Ahad, 22 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (BAB 5)




BAB 5

AIRINA berjalan dengan penuh semangat ke pejabatnya. Hari yang cerah, mood yang happy mesti masuk pejabat pun kena happylah kan. Fitri memandang Airina dengan pelik. Bukan patut dia pergi honeymoon ke? Apa sudah jadi?

Fitri masuk ke dalam bilik Airina tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Ai, kenapa kau kerja hari ni?” selamba Fitri bertanya.

Airina yang sedang membalas mesej di I-Phonenya terkejut. Fitri ni memang pakar buat orang sakit jantunglah.

“Hmm..saja je nak datang office. Kenapa? Tak boleh ke?”

“Boleh. Tapi peliklah.”

Dahi Airina berlapis. Pelik? Pelik sebab apa pulak? Aku kahwin dia kata pelik, aku datang pejabat pun dia kata pelik! Macam-macamlah Fitri ni.

“ Pelik sebab apa pulak kali ni?”

“Ye lah, selalunya pengantin baru akan pergi honeymoon tapi kau ni tak pulak.”

“Malaslah nak pergi honeymoon. Buat bazir duit je. Kan honeymoon tu macam holiday je. Kalau nak honeymoon tu lain-lain harikan boleh.” Balas Airina selamba.

“Hmm..tapi Aryan tak marah ke?” tanya Fitri.

“Dia tak marah punya.” Balas Airina selamba. Dia teringat kejadian pagi tadi. Perang dunia kedua antara dia dan Aryan meletus dan akhirnya dia menang.








“SAYA tak nak pergi honeymoon, saya nak pergi office pagi ni.” bantah Airina.

“Alaa..apa salahnya kita pergi honeymoon. Boleh release tension. Mama cakap kau ni kuat bekerja sampai tak rehat. Kau ni memang tak jaga kesihatan dirikan.” Tempelak Aryan.

Airina memandang Aryan dengan wajah yang pelik. Mamat ni kenapa tiba-tiba emotional pulak? Dan-dan lagi dia jadi prihatin. Ada udang di sebalik mi ke ni?

“ Suka hati sayalah nak sakit ke apa ke. Bukan awak punya urusan. Yang saya tahu sekarang ni, saya tak nak pergi honeymoon. Faham !!”

“Kalau aku tak nak dengar cakap kau, kau nak buat apa dengan aku.” Cabar Aryan.

Airina tersenyum sinis. “ Saya akan…” Airina tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia mengambil sesuatu dalam laci meja solek.

“Saya akan tembak awak.” Serentak itu Airina mengacukan revolver ke arah Aryan.

Aryan tergamam. Alamak!! Mampus aku. Aryan menelan air liurnya yang bagai tersekat di keronkong.

“Oo..ok. Aku akan ikut cakap kau. Tapi tolong letak revolver tu.”

Airina mula menyimpan revolver itu dalam briefcasenya. “Huh..ingat berani sangat. Rupanya dalam hati ada taman.” Kutuk Airina.

“ Kau cakap apa tadi? Aku tak dengarlah? Dalam hati ada taman. Hello.. kau tu yang dalam hati ada taman.” Marah Aryan. ‘Ingat aku ni perempuan ke?’

“Oo..kutuk saya ye. Hmm..tak apa. Tak apa. Nak ni tak?” Airina menunjukkan revolvernya.

“Err..Ai, sorry erk. Janganlah macam tu.” Rayu Aryan. Sanggup dia runtuh ego dia sebab takut kalau-kalau Airina betul-betul tembak dia. Ikutkan hati sebenarnya dia tak takut langsung dengan revolver Airina kalau ada revolver di tangannya sekarang ni.

“Saya boleh maafkan awak dengan satu syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Syaratnya, awak takkan paksa saya pergi honeymoon.”

Aryan mendengus. “ Lantak kaulah. Aku pun tak nak pergi sebenarnya.”

Hmm..good husband.” Puji Airina sinis. Aryan hanya mencebik. Nak perli akulah tu.






FITRI hanya ketawa. Hebat jugak penangan Airina sampai suami sendiri takut dekat dia.

“Hahaha..hebatlah kau ni Ai. Hanya acu pistol je, laki kau dah takut. Aku tabik springlah dengan kau.”

“Bukan pistollah. Revolver.” Airina membetulkan kata-kata Fitri.

“Alaa..samalah tu. Adik-beradik pistol jugakkan.”

“Hmm..” dengan malas Airina menjawab.

“Tapikan, pistol tu pistol mainankan? Takkanlah kau ada pistol betul pulak. Naya je kalau polis tahu ni.”

Airina tersentak dan hanya mengganguk lemah. 'Fuhh..nasib baik tak bocor rahsia gua. Kalau terbocor tadi, habis aku kena tidur dalam penjara. Airina memandang Fitri. Maaf Fit sebab tipu kau. Aku terpaksa.' desis Airina.


AIRINA memakirkan kereta Lamborghini Gallardo Spydernya di garaj Villa Dragon. Dia termenung seketika. ‘ Macam mana kalau orang tahu aku ni ketua Gold Dragon? Boleh ke semua orang terima? Lebih-lebih lagi mama dan papa. Boleh ke mereka terima yang anak mereka ni terlibat dengan kongsi gelap? Arghh!!

Tuk,tuk,tuk…

Airina tersentak. Dia melihat Aryan menyuruhnya keluar dari kereta. Airina mendengus kasar. ‘Ni lagi satu hal. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku!’ rungut Airina.

Airina keluar dan menghempas pintu keretanya. Kalau rosak, tak payah baiki. Guna kereta Lamborghini yang lain. Untunglah, orang kayakan. Airina menyandarkan tubuh badannya di kereta. Dia memandang wajah kacak Aryan dengan rasa malas.

“Hmm..ada apa ni? Ganggu saya nak berangan je.”
“Aku tak halang kau nak berangan ke tak. Tapi masuklah villa dulu. Nanti ada orang culik kau ke, aku jugak yang susahkan?”

Airina mencebik. Sejak bila mamat poyo ni jadi prihatin terhadap isterinya ini? “Sejak bila awak jadi prihatin ni, Encik Aryan Wong? Hmm...?” tanya Airina sambil menjongketkan kening.

“Sejak aku kahwin dengan kau.” Bisik Aryan di tepi telinga Airina.

Airina mula berasa seram sejuk. Dia menjarakkan sedikit badannya dari badan Aryan. Takut!

“Err.. terima kasihlah ya, Encik Aryan kerana prihatin terhadap saya. Tapi rasanya tak perlu sampai macam ni sekali kot. Err...jom kita masuk. Dah lewat petang ni.” jawab Airina gagap. Saja dia berikan alasan sebegitu supaya dapat melarikan diri dari Aryan.

Aryan hanya tersengih. “Hai... baru sikit kena goda dah takut ke Airina? Kata tahan godaan lelaki. Ni baru sikit kena goda dah takut ke sayang?” saja Aryan mengusik. Suka melihat wajah isterinya yang menahan marah.

Airina hanya mendengus. Memang nak kena betullah mamat poyo ni. “Dahlah. Dari saya layan awak, baik saya masuk dan rehat. Lagi bagus.” Serentak itu Airina berlalu. Kalau dia ada lebih lama di situ, mesti lagi sakit hatinya.

Aryan memandang Airina yang semakin menjauh. Sudah lima bulan mereka kahwin, mungkin orang lain kata mereka ni pasangan sweet couple. Tapi, itu hanya lakonan semata-mata. Sejak mereka berkahwin ni, macam-macam hal berlaku. Ramai ex-girlfriends Aryan datang mengamuk dekat Airina, Airina yang tak habis-habis dengan balik lewat malam, Aryan dengan sikap egonya dan macam-macam lagilah yang berlaku.


Tapi lama-kelamaan, ada satu perasaan halus terbit dalam hati Aryan. Setiap kali dia memandang wajah Airina, ada rasa debaran di dadanya. Dia cuba menidakkan perasaan itu. Tapi, dia kalah buat kali pertama. Kalah dengan perasaan dengan dia sendiri. ‘Kenapa bila aku selalu dekat dengan kau, hati aku jadi tak keruan. Jangan cakap yang aku dah jatuh cinta dengan kau, Ai. Aku tak boleh jatuh cinta dengan kau. Sebab kau tu pembunuh abang aku. Pembunuh!!’







 * Sorry kalau tak best and sikit saja. ^_________^

















BUKAN CINTA TERLARANG (BAB 4)


BAB 4




Ting tong, ting tong....

“HAH.. Dah sampai pun bakal menantu mama. Masuklah.” Aku hanya mencebik mendengar perkataan 'bakal menantu mama'. Nak muntah hijau rasanya.

“Hah Aryan ni lah anak auntie yang auntie katakan tu. Airina Julia.” Mama memperkenalkan aku dengan 'bakal suamiku'.

Aku yang berada dari belakang mereka menoleh. 'Masya-Allah.. Dia ni ke yang akan jadi laki aku ke?' desis hatiku. Waktu tu pelbagai perasaan menjalar dalam hati. Terkezut ada, tergamam ada dan segala ada beradik TER lah yang ada.

''Ai sayang.. Ni Aryan Wong. Your future husband.Kenal-kenallah dulu ye. Mama nak ke dapur jap. Aryan dengan Ai duduk sini dulu tau.'' kata mummy sambil meninggalkan aku dengan lelaki yang aku pernah TER..peluk dulu. Bukan saja-saja nak peluk ok! Dan dia ni lah yang kata aku nak rogol dia tu. Tak kuasa aku nak rogol kau!

Aryan hanya senyum kepadaku. Aku? senyum tapi macam tak nak senyum je. Berat betul bibir aku nak senyum dengan mamat depan aku ni.

“Hai. My name is Aryan Wong. You, Airina Julia, right.?” tanyanya sambil menghulurkan tangan untuk salam perkenalan.

Yes I am. Sebelum mama saya kenalkan saya dengan awak, awak dah tahu siapa nama sayakan?” tanyaku dengan perli sambil memeluk tubuh.

''Haha..yes. I knew your name before your mom introduced me.'' dengan selamba dia membalas sambil memeluk tubuh sepertiku. 'Huk aloh mamat ni. Ada harapan nak kena tembak dengan revolver kesayangan aku nampaknya.'


“Hmm..Kalau dah kenal, buat apa nak kenal lagikan?”dengusku.

“Saja. Nak tengok your remembrance kuat ke tak. Kot-kotlah dah nyayok. Mana kita tahukan” Amboih ..mamat ni. Laser betul mulut dia. Aku dah hilang sabar ni.' dengusku.

Belum sempat aku membalas kata-kata laser Aryan, mama dah panggil kami.

“Aryan, Ai. Marilah kita makan. Mama dah hidangkan makanan.” jemput mama.

“Ingat, saya akan balas balik apa yang awak cakap tadi.” bisikku sambil berlalu ke meja makan.

“Balaslah.. Kalau awak berani. Ingat saya takut” balasnya dengan penuh selamba. 'Huh..ada hati nak lawan aku. Kau tengok Gold Dragon. Aku akan buat kau sengsara selama-lamanya. Just wait and see. Gold Dragon kau akan hancur tak lama lagi.' monolog Aryan tersenyum sinis.


SO. Aryan macam mana? You think about my application? Are you deal or not?” tanya mama selepas selesai makan tengahari. Aku hanya mendengar sambil bermain candy crush saga dalam I-phone. Main benda ni lagi best dari dengar pasal lamaran mama tu. Dalam hati harap Aryan menolak lamaran mama tu. I'm not ready ok.

“Aryan dah habis fikir dan Aryan setuju nak kahwin dengan Ai.” katanya sambil memandang aku.

Aku yang mendengar terus mencampakkan I-phone ke atas sofa buatan Perancis. Terkejut! Nasib baik tak jatuh I-phone aku tu. Kalau tak naya je. “What?!!” aku terjerit. Ye lah. Lain diharap dalam hati, lain pulak yang jadinya.

“Ai ni tak elok menjerit macam tu tau.” tegur mama sambil mengurut dada. Mungkin terkejut mendengar jeritan batinku.

“Hah..emm. I'm sorry. But are you sure to marry me?” tanyaku dengan sekali nafas. Sesak dah rasanya.

Yes, I'm very sure to marry you. Airina Julia, are you want to be my wife forever and ever. Untill to Jannah.” ucap Aryan dengan lembut.

Aku yang mendengar lamaran Aryan, membuntangkan mata. 'Mak aihh..biaq betul dia ni? betul ke apa yang aku dengar? Fitri..please help me.'jeritku dalam hati memanggil Fitri.

“Aku ni tengah mimpi ke?” Aku menampar pipi aku. Perghh..sakit giler. Betullah kot aku tengah dilamar. Macam poyo je kan ayat ni.

“Awak tak mimpi sayang.” kata Aryan dengan suara yang mendayu. 

‘Sayang?!!’aku yang mendengar perkataan sayang terus pengsan sebab tak tahan dengan keromantikan Aryan.

“Ai!!” jerit mama bila melihat aku pengsan. Waktu tu aku rasa berada diawang-awangan. Hehehe…


“AKU  terima nikahnya Airina Julia binti Affan Emir dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.”

Masih terngiang-ngiang lafaz akad nikah yang baru berlalu sebentar tadi. Betul ke aku ni dah kahwin? Betul ke?' desisku. Aku memandang Fitri yang menjadi pengapitku.

“Weii..Fit. Aku nak tanya kau sesuatulah.”

“Nak tanya apa Ai?” tanya Fitri sambil menjongkatkan kening.

“Betul ke keputusan aku berkahwin ni tepat? Aku rasa macam ada yang tak kenalah.”

Fitri hanya menepuk dahi. ''Apa yang tak kenanya Ai? Kau ni..Elok-elok Aryan tu dah lafaz akad nikah, kau pulak macam nak buat hal. Tu lah, sebelum akad nikah tak nak tanya aku.” Bebel Fitri

“Bukan aku nak buat hal. Tapi ada something wrong with him. Kenapa dia macam kahwin paksa dengan aku je?” berkerut muka Fitri mendengar kata-kataku.

“Kahwin paksa? Kau ni sihat tak Ai? Bukan ke kau kata dulu yang dia ada lamar kau sampai kau pengsan bila dia panggil kau sayang..” Perkataan sayang sengaja ditekankan. Nak perli aku lah tu. Bila teringatkan kejadian tu, aku rasa nak menyorok bawah katil seratus tahun pun ada. Malu yang amat!

“Dah-dah..sekarang bukan masanya kau nak fikir benda remeh-temeh macam tu. Sekrang ni kau kena tumpukan perkahwinan kau ni. Mesti sweetkan. Ahh..tak dapat bayangkan betapa romantiknya Aryan dengan kau.” Aku memandang Fitri. Aku buat muka meluat bila dengar angan-angan Fitri. 'Simpan je lah angan-angan kau tu Fit. Angan-angan tetap jadi angan-angan.' desisku.





SELESAI upacara bersanding di Heritage Hotel, aku dan Aryan terus masuk ke dalam bilik. Letih betul badan ni. Ni semua mama punya idea. Nak buat wedding of the year kononnya. Lantaklah asalkan mama puas hati sudah.

Sedang aku merehatkan diri. Aku teringatkan persoalan yang masih berada dalam benakku. Aku memandang Aryan yang ingin membersihkan diri.

“Kenapa awak setuju dengan mama lamaran saya?” tanyaku.

“Aku setuju ada sebab.”

“Sebab? Sebab apa?”Aryan memandang sekilas isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.

“Sebabnya kau tak perlu tahu. Biar aku je yang tahu.” jawab Aryan.

“Kenapa saya tak boleh sebab tu? Kalau saya tak tahu sekarang. Maybe satu masa nanti saya akan tahu juga.” balas Airina dengan geram. ‘Apahal mamat sorang ni nak bersecret sangat
dengan aku ha? Pelik betullah mamat ni.’ rungut Airina dalam hati.

“Kau tak faham bahasa ke hah?! Aku kata kau tak payah tahu, tak payahlah. Kenapa kau degil sangat ha?!” tengking Aryan. ‘ Kenapalah aku dapat bini macam dia ni. Degil nak mampus. Kalau tak kerana rayuan Auntie Kirana. Dah lama aku ceraikan dia. Baru beberapa jam kahwin dah tunjuk perangai.’

“Ok. Fine , kalau awak tak nak bagitahu saya. Tapi ingat, saya tetap akan cari sebab kenapa awak terima lamaran mama. And for your information, malam ni awak tidurlah atas lantai ya. Saya nak tidur atas katil.Bye.. Assalamualaikum." selepas menghabiskan ayatnya, Airina terus merebahkan badannya di katil tanpa membersihkan diri terlebih dahulu. Buruk betulkan perangai perempuan bernama Airina Julia ni kan?

Aryan memandang Airina itu bagai mahu ditelan dan dipatah-patahkan tulangnya.‘Ahh..susah betul dapat bini macam dia ni!!’ jerit Aryan dalam hati. Sudahlah badannya letih selepas bersanding ditambah pula dengan perangai 'gila' isterinya itu. Sabo jelah.

Bip..bip..bip

Hello..Emir where are you?”

“Aku dekat pub biasalah. How about your first night. Mesti bestkan.Hehehe..” Aryan hanya mencebik bila mendengar ketawa Emir yang seolah memerlinya.

“Best mendanya. Like cat and dog ok. It's very embrassing.” luah Aryan dengan geram.

“Haha..Relaxlah bro. Kau kan pandai dalam hal mengayat perempuan. Aku pun kalah. Oklah bro, gua mau enjoy dulu. I hope you enjoy with your first night. Bye.”

Aryan memandang telefonnya. Selepas itu, memandang isterinya yang sedang nyeyak tidur bagai orang yang tak pernah jumpa katil. 'Haihh..macam mana ni? Terpaksa aku tidur kat atas lantai.' Aryan mengeluh lalu pergi ke bilik air.


“MAMA nak tanya kamu berdua ni. Nanti kamu nak honeymoon kat mana? Cakap je kat mummy. Nanti mama sponsor.'' kata mama ketika kami sedang menikmati sarapan pagi.

Aku memandang Aryan yang sedang makan tak 'hengat' dunia. Sedap sangat ke masakan yang aku buat sampai makan macam tu sekali! 

“Err..awak nak honeymoon kat mana nanti?” dalam hati aku harap dia menolak sebab tak sanggup nak tinggalkan office lama-lama. Yelah, office tu dah macam rumah kedua aku.

“Ai..kenapa panggil Aryan 'awak'. Sepatutnya bila dah kahwin ni kena tukar panggilan macam abang ke B ke kan lagi elok.” tegur mama.

Aku yang mendengar perkataan 'abang' dan 'B' mula rasa meluat. Euww..seriously aku rasa nak muntah.

“Hah..kalau macam awak panggil saya abang. Bolehkan sayang?'' aku yang mendengar kata-katanya, terus meneguk air. Tapi bila aku minum ni rasa macam tak cukuplah airlah pulak.

What do you call me? Baby?” harap apa yang aku dengar tadi tu hanya mimpi je. Jangan jadi macam sebelum ni sudah!

“Abang panggil baby, boleh tak baby?” 'Ya Allah, nakal betul mamat ni. Suami sapelah ni. Suami sape lagi kalau bukan suami aku sendiri kan!'

“Err..hah.. but i'm not your baby ok.” Bantahku.

“Kalau macam tu abang panggil sayanglah.”

“Tapi saya tak sayang awak.” Bantahku lagi. Geram betullah aku dengan mamat ni.

“Alaa..tak kisahlah sayang abang ke tak. Abang tetap nak panggil sayang.” Kata Aryan dengan manja. Ooo..depan mama bolehlah kau manja. Tapi belakang mama jangan haraplah!

“Ikut suka hati awaklah.” terus aku bangun dari tempat dudukku. Lagi lama aku duduk di itu rasa lagi sakit hati kot!

“Hahaha...” mama dengan Aryan sama-sama ketawa bila melihat wajah cemberutku yang rupanya lepas makan asam kecut plus cuka.





Sabtu, 21 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (BAB 3)





BAB 3


“FIT. Tak ada calon lain ke kau nak tunjukkan kat aku? Semua yang kau pilih tak sesuai dengan aku tau.”

“Mana ada dah. Tu je calon yang aku rasa sesuai untuk kau.” Jawab Fitri selamba. Aku mendengus kasar. Sesuai apanya. Calon-calon yang Fitri bawa untuk aku semuannya tak boleh pakai. Hancuss… Sorang suka baca novel tak hengat dunia, sorang suka main bola sepak sampai kepala aku pun kena bola yang disepaknya. Benjol kepala aku ni!

“Habis, nak buat macam ni. tinggal dua hari je lagi. Mama dah sedia nak calonkan aku dengan pilihan dia. Habislah aku. Aku tak nak kahwin dengan pilihan mama tu.”

Fitri hanya menggelengkan kepala. Dia pelik kenapa Airina tak mahu berkahwin. “ Redha jelah Ai. Kalau dah jodoh kau dengan dia, kau kena terima jugak. Tak baik tolak takdir Allah tau.” Nasihatnya.

Airina mengeluh. Tak ada sapa-sapa pun yang boleh gantikan tempat Qarl. Aku tak nak orang lain. Terpaksalah Airina redha dengan pilihan mamanya.






DUA HARI SELEPAS ITU….


“SO, macam mana Airina Julia? Mana calon menantu mama?” tanya Puan Sri Kirana.

Airina hanya mendiamkan diri. Dia sudah agak soalan ini akan muncul di bibir mamanya itu. Runsing betullah.
“Mama. Ai nak buat pengakuan. Se..sebenarnya.” tergagap-gagap Airina berkata.

“Sebenarnya apa Ai?”

“Sebenarnya Ai tak ada calon suami yang sesuai.” Airina menunduk.

Puan Sri Kirana tersenyum. Dia sudah dapat agak apa yang ingin disampaikan oleh anak kesayangannya itu.

“Mama dah agak dah. Mesti ayat ni yang kamu akan cakapkan.” Mama hanya tersenyum. Aku rasa senyuman tu macam senyum mengejek je. Tak sukanya!

“ Hmm…macam mana? Dah sedia untuk ‘date’ yang pertama bersama calon pilihan mama?” usik Puan Sri Kirana. Muka Airina mula cemberut. Mama dah mulalah tu!

“Entah. Dah sedia kot. Lagipun Ai dah tak kisah mama nak buat apa lepas ni. Kalau itu baik untuk, baik jugaklah untuk Ai.” Selamba Airina menjawab.

“Ok, baik. Mama nak tengok lepas mama pilih calon suami ni, mama nak tengok kamu kisah ke tak kisah. Tapi bagi mama, mama sangat puas hati dengan calon yang mummy pilih.” kata mama dan berlalu pergi ke dapur. 'Apa-apa je la mama. Yang penting mama happy sudah. Tapikan ada ke orang nak aku ni? Cuba kalau dia dapat tahu aku ketua kongsi gelap Gold Dragon? Agaknya dia terima tak? Kalau dia terima, tak apalah. Tapi pelik bin Ajaiblahh!' gumamku.


“AI hari ni mama nak kenalkan kamu dengan seseorang.”kata mama ketika aku sedang menolongnya di dapur.

“Sapa.” Dengan malas aku bertanya.

“Calon suami untuk kamulah. Sapa lagi.” Dengan senang hati mama menjawab. Tapi aku tak senang hati,limpa,jantung. Susah aku ni macam hempedu rasanya.

“Hah!” 'biar betul mama ni? takkan dah cepat sangat ‘date’ dengan calon mama tu?'  getusku.

''Tapikan mama, Ai tak ready lagi nak jumpa lagi dengan future husband tu.” Ayat future husband aku tekankan supaya mama sedar dengan yang dikata olehnya.

''No, no,no. Ready tak ready. Hari ni mama dah jemput dia datang rumah. So, pandai-pandaikanlah siapkan diri kamu tu ya sayang.''sambil mengusap kepalaku bagaikan memujuk anak kecil. Tapi aku ni bukan anak kecil dah tua bangka tau tak!

'Ah..mama ni dah mula dah dengan perangai dia' keluhku. Kalau mama dah cakap macam tu, alamatnya kena ikut jugalah.


ARYAN baring dan memandang siling di atas. Kata-kata Puan Sri Kirana masih terngiang-ngiang di telinganya.

Auntie nak lamar Aryan jadi menantu auntie boleh tak?”

“Hah! Kenapa saya pulak kena jadi menantu auntie? Saya baru kenal auntie beberapa bulan. And one more thing, saya mana pernah jumpa anak auntie.” bantah Aryan.

“Alaa..kalau nak jumpa anak auntie boleh auntie tunjukkan. Datanglah hujung minggu ni. Lagipun hujung minggu je Aryan boleh jumpa anak auntie.Kalau hari lain Aryan tak boleh jumpa dia sebab dia tu terlalu sibuk dengan kerja di office. Auntie risau tengok dia. Hardworking sangat sampai tak fikir tentang masa depan dia.” keluh Auntie Kirana.

“Dia memang macam tu ke auntie? Tak pernah saya dengar perempuan hardworking di office sebab kalau nak hardworking pun buat kerja di dapur je.”

Auntie Kirana hanya tersengih mendengar kata-kata bakal menantunya. Agaknyalah, kalau menjadi. “Kamu ingat perempuan ni hanya hardworking di dapur je ke? Tu hah. Dah ada bukti yang perempuan ni bukan sahaja hardworking di dapur tapi di office juga. Dia jadi macam tu selepas grandpa dia wasiatkan supaya jadi CEO di syarikat grandpa dia.”

Grandpa dia ada di mana sekarang ni?” tanya Aryan.

“Hah..Grandpa Ai tu baru je setahun lepas meninggal. Selepas grandpa Ai meninggal, Ai jadi berubah. Dari seorang ceria terus jadi seorang yang suka menangis dan pendiam. Ada satu hari tu, dia hampir bunuh diri sebab terlalu kecewa dengan kematian grandpanya. Dia sanggup makan banyak ubat penenang. Sekarang ni, dia dah ok.” keluh Auntie Kirana.

Aryan memandang Auntie Kirana dengan wajah yang tidak percaya.'Biar betul, otak dia ni biul ke apa? sampai nak makan banyak ubat penenang. Macam drama dalam tv lah pulak.' Desis Aryan.

“Kesian. Dah tu kenapa auntie nak saya kahwin dengan dia?”

“Auntie nak kamu kahwin dengan dia sebab auntie nak kamu bahagiakan dia. Auntie tahu kamu seorang yang baik dan bertanggungjawab. Jadi, auntie ingat sudah sampai masanya untuk auntie lepaskan tanggungjawab auntie ni pada kamu pula. Hanya kamu je yang boleh bantu dia lupakan kenangan silam. Please, auntie rayu sangat yang Aryan boleh terima dia.” Dia tidak malu sekiranya Aryan menyuruhnya melutut, asalkan Aryan terima pinangannya itu. Dia sanggup buat saja asalkan anak kesayangan itu bahagia. Pengorbanan seorang ibu memang tiada nilainya.

Aryan terdiam mendengar rayuan Auntie Kirana. Bolehkah dia berkahwin dengan musuhnya sendiri? Teapi rayuan Auntie Kirana ini membuatkan dia berbelah bahagi.  Antara dendam kematian abangnya dan rayuan Auntie Kirana, mana yang harus dia dahulukan? Dia buntu! Dia tahu yang musuhnya itu anak Auntie Kirana pun apabila Auntie Kirana tunjuk gambar Airina.

Aryan mengeluh. “Auntie boleh bagi Aryan masa tak untuk fikir semua ni? I can't give the answer now

“Tak apa..Ambillah berapa banyak masa yang Aryan perlukan. Auntie harap Aryan buat keputusan yang terbaik. Kalau Aryan tak nak terima pun auntie redha. Lagipun auntie dah anggap Aryan macam anak auntie sendiri.”

Aryan hanya tersenyum hambar. 'Kalau auntie tahu siapa Aryan yang sebenarnya, adakah auntie akan menganggap Aryan sebagai anak auntie sendiri. Sorry auntie. Aryan akan terima lamaran auntie tapi bukan nak bahagiakan dia tapi nak buat dia derita. I'm sorry.' Aryan bermonolog. 

Kringg..

Aryan tersentak apabila mendengar mesej masuk. Dia mengambil I-phonenya di atas meja. Mesej itu dari Auntie Kirana.

+ Assalamualaikum..Aryan dah sampai mana?

+Wassalam auntie. Aryan ada kat rumah lagi ni.

+Oo.. Bila Aryan nak datang rumah auntie.

+Jap lagi kot auntie.

+Ok..auntie tunggu tau. Bye. Assalamualaikum.

+Waalaikummussalam

Aryan menarik nafas.Lebih baik dia bersiap cepat untuk ke rumah 'bakal isterinya.' Dia tak nak
hampakan harapan Auntie Kirana yang banyak membantunya selama ini.Payahnya hidup ni!




 





*Siap jgk BCT BAB 3 ..SORRY LER KLU TAK BEST =)

Isnin, 16 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (BAB 2)





Bab 2



“ FIT, kau kat mana ni? Aku dah sampai kat Pavilion ni.” aku telefon Fitri selepas aku memakirkan kereta Lamborghiniku.

“Aku dekat Popular ni. Tengah cari novel terbaru. Kau datanglah sini. Ok?”

“Kau ni memang. Gila novel. Oklah, aku pergi sana. Bye.” Aku tamatkan perbualan aku dengan Fitri. Takut kredit habis sebenarnya. Dahlah dia guna Maxis, aku pula guna Celcom. Perghh..kalau lima saat je dah tolak berapa sen. Aku ni jenis malas nak tambah kredit orangnya. Hidup single memang macam ni kan hehehe..

Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku rasa aku dilanggar dan terpeluk seseorang. Aku memandang orang itu. Alamak..!! Aku terpeluk budak lelakilah pula. Malunya!

“Opps..sorry saya tak sengaja.” Aku meminta maaf.

“Tak sengaja? Hei.. kau ni tak ada mata ke nak pandang orang depan kau? Dahlah peluk aku. Kau dah cemarkan kehormatan aku tahu tak? Dahlah depan orang ramai pulak tu.” Tengking lelaki itu.

Mata aku terbeliak. Terkejut tuduhan yang dilemparkan. Tak berasas langsung! “Hello, encik. Saya hanya terpeluk awak je. Bukannya rogol awak. Pengetahuan asas mana yang awak pakai sampai orang peluk boleh cemarkan kehormatan orang lain. Setahu saya tak ada pun dalam internet atau mana-mana bukukan?” Marahku.

“Amboi..panjang pulak syarahan kau ya. Eii..ikutkan hati aku, nak saja aku cekik kau ni. Kau tahu tak?”

“Sorry, saya tak tahu pun.” Selamba aku menjawab.

“Kau ni kan!! Memang dasar perempuan…”

“Dasar perempuan apa?!! Encik poyo, awak ingat awak lelaki dah bagus sangat ke? Jangan ingat semua perempuan dalam dunia ni lemah ya.”

“Memang semua perempuan lemah pun. Lemah dengan godaan lelaki.” Selamba dia mengutuk.

Aku mengetap bibir. Mamat ni nak cari gaduh dengan aku ke?“Encik. Encik jangan mencabar kesabaran saya ya. Encik belum kenal siapa saya. So, baik encik jangan buat hal dengan saya.”

“Kau siapa? Angelina Jolie, Kim Chui? Huh, perempuan ni memang nak kena dengan aku.” Amboi, amboi,amboi perli nampak. Dasar mulut longkang!

“Saya Airina Julia binti Affan Emir.”

Lelaki mulut longkang itu terus terkaku. “Ai..Airina Julia?” tergagap-gagap dia memanggil namaku.

“Hmm..sayalah orang tu. So, ada apa-apa masalah ke encik? ” tanyaku.

Lelaki itu hanya menggeleng dan berlalu pergi. Aku pelik dengan sikapnya. Takut dengan aku ke? Hahaha..baru kau tahu siapa aku. Kutuk aku lagikan.

Bip, bip, bip...

“Err..Hah, hello Fit. Kenapa?”

“Kau ni boleh pulak tanya aku kenapa? Eh, kau kat mana sekarang ni? Dah lama aku tunggu kau sampai naik lenguh kaki aku ni.” 'Fitri kalau dapat membebel mengalahkan mak nenek.' rungutku.

Give me five minutes. Nanti aku sampai. Ok , dear.” janjiku.

Ok, five minutes je tau. Kalau lebih aku blah dulu ok. Bye.”

Bye.” ' Hahh..letihnya aku layan Fit macam ni. Tapi, siapa lelaki tu?'


“WOI, kau ni apahal? Nak cari pasal dengan ketua Gold Dragon pulak? Takkan kau tak kenal dia? Dia tu kalau belasah orang. memang mati dia kerjakan. Kau jangan main-main bro.”nasihat Hendry pada Aryan yang sudah mabuk kerana terlebih minum wain .

“Aku peduli apa Hendry. Aku akan balas balik apa yang dia dah buat pada abang aku. Dia mesti dibunuh. Aku bersumpah yang ketua Gold Dragon tu mesti dibunuh.!!” jerit Aryan yang bagaikan tiada akal. Apabila syaitan sudah menguasai diri, maka tiada siapapun yang boleh menghalang.

“Rasulullah SAW melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )




“Cuba kau cerita kat aku, kenapa kau benci sangat dengan kumpulan Gold Dragon tu? Mungkin aku boleh tolong kau ke?” tanya Hendry.

“Kau tak boleh tolong Hendry. Kau takkan boleh tolong aku. Kau ingat kenapa abang aku tak balik rumah malam tu?”

Hendry mula mengingati semula kejadian yang terjadi tiga tahun yang lepas. Raiqarl iaitu abang Aryan tidak pulang ke rumah ketika malam mereka mengadakan party sempena birthday Aryan yang ke-25. Lebih mengejutkan, sedang mereka berpenat-lelah berparty, tiba-tiba Aryan dihubungi oleh pihak polis yang mengatakan abangnya dibunuh. Aryan seolah-olah tidak dapat menerima kematian abangnya itu.

“Hmm..aku ingat. Kenapa?”

“Kau tahu tak siapa yang bunuh abang aku tu?”

Hendry mengelengkan kepala “Tak. Aku tak tahu.” Dan beberapa saat kemudian, Hendry membeliakkan mata. “Mean, yang bunuh abang kau tu.....” kata-kata Hendry terputus di situ sahaja. Air liurnya bagaikan tersekat di kerongkong.

Aryan tersenyum sinis. “Yes, that's right bro. Yang bunuh abang aku tu ketua kumpulan Gold Dragon.”

“Tapi, aku ada upah salah seorang anggota dalam kumpulan Gold Dragon tu. Aku mintak dia intipkan ketua dia tu. Dia cakap ketua kumpulan dia tu seorang perempuan.” Hendry mula memberitahu Aryan apa yang selama ini dia rancangkan.

Aryan memandang Hendry dengan seribu satu persoalan di benaknya. “Apa nama ketua dia tu?”

“Tak silap aku nama ketua dia tu Airina Julia, kenapa nak berkenalan dengan dia ke?” Hendry mengusik.

Aryan mendengus. ‘Huh, tak kuasa aku nak berkenalan dengan orang yang telah bunuh abang aku tu. Kalaulah aku dapat dia, memang sampai lunyai aku kerjakan dia. Aku sumpah!’

Blurpp..

Aryan tersedar dari lamunan apabila terdengar batu dicampak ke dalam air. Huh..Airina Julia, kali ni kau takkan terlepas dari aku. Aku akan buat hidup kau terseksa sebab kau bunuh abang aku.' Aku sumpah yang aku akan bagi derita dalam hidup kau. Kau tunggu sajalah.' desis Aryan. 

Awan mula mendung. Nampaknya hujan akan turun.  Aryan mula masuk ke dalam kereta Ferrarinya. Dia perlu pulang kerana malam ni dia perlu menghadiri upacara yang akan mengubahkan  status dia sebagai ketua kumpulan Black Scorpions!


“AI, mama nak cari calon suami hingga hujung bulan ni je. Kalau tak, mama yang akan pilih untuk kamu.” Ugut Puan Sri Kirana.

Airina yang sedang membaca novel, bangun. “What?!! Apa ni mama. Kan mama dah cakap nak bagi peluang untuk Ai.” Bantahku.

“Mama dah lama bagi kamu peluang. Tapi mana orang yang akan jadi suami kamu? Mana? Tak ada kan. Mama tak nak dah bagi kamu peluang. Makin lama mama bagi pelung, makin naik lemak pulak kamu ye.”

Aku mengeluh kasar sambil meramas rambut. Arghh!! Mama ni selalu bikin gua punya hati bikin kacaulah!!

“Baik. Mama tengoklah nanti. Ai akan bawa calon suami untuk mama. Itu yang mama nak sangatkan.” Ayat calon suami itu aku tekankan supaya dia boleh dengar sepuas-puasnya.

“Macam tulah anak mama. Mama tahu Ai ialah anak mama yang mendengar kata.” Katanya sambil usap kepalaku. Mama, Ai ni bukan budak umur lima tahunlah!

Aku hanya memandang mama yang ingin ke dapur. Aku mengeluh. What should I do now? Hanya itu sahaja yang bermain di fikiranku. Tiba-tiba aku teringatkan seorang kaum Adam yang pernah bertakhta di hatiku suatu masa dulu. Tapi… itu dulu. Sekarang ni dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kenangan semalam mula menerjah dalam fikiranku. Kenangan yang membuat aku menyesal seumur hidup sebab tak usul periksa hal sebenarnya. Di mana kali terakhir aku berhubung dengannya dan kali terakhir aku berjumpa dengannya.


“KENAPA Qarl nak putuskan hubungan kita ni? Qarl ada perempuan lain ke?” tanyaku.

Raiqarl mengeluh sambil memandang ke arah laut. “Qarl putuskan hubungan kita ni sebab Qarl ada alasan.”

“Alasan apa?!! Alasan nak sakitkan hati macam lelaki-lelaki lain buat kat perempuan? Gitu?” aku menengking.

Raiqarl hanya diam. Tidak membalas. Aku mengeluh kasar. Sakit hati dalam ni hanya Allah je tahu. “Sudahlah Raiqarl Wong. Kalau itu yang kau nak, fine. Kita putus. Aku tak nak tengok muka kau ada depan aku lepas ni. Kalau tak, nahas kau!!”

Aku terus meninggalkan Raiqarl dengan perasaan marah.


SEBULAN SELEPAS KEJADIAN ITU…

“ASSALAMUALAIKUM…”

Aku yang sedang berlatih menembak berhenti. Sapa pulak datang petang-petang macam ni? Ganggu aku je?

“Waalaikummussalam. Ye, datang cari sapa ni?” tanyaku kepada orang yang bersut hitam itu.

“Ini ada surat untuk cik.”
“Surat dari sapa ni?”

“Dari Tuan Raiqarl Wong.”

“Qarl? Hmm.. saya rasa tak perlu kot saya baca surat ni.” kataku dengan malas. Luka dalam hati ni masih berdarah.

“Please cik. Terima surat ini. Ini amanah dari tuan untuk saya. Saya tahu cik amat bencikan tuan. Tapi tuan buat macam ada sebab.” Jelasnya.

“Sebab? Sebab apa? Nak buat saya ni macam perempuan-perempuan lain di sana tu.” Jerkahku.

“Sebabnya ada dalam ini. Kalau cik nak tahu kenapa tuan buat macam itu, cik bacalah surat ini. Saya letakkan di sini. Kalau rasa ia tak berguna untuk cik, cik bakarlah atau koyakkan. Kalau cik bakar atau koyak surat itu bermakna cik dah buat tuan menderita. Lebih menderita apa yang dialaminya sekarang ini. Saya minta izin pulang dulu. Assalamualaikum.” Sebaik sahaja lelaki berkot itu pergi, aku terus ambil surat itu.

Aku membuka sampul surat itu. Terlihat ada cecair merah di surat itu. Tapi nampak macam darah je. Darah!! Apakah?!! Pantas aku membaca surat itu.



Kehadapan Airina yang Raiqarl sayangi,

Maafkan Qarl sebab putuskan hubungan kita ini. Qarl tahu hati Ai terluka disebabkan perbuatan Qarl ni. Qarl buat macam ni ada sebab. Sebabnya ialah Qarl terlalu sayangkan Ai. Qarl buat macam ni kerana Qarl tak mahu Ai menangis bila ketiadaan Qarl nanti. Qarl tahu yang Ai ketua kongsi gelap Gold Dragon. Qarl juga tahu yang Ai adalah cucu arwah Yusuf iaitu taiko besar Kuala Lumpur. Qarl tahu semua itu. Cuma, Qarl tak mahu bagitahu Ai. Qarl takut Ai akan benci Qarl. Lebih baik begini daripada dibenci.  

Untuk pengetahuan Ai, Qarl adalah ketua kongsi gelap Black Tiger. Kongsi gelap yang paling dibenci oleh arwah datuk Ai. Itu salah satu sebab kenapa Qarl minta kita putus hubungan. Qarl tak nak kerana kongsi gelap, kita bergaduh dan bermusuh.Ada lagi satu sebab kenapa Qarl minta kita putus. Sebabnya adalah Qarl sakit. Qarl sebenarnya menghidap penyakit barah otak. Tahap kritikal. Qarl tinggalkan Ai bukan sebab ada perempuan lain tapi sebab semua ni. Maafkan Qarl kerana baru bagitahu Ai sekarang ni dan maafkan Qarl sebab hadir dalam hidup Ai buat sementara waktu saja. Jaga diri sayang, ingat semua ni adalah ujian Allah untuk sayang. Kenanganku dalam doamu, sayang.

Salam sayang,
Raiqarl Wong.




AIR mataku mengalir tanpa dipinta bila teringatkan semula kata-katanya dalam surat itu. Rindu aku terhadapnya semakin membuak. Raiqarl Wong. Nama yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Lelaki yang menyebabkan hati aku jadi arrogant. Aku menganggap dia sama seperti lelaki lain. Meninggalkan aku kerana perempuan lain. Tapi saat dia mahu menghembuskan nafas yang terakhir, dia telah menerangkan segalanya. Tentang segala-galanya. Sungguh suci hatimu sayang. Maafkan Ai kerana menuduhmu sebarangan.


Malam itu, aku tidur ditemani air mata yang mengalir tanpa henti. Sakit hatiku bila teringat kenanganku bersamanya. Tapi itu lima tahun dulu. Aku amat berharap sekiranya dia ada sekelilingku, izinkan namamu tetap dihatiku.



*Sorry klu tak best.. hope enjoy.. =)

Ahad, 15 Disember 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (BAB 1)





Bab 1

‘AKU Airina Julia. Umur aku baru 28 tahun. Sekarang ini tengah cari calon suami untuk diri sendiri.Kalau aku tak cari calon suami alamatnya mama pula yang akan gantikan cari calon suami. Aku sebenarnya tak nak kahwin lagi sebab umur aku baru dua puluh lebih. Belum boleh digelar andartu tau! Sekarang ni aku tengah cari orang yang sesuai dijadikan sebagai 'suami' aku. Dulu, mama ada juga pilih calon suami untuk aku tapi aku tolak sebab aku busy dengan kerja. Dalam kerja, aku tak fikir pun pasal kahwin ni. Untuk pengetahuan korang, aku ni seorang workaholic. So, sesiapa yang dapat bini macam aku ni memang kasihan sangat.’

“Ai.. can you help mama in the kitchen. Jangan nak menghadap laptop je. Apa malanglah kalau suami kamu dapat isteri macam kamu ni. Kerja rumah langsung tidak disentuh, hanya tahu kerja di office saja. Janganlah kamu ikut sangat perangai papa kamu tu. Mama dah pening tengok kamu ni. Mama.....” Belum sempat mama menghabiskan bebelannya, aku yang sedang menulis diari di laptop mula menyampuk.

“Mama, boleh tak berhenti cakap pasal benda ni. Ai dah letih nak dengar bebelan mama tu. Kalau sekali-sekala mama membebel, tak apa lagi. Ai boleh tahan. Ni, bila Ai balik saja dari office mesti mama serbu ke Ai dan tanya 'Ai, kamu dah jumpa ke calon suami untuk kamu tu?'. Mama boleh tak beri Ai masa dan ruang untuk fikir semua ni? Ini melibatkan kerjaya Ai, masa depan Ai mama.” Luah aku.

No, mama takkan berhenti membebel selagi kamu tak jumpa calon suami untuk kamu. Kalau kamu rasa kamu dah tak boleh cari calon suami, beritahu mama. Biar mama yang carikan.” mendengar kata-kata tegas mama itu, aku hanya mengeluh.Arghh.. Kenapa nasib aku tidak seperti orang lain. Aku tidak mahu dikonkong!







“AI, kenapa dengan kau ni hah? Murung dari tadi? Cerciter dengan aku.”tegur Fitri. Fitri ialah kawan aku yang paling ceria. Seolah-olah hidup dia ini tiada masalah. Bukan macam aku. Masalah di officelah dan yang paling teruk sekarang ini ialah masalah dengan mama aku ni!

Aku yang hanya merenung luar tingkap berkata. “Aku tengah peninglah Fit. Mama suruh aku cari calon suami....” Belum sempat aku habiskan kata-kata aku, Fitri sudah menyampuk.

“What?!! Calon suami untuk siapa? Untuk kau ke Ai?” Nak ketawa aku bila Fitri bercakap sambil tu jugalah mata dia terbeliak bagaikan nampak hantu.

“Hmm..lebih kuranglah.”

 “What do you mean?” tanya Fitri sambil terjongket kening.

“Maksud aku ialah aku dah tak tahan dengan mama aku tu. Asal aku baru saja masuk rumah, mama terus tanya aku. ' Dah jumpa ke calon untuk mama.' Ya Allah, waktu tu aku rasa nak jerit je dekat mama yang aku tak ready nak kahwin.” luah aku.

“Apa kata kau upah seorang lelaki supaya jadi calon suami kau tu? amacam bernas tak idea aku tu?”

“Woii, cik adik sayang. Ni bukannya cerita macam dalam novel. Ni realiti bukannya fantasi ok.” Tergeleng-geleng aku melihat Fitri ni. Fitri  ni memanghantu novel. Dalam sebulan, mesti dia beli lima atau enam buah novel. Kadang-kadang aku rasa rumah dia pun boleh jadi sarang novel.

“Habis nak buat macam mana lagi? Tu je idea yang aku boleh fikirkan.” Jawab Fitri sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

“Itu bukannya kau fikir tapi kau ambil idea tu dari novelkan?. Tak gitu cik Fitri Maisarah.”

“Hehehe..Pandainya kau. Untunglah siapa dapat bini macam kau ni.” puji Fitri sambil tersengih.

“Huh..Pandailah kau.” dalam hati rasa berbunga-bunga. Hehehe…

Aku mendengus. “Kau jangan nak keletong akulah,Fit. Tahulah aku ni tak pandai.”


WHAT!!! Kenapa boleh jadi macam ni. It's very stupid?!!” Jeritku. Marahku sudah tidak tertahan lagi.Badanku sudah turun naik bagaikan naga yang ingin memuntahkan apinya. Bengang!

“Macam mana Black Scorpions tahu yang aku ni ketua kumpulan Gold Dragon hah?!!”Aku memandang satu-persatu orang-orang suruhanku. Habislah rahsia aku sudah pecah!

Dear, aku tak tahu macam mana mereka boleh dapat tahu tentang hal ni. Setahu aku, geng Gold Dragon kita ni setia dengan kau je.” jawab Alex selamba.

Aku hanya memandang tajam ke arah Alex. Opps, lupa aku nak bagitahu yang aku ni sebenarnya ketua kumpulan Gold Dragon yang telah diwariskan oleh arwah atuk aku lagi. Tiada siapa pun yang tahu walaupun keluarga aku sendiri sebab aku dah janji dengan arwah atuk yang aku tidak akan bagitahu sesiapa. Aku mengeluh kasar. Streslah!

“Ai, aku rasa ada dalang dalam semua ni.” Lim Xei Woo yang tadi hanya diam mendengar perbualan aku dengan Alex menyampuk.

What do you mean, Lim ?” Aku memandang Lim.

“Cuba kau fikir, apa sebab semua ni boleh terjadi? Kalau tak macam mana mereka boleh tahu yang kau ni ketua kumpulan Gold Dragon.” jawab Lim.

“Hishh..siapa pula dalam geng kita ni nak jadi dalang tu. Aku tak percaya.”Alex membantah kata-kata Lim itu. Aku lihat Alex macam gelabah je. Hai, Alex takkan takut kot?

Aku mula berfikir. Ada betul juga kata-kata Lim. Tapi macam mana nak cari dalang dalam hal ni. Tak apalah, nanti aku fikir macam mana nak cari dalang semua ni. Sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak pujuk mama kesayangan aku ni. Hadoii..





 *Bab 1 BCT ni memang Uni buat pendek sebab tak ada idea..hihi.. ;)