregnant. Macam mana mama nak period? Pelik pulak Qis kalau ada orang yang pregnant ni tiba-tiba period.Ish,ish,ish.” Jawab Balqis. Nasib baik Balqis ada boleh jugaklah dia tolong bela aku. Nak harapkan Aryan? Agaknya sampai esok dia buat perangai ‘bodoh’ ni kot!

Aryan yang bagaikan baru tersedar dari mimpi memandangku. Aku? Hanya merenung tajam dan terus naik ke bilik tidur. Tidur lagi bagus dari layan mamat sengal tu walaupun dah nak dekat setahun kami kahwin, namun kesengallannya masih ada.

Rabu, 13 November 2013

Cerpen : Te Quiero Mucho (Part 2)




SURIA pulang ke rumah sewa bersama Aina.  Tidak ada apa-apa yang berlaku selepas peristiwa itu. Fiqi juga tidak muncul-muncul selepas Airul memberinya hadiah dan surat itu tempoh hari. Ada juga Suria bertanyakan tentang Fiqi. Airul hanya mengatakan Fiqi selamat dan sihat. Itu je! Macamlah dalam mulut dia tu ada emas sangat. Nak bercakap dengan dia bapak payah!

Oh ya, ingat tak surat yang pernah Airul bagi kat Suria tu? Kalau tak ingat, buat-buat ingat je lah ya. Macam ni ceritanya. Dalam surat tu,  Fiqi hanya cakap minta maaf sebab menganggu dia selama ni. Kertas punyalah besar, tapi Fiqi hanya cakap tu je. Ehh, silap. Bukan cakap tapi tulis.  Memang tak patut!

Ketika membuka pintu rumah sewanya, dia terpandangkan sekeping sampul surat putih di lantai. Haiyaa.. Zaman sudah moden maa.. Tak mainlah nak bersurat-surat ni.

“Eh, ada suratlah” Suria hanya memerhatikan Aina yang membongkok mengutip surat tersebut.

“Untuk kau, Su.”

Suria membaca nama yang tertera di sampul surat itu. Berkerut dahinya. Jangan kerut-kerut dahi tu nanti nampak tua.Hehehe.. Hanya namanya sahaja yang tertulis di situ. Dadanya berdebar-debar tidak keruan. Pantas dia mengoyak sampul surat tersebut. Mengeluarkan sehelai kertas yang bertulis tangan. Habis takkan guna computer kot! Suria memegang surat itu dengan tangan mengenggeletar.


Kepada Suria yang Fiqi cintai,

Terlalu berat untuk Qi meluahkan segalanya. Dan mungkin Su akan ketawa apabila membaca surat ini. Tapi Qi tak malu untuk mengaku betapa gelapnya dunia yang Qi rasakan sekarang ini apabila mendengar yang Su akan kahwin dengan jejaka pilihan Su. Qi rasa terlalu sedih dengan berita itu, Su. Qi tahu kali ini Qi tewas dengan perasaan Qi sendiri, perasaan yang lahir atas kasih dan sayang pada diri Su. Mungkin juga paling tepat, perasaan cinta playboy atau mamat crocodile buat seorang gadis yang cute.

Suria..
Percayalah…sayang dan kasih Qi terhadap Su tidak akan pudar buat selamanya. Namun Qi terpaksa untuk menerima hakikat yang Su akan menjadi milik orang lain.Pedih,sakit dan yang pasti, Qi benar-benar menderita sekarang ni.

Suria..
Apapun..cinta seorang playboy atau mamat crocodile yang bernama Fiqi Raiqarl ini tidak akan hilang untuk seorang gadis bernama Iman Suria. Qi ucapkan terima kasih kerana banyak mengajar Qi. You are my truly love Suria and I really love you.. but I have to go.

Ni ada sebuah lagu untuk Su. Hope Suria suka lagu ni. Lagu ni seakan-akan tahu apa yang Qi alami ketika ini. Izinkan Qi rindu Su dalam diam. Te Quiero Mucho, Sayang.


Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..




Love always,
Fiqi Raiqarl.


Terkulat-kulat Suria membaca surat tersebut. Berkali-kali dia mengulangi membaca isi kandungan surat tersebut sehingga tidak dapat bernafas.

“Su..”

Aina memegang bahu kawannya. Lama baru Suria mendongak merenung wajah Aina.

“Ah!” Pantas Suria menyambar beg tangan di atas sofa. Tergopoh-gapah dia mencari I-Phone miliknya.

“Kau cari apa, Su?.” Tanya Aina apabila melihat kawannya yang macam kucing hilang anak.Dia pantas menyambar kertas yang masih dipegang Suria. Laju bebola matanya meneliti dari satu baris ke satu baris.

“Aku cari telefon...” Terketar-ketar suara Suria.

Aina mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Diunjukkannya kepada Suria. Pantas Suria mendail nombor Fiqi tetapi ternyata nobor Fiqi berada di luar kawasan.

“Dia off handphone dia.” Keluh Suria. Dia terduduk di sofa. Dia seolah-olah termenung jauh. Bergenang air matanya.

“Mari kita cari dia.” Aina separuh berbisik di telinga kawannya. Dia tahu kawannya itu sedang kebingungnan.

“Kat mana, Na?”

“Kita cuba telefon Airul. Maybe dia tahu kat mana Qi berada sekarang ni.”

“Tak mungkin.”

Suria sudah menangis tersedu-sedan. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali Fiqi bertindak tanpa meminta penjelasan yang sebenarnya.

“Atau..mungkin dia ada di  Bandung...”

Tiba-tiba saja bandar itu terlintas di fikirannya. Suria teringat waktu mereka ada lawatan ke Bandung, Aina pernah kata yang Fiqi ni ada keluarga angkat di sana. Ahh, tak kisahlah angkat ke tak angkat ke. Janji dia dapat jumpa Fiqi.

“Di Bandung?”

“Ya.. Di Bandung. Aku boleh rasa gerak hati aku yang mengatakan Qi ada kat Bandung.

“Kalau itu yang kau rasa, pergilah. Bersolat hajatlah dulu kak. Beristikharah, Insya-Allah.. Allah akan membantu.”

Suria berasa sedikit tenang mendengar kata-kata Aina dan dia yakin dia akan bertemu dengan Fiqi. Yakin sesangat!




(Orang ni tengah merajuk sampai ke Bandung tu..)

______________________________________________________________________________


SELEPAS bersolat hajat dan beristikharah sepanjang malam, dada Suria terasa lapang. Dia berasa yakin yang dia akan bertemu dengan Fiqi. Lelaki itu sedang membawa hati yang parah.

Sekeping tiket ke Jakarta digenggam erat. Itu saja penerbangan yang ada pada hari itu. Dia sempat berpesan kepada Aina sebelum bertolak ke Bandung.

“Tolong tengok-tengokkan kucing aku tu tau. Jangan lupa, beri dia makan. Kalau aku tahu kau tak bagi dia makan, aku akan makan kau. Aku akan telefon kau dari sana nanti. Aku akan balik secepat Superman. Insya-Allah.” Usik Suria untuk menyembunyikan hatinya yang tengah lara.

“Ye lah, aku pun bukannya kejam sampai tak nak bagi kucing kesayangan tu kebulur. Hati-hati tau. Aku bimbangkan keselamatan kau.”

“Aku kena cari Fiqi, Na. Aku tahu hati dia terluka disebabkan peristiwa dulu. Sepatutnya,benda ni jadi rahsia kau dengan aku je. Tapi, nasi dah jadi bubur ayam. Apa boleh buatkan. Kalau aku tak jumpa dia, selagi itu hati aku takkan tenang. Kau fahamkan Na?”

Aina tersenyum. Dia tahu yang kawan baiknya ini sebenarnya cintakan Fiqi Raiqarl tu. Tapi disebabkan mamat crocodile itu playboy dengan ego Suria yang tinggi ni, alamatnya merajuklah teruna terhangat dipasaran tu sekarang ni.

“Hmm..Baguslah kalau macam tu. Kau ni Su sebenarnya ego dengan si Fiqi tu. Aku tahu yang kau dah lama minat dia tapi sebab mamat crocodile tu playboy dan ego kau yang setinggi Menara Effiel Tower tu, kau diamkan je kan?” tembak Aina.

Suria yang mendengar kata-kata Aina tersentak. Muka dia jangan cakaplah. Dah macam buah tomato pun ada. Malu betul dia pada Aina! “Macam mana kau tahu , Na?” Pelik pula dia. Macam mana Aina boleh tahu dia sukakan Fiqi!

“Dah-dahlah nak merahkan muka awak tu Cik Iman Suria. Aku dah lama tahu sebab aku ter..baca diari kau.Hehehe..Jangan maran nanti cepat tua.”

Suria terkejut. Kalau ikutkan hati dia, nak je dia wachaa minah depan dia ni tapi masa yang suntuk menghalang dia nak berwachaa.

“Sampai hati kau kan, Na? Dahlah, aku malas nak makan hati ulam jantung ni. Dahlah si mamat crocodile tu pun tengah makan hati ulam pisang. Sampai bawa diri tanpa khabar berita. Oh ya, one more thing, jangan lupa bagitahu kat prof handsome tu ya.” Kata Suria sambil mengenyit mata. Nakal sungguh! Sama macam mamat crocodile. Hai Su, kau dah kena sampuk dengan mamat crocodile tu ke?

“Ye lah, nanti aku sampaikan salam kau kat prof kau tu. Kau pergilah. Nanti aku bagitahu prof yang kau akan pulang siap bawak suami lagi. Entah-entah dah ada isi terus kot. Hehehe..” Sempat lagi Aina bergurau dengan kawannya itu semata-mata untuk ceriakan hati Suria gundah-gulana.

Suria hanya tersenyum mendengar gurauan itu. Namun, jauh di sudut hati dia berasa bimbang kalau-kalau Fiqi tak mahu berjumpa dengannya selepas apa yang terjadi.

Aina yang melihat Suria termenung, menegur. “Kau pergilah, Su. Jangan risau, ok? Aku tahu kau dah lama terluka bila mak ayah bagitahu kau akan berkahwin dengan mamat admired kau tu kan? Aku percaya suatu masa nanti kau akan menemui kebahagiaan kau. Bukan di sini. Tapi, tu...di Bandung sana.”

“Thanks Na. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat.”

Suria sudah memeluk Aina. Aina membalas pelukan Suria. Dalam hati dia berdoa agar kawannya pulang bawa kebahagiaan dan meninggalkan derita. Suria melambai-lambai tangan sebagai ucapa selamat tinggal. Aina turut melakukan sama seperti Suria. Lepas saja, teksi yang membawa Suria ke KLIA. Aina segera menelefon ‘orang itu’.

“Hello, macam mana? Dia dah pergi ke?” Tanya ‘orang itu.’

“Dah. Baru je. Aku harap kau tunaikan janji kau. Kalau tak siap.” ugut Aina.

“Ye ler..Aku ingat.By the way, thanks for everything.”

“Most welcome.” Terus saja Aina menamatkan perbualan dengan ‘orang itu.’




 (Orang ni lah yang pujuk orang kat atas tu =P )

________________________________________________________________________________


SURIA tiba di Jakarta ketika malam sudah menjemput. Dia mahu terus ke stesen kereta api tetapi dia sedikit ragu jika tidak mendapat tiket nanti. Akhirnya, dia meminta dihantar ke hotel berdekatan di situ.Pemandu teksi Bluebird kota Jakarta itu terus menghantarnya ke Hotel Hyatt. Semasa mendaftar di kaunter, Suria meminta pihak hotel menguruskan tempahan tiket kereta api Agro Gade ke Bandung keesokan harinya.

Malam itu, pihak hotel memaklumkan pada Suria supaya bersiap sedia untuk betolak jam 9.00 pagi. Sebelum tidur, sekali lagi Suria cuba menghubungi Fiqi. Malangnya, masih gagal.

“Kalau aku tak jumpa dia macam mana?” Tercetus kebimbangan tiba-tiba di benak Suria.

“Ahh..diakan ada keluarga angkat kat sini. Aku akan cari pak cik yang rapat dengan Qi dulu tu. Tapi rumahnya sendiri pun aku tak tahu di mana.” Fikiran Suria mula berteka-teki.

“Entah-entah dia ada kat Malaysia tak?” Hati Suria mula berbolak-balik. Semalam dia amat yakin yang Fiqi berada di sini tapi malam ini hatinya sudah was-was.

Malam itu sekali lagi Suria bangun dan mengambil wuduk. Membuat solat istikharah dan solat hajat. Dia berdoa agar Allah mempermudahkan urusannya untuk bertemu dengan Fiqi. Dia berharap dapat merebut cinta lelaki itu dan moga cinta mereka direstui oleh-Nya.


Selasa, 12 November 2013

Cerpen : Te Quiero Mucho (Part 1)




“ARE u sure? Kau dah fikir semasak-masaknya ke? Aku tak nak kau salah buat keputusan.” Tanya Aina yang terkezut. Mana dia tak terkezut, bila dapat tahu best friend forevernya ni terima pinangan dari seorang jejaka yang tidak dikenali oleh tuan badan sendiri. Tak ke namanya gila tu?!

“Ya, aku dah fikir semasak-masaknya. Dah sampai jadi hangus dah pun. Aku akan tetap terima pinangan tu. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, mamat crocodile tu tak berani ganggu aku lagi. Sakit hati. limpa, jantung aku tau tak bila dia datang ganggu. Kalau boleh, aku rasa nak je duduk dekat hospital bahagia. Bahagia jugak aku kat sana tau.” Suria sudah mulakan ceramah free dengan luahkan rasa tak puas hatinya terhadap mamat crocodile.

Nak tahu mana datang mamat crocodile dalam cerita ni. Ehh, silap. Bukan cerita tapi cerpen. Hehehe. Ok, berbalik kepada cerita kita yang tadi. Begini kisahnya. Mamat crocodile a.k.a (as know as) Fiqi Raiqarl ni adalah playboy terrnashor di kolej tempat Aina dan Suria belajar. Pantang Nampak perempuan seksi ke seksa ke mesti dicuba. Senang cakap mamat crocodile ni terhangat dipasaran di kolej merekalah. Dia ni sebenarnya sukakan Suria tapi nasib tidak menyebelahi apabila Suria tak sukakan dia sebab perangai playboy yang dimilikinya. Kesian.. Sapa suruh jadi playboy. Jenuh dah jejaka terhangat dipasaran tu mengayat Suria tapi Suria? Buat do no je!

“Hishh, kau ni. Ada ke cakap macam tu. Tak baik tau. Nanti Tuhan makbulkan doa kau. Baru kau tahu.” Bangkang Aina.

“Alaa.. Aku saja je. Takkan nak terasa kot? Sudahlah, dari aku melain kau beremo, baik aku ke café. Perut aku ni dah berirama dangdut sebabkan kau. Weii, jomlah pergi café.” Ajak Suria.

“Hmm.. Malaslah. I’m very tired. I want to sleep.” Dengan perlahan-lahan Aina merebahkan badannya di atas katil.

“Weii, jangan macam ni. Temankanlah aku pergi ke café. Aku takut terjumpa dengan mamat crocodile tu.Please.. Aku belanja kau.” Sesi tawar-menawar diadakan oleh Suria. Dia sanggup buat apa saja asalkan dia ditemani dengan kawannya untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan mamat crocodile tu!

“ Betul ni?.” Teruja Aina mendengar tawaran Suria. Rezeki dah ada depan mata beb!
Suria hanya menanggukkan kepala.


(Suria)

_____________________________________________________________________________

“Psstt.. Tu bukan Aina dengan Suria ke?” Tanya jejaka yang bernama Airul.

Bila mendengar saja nama Suria, Fiqi terus berpaling. Wahh, bunga si idaman hati sudah ada di depan mata. Ada chance nak mulakan strategi untuk mengayat. Fiqi bangun sambil membetulkan pakaian di badannya. Nak tunjuk macholah tu!Fiqi menghampiri Suria dengan gaya yang paling hebat dia buat. Cehh, perah santan betul mamat crocodile ni.

“Hai, my cute.” Tegur Fiqi.

Suria dan Aina berpaling untuk melihat gerangan yang menegur mereka. Mata mereka sudah terbeliak macam panda bila melihat gerangan itu. Mamat crocodile!

“Assalamualaikum.” Suria dan Aina memberi salam sambil tersenyum sinis. Nak tegur orang, kena beri salam dulu. Ni tak, main terjah macam Nas Ahmad dalam Melodi je. Jom kita terjah!

Fiqi berdehem beberapa kali. Malu apabila ditegur sebegitu. Hilang kemachoan yang selama ini dimiliki.

“:Err.. Waalaikummussalam. My cute buat apa kat sini?” Tanya Fiqi sambil memandang Suria dengan gaya goda tak hengat!

“Buat apa kat sini? Nak beli ikan nak memasak. Ada masalah ke Encik Fiqi Raiqarl.” Balas Suria dengan geram. Dah tau datang café. Mestilah nak makan. Takkan nak buat sidang media kot!

“Hahaha…Pandai cute abang ni buat lawak. Kenapa tak masuk Maharaja Lawak. Boleh abang tolong undi. 
Kalau cute masuk, confirm takkan tersingkir. Trust me.” Ujar Fiqi sambil tersenyum ‘maut’. Hah, sudah-sudahlah tu buat gaya goda tu. Tak cair pun si Suria tu. Kalau dengan perempuan lain kau buat macam tu, maybe cair kot!

“Sejak bila kau jadi abang aku, Fiqi? Setahu aku, aku anak tunggal.” Kata Suria yang mengetap bibir. Sakit hati dia melihat kegedikkan Fiqi yang ntah apa-apa ni.

“Aku tak nak jadi abang kandung kau tapi aku nak jadi abang hubby kau. Boleh tak sayang?.” Bisik Fiqi ditepi telinga Suria. Suria mula seram sejuk melihat perangai dua alam Fiqi.

Hubby? Hahaha..Kau ni dah buang tebiat ke Fiqi? Kalau nak jadi hubby pergilah kat sarang lebah kat dalam hutan tu. Kat situ ada banyak bee. Kau nak sangatkan?.” Sinis kata Suria. Nak sangat jadi hubbykan. Rasakan!

Muka Fiqi yang putih mula kemerahan bila Suria membalas dengan kata-kata yang sinis itu.Untuk pengetahuan korang Fiqi ni sebenarnya mamat Melayu kacukan Korea. Handsome, mata sepet tapi sayang.. Playboy.  Dia cuba menyabarkan hati yang panas membara. Dia tetap akan cuba mengayat perempuan ini dengan apa jua sekalipun walaupun adakalanya kesabarannya akan menipis.

“ Alaa.. Kalau abang jadi bee kat dalam hutan, nanti kena sengat. Lepas tu, mesti badan abang ni akan sakit. Waktu tu bolehlah abang suruh sayang ubatkan abang dengan tangan gebu sayang tu.” Rengek Fiqi.

Suria dan Aina mula buat muka meluat. Rasa nak muntah hijau pun ada mendengar kata-kata rengekkan Fiqi itu. Gila agaknya Fiqi ni! Ada ke suruh orang yang bukan muhrim dia ubatkan kalau dia kena sengat dengan lebah. Memang nak wachaa kot Fiqi ni!

“ Weii.. Suria. Aku rasakan ada orang gilalah kat sini. Tapi macam mana orang gila boleh terlepas dari hospital bahagia? Pelik aku.”  Tanya Aina.

“Entahlah. Agaknya waktu dalam hospital bahagia tu, dia buat dia ni dah ok. Tak gila dah. Tapi bila dah keluar dari hospital agaknya dia sakit mental.” Jawab Suria selamba tanpa memikirkan jejaka kacak dihadapannya itu akan muntahkan lavanya bila-bila masa saja. Kacak ke Fiqi ni? Entahlah..

“Hah..Baru aku ingat. Bila majlis perkahwinan kau dengan jejaka idaman kau tu. Tak sabar nak tengok kau dengan dia bersanding. Mesti grandkan?.” Saja Aina berkata begitu supaya dapat sakitkan hati buaya darat terhangat dipasaran ni.

Fiqi yang mendengar kata-kata Aina terkejut, terbeliak mata dan segala ter lah yang ada. Betul ke si bunga idaman hatinya ni akan dimiliki orang? Oh my English. Ehh.. silap. Oh my God. Kuciwanya hatiku. Tergamaknya dirimu menghiris hatiku!

“Betul ke kau nak kahwin dengan jejaka idaman kau tu Suria?” Tanya Fiqi sayu. Terasa dia sudah tewas untuk memenangi hati si gadis cute ini.

“Betullah. Kenapa?”

“Betul ke kau tak cintakan aku? Selama ni aku bertepuk sebelah tangan je lah?” Fiqi tidak menjawab soalan Suria. Malah, dia menanyakan lagi soalan.

“Bukan kau bertepuk sebelah tangan. Dulu, memang aku suka dekat kau. Tapi disebabkan kau ni macam King Adrian Benjamin dalam Playboy Itu Suami Aku tu, aku tak minatlah. Sorry to say.” Selamba Suria membalas tanpa memikirkan perasaan Fiqi yang kecewa itu.

 “Suria, kalau aku diberi peluang untuk menjadi suami kau. Adakah kau akan terima aku?” Tanya Fiqi dengan soalan cepu-cemas

Suria tersentak. Kenapa tiba-tiba Fiqi berkata begitu. Rasa tidak enak mula merajai hati.Ya Allah, apa aku nak jawab ni?

Melihat Suria yang hanya berdiam-diri, Fiqi mengeluh. Kecewa betul dia dengan Suria. Dia sanggup rendahkan egonya semata-mata kerana perempuan itu. Dia sanggup berlutut asalkan perempuan itu sayang, suka dan cintakan dia. Tapi.. Apa yang dia dapat sekarang ni? Hanya kekecewaan melihat si bunga hatinya akan disatukan dengan orang lain.  Fiqi meninggalkan tempat itu. Buat dia ada di situ kalau orang dah benci kat dia!

Suria mula diburu rasa bersalah. Tapi, kenapa setiap kali berdepan dengan Fiqi dia rasa berdebar. Rasa malu pun ada bila bertentang mata tapi dia tebalkan muka. Tak mahu dikatakan dia ni perempuan yang lemah dengan lelaki.



(Fiqi Raiqarl)
_________________________________________________________________________________

Setelah beberapa minggu kejadian malang itu berlaku, Suria langsung tak nampak muka mamat crocodile itu di kolejnya. Pelik bin Ajaib! Takkan merajuk sampai membawa diri kot?  Dalam beberapa minggu ini juga, dia merasakan dia kehilangan seseorang. Takkan rindu Fiqi kot Su?

Sedang Suria dan Aina ingin pergi ke kelas, tiba-tiba mereka ditegur oleh Airul. Ingat tak Airul yang kata kat Fiqi yang Suria dan Aina di café. Kalau tak ingat, buat-buat ingat sudah!

“Assalamualaikum, hai Suria. Hai Aina.” Sapa Airul.

“Waalaikummussalam.” Jawab mereka serentak.

“Err..Saya datang sini nak tunaikan janji saya pada Fiqi. Dia suruh saya hantar surat dan hadiah ni untuk awak, Su. Last but not least, dia cakap selamat pengantin baru. Semoga awak bahagia dengan jejaka idaman awak tu.” Selepas Airul berkata, dia terus meninggalkan Suria dan Aina yang keadaannya tercengang-cengang.

“ Weii.. Aku rasa Fiqi dah merajuk dengan kaulah Su.”

Suria hanya mendiamkan diri. Fikirannya bercelaru. Kenapa Fiqi tak hantar sendiri hadiah ni. Dia merasakan perbuatannya itu sudah menyakitkan hati seseorang. Ya Allah, apa aku dah buat ni? desis Suria.Dia diburu bersalah yang amat!