BAB 5
AIRINA berjalan dengan penuh semangat ke pejabatnya. Hari yang cerah,
mood yang happy mesti masuk pejabat pun kena happylah kan. Fitri
memandang Airina dengan pelik. Bukan patut dia pergi honeymoon ke? Apa
sudah jadi?
Fitri masuk ke dalam bilik Airina
tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Ai, kenapa kau kerja hari ni?”
selamba Fitri bertanya.
Airina yang sedang membalas mesej
di I-Phonenya terkejut. Fitri ni memang pakar buat orang sakit jantunglah.
“Hmm..saja je nak datang office.
Kenapa? Tak boleh ke?”
“Boleh. Tapi peliklah.”
Dahi Airina berlapis. Pelik? Pelik
sebab apa pulak? Aku kahwin dia kata pelik, aku datang pejabat pun dia kata
pelik! Macam-macamlah Fitri ni.
“ Pelik sebab apa pulak kali ni?”
“Ye lah, selalunya pengantin baru
akan pergi honeymoon tapi kau ni tak pulak.”
“Malaslah nak pergi honeymoon. Buat
bazir duit je. Kan honeymoon tu macam holiday je. Kalau nak honeymoon
tu lain-lain harikan boleh.” Balas Airina selamba.
“Hmm..tapi Aryan tak marah ke?” tanya
Fitri.
“Dia tak marah punya.” Balas Airina
selamba. Dia teringat kejadian pagi tadi. Perang dunia kedua antara dia dan
Aryan meletus dan akhirnya dia menang.
“SAYA tak nak pergi honeymoon, saya nak pergi office pagi ni.”
bantah Airina.
“Alaa..apa salahnya kita pergi
honeymoon. Boleh release tension. Mama cakap kau ni kuat bekerja sampai
tak rehat. Kau ni memang tak jaga kesihatan dirikan.” Tempelak Aryan.
Airina memandang Aryan dengan wajah
yang pelik. Mamat ni kenapa tiba-tiba emotional pulak? Dan-dan lagi dia
jadi prihatin. Ada udang di sebalik mi ke ni?
“ Suka hati sayalah nak sakit ke
apa ke. Bukan awak punya urusan. Yang saya tahu sekarang ni, saya tak nak pergi
honeymoon. Faham !!”
“Kalau aku tak nak dengar cakap
kau, kau nak buat apa dengan aku.” Cabar Aryan.
Airina tersenyum sinis. “ Saya
akan…” Airina tidak menghabiskan kata-katanya. Sebaliknya, dia mengambil
sesuatu dalam laci meja solek.
“Saya akan tembak awak.” Serentak
itu Airina mengacukan revolver ke arah Aryan.
Aryan tergamam. Alamak!! Mampus
aku. Aryan menelan air liurnya yang bagai tersekat di keronkong.
“Oo..ok. Aku akan ikut cakap kau.
Tapi tolong letak revolver tu.”
Airina mula menyimpan revolver itu
dalam briefcasenya. “Huh..ingat berani sangat. Rupanya dalam hati ada
taman.” Kutuk Airina.
“ Kau cakap apa tadi? Aku tak
dengarlah? Dalam hati ada taman. Hello.. kau tu yang dalam hati ada taman.”
Marah Aryan. ‘Ingat aku ni perempuan ke?’
“Oo..kutuk saya ye. Hmm..tak apa.
Tak apa. Nak ni tak?” Airina menunjukkan revolvernya.
“Err..Ai, sorry erk. Janganlah macam
tu.” Rayu Aryan. Sanggup dia runtuh ego dia sebab takut kalau-kalau Airina betul-betul
tembak dia. Ikutkan hati sebenarnya dia tak takut langsung dengan revolver Airina
kalau ada revolver di tangannya sekarang ni.
“Saya boleh maafkan awak dengan satu
syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Syaratnya, awak takkan paksa saya pergi
honeymoon.”
Aryan mendengus. “ Lantak kaulah. Aku
pun tak nak pergi sebenarnya.”
“Hmm..good husband.” Puji Airina
sinis. Aryan hanya mencebik. Nak perli akulah tu.
FITRI hanya ketawa. Hebat jugak penangan
Airina sampai suami sendiri takut dekat dia.
“Hahaha..hebatlah kau ni Ai. Hanya acu
pistol je, laki kau dah takut. Aku tabik springlah dengan kau.”
“Bukan pistollah. Revolver.” Airina
membetulkan kata-kata Fitri.
“Alaa..samalah tu. Adik-beradik pistol
jugakkan.”
“Hmm..” dengan malas Airina menjawab.
“Tapikan, pistol tu pistol mainankan?
Takkanlah kau ada pistol betul pulak. Naya je kalau polis tahu ni.”
Airina tersentak dan hanya mengganguk
lemah. 'Fuhh..nasib baik tak bocor rahsia gua. Kalau terbocor tadi, habis aku kena
tidur dalam penjara. Airina memandang Fitri. Maaf Fit sebab tipu kau. Aku terpaksa.' desis Airina.
AIRINA memakirkan kereta Lamborghini
Gallardo Spydernya di garaj Villa Dragon. Dia termenung seketika. ‘ Macam mana
kalau orang tahu aku ni ketua Gold Dragon? Boleh ke semua orang terima?
Lebih-lebih lagi mama dan papa. Boleh ke mereka terima yang anak mereka ni
terlibat dengan kongsi gelap? Arghh!!
Tuk,tuk,tuk…
Airina tersentak. Dia melihat Aryan menyuruhnya keluar dari
kereta. Airina mendengus kasar. ‘Ni lagi satu hal. Tak habis-habis nak ganggu
hidup aku!’ rungut Airina.
Airina keluar dan menghempas pintu keretanya. Kalau rosak, tak
payah baiki. Guna kereta Lamborghini yang lain. Untunglah, orang kayakan.
Airina menyandarkan tubuh badannya di kereta. Dia memandang wajah kacak Aryan
dengan rasa malas.
“Hmm..ada apa ni? Ganggu saya nak berangan je.”
“Aku tak halang kau nak berangan ke tak. Tapi masuklah villa dulu.
Nanti ada orang culik kau ke, aku jugak yang susahkan?”
Airina mencebik. Sejak bila mamat poyo ni jadi prihatin terhadap
isterinya ini? “Sejak bila awak jadi prihatin ni, Encik Aryan Wong? Hmm...?”
tanya Airina sambil menjongketkan kening.
“Sejak aku kahwin dengan kau.” Bisik Aryan di tepi telinga Airina.
Airina mula berasa seram sejuk. Dia menjarakkan sedikit badannya
dari badan Aryan. Takut!
“Err.. terima kasihlah ya, Encik Aryan kerana prihatin terhadap
saya. Tapi rasanya tak perlu sampai macam ni sekali kot. Err...jom kita masuk.
Dah lewat petang ni.” jawab Airina gagap. Saja dia berikan alasan sebegitu
supaya dapat melarikan diri dari Aryan.
Aryan hanya tersengih. “Hai... baru sikit kena goda dah takut ke
Airina? Kata tahan godaan lelaki. Ni baru sikit kena goda dah takut ke sayang?”
saja Aryan mengusik. Suka melihat wajah isterinya yang menahan marah.
Airina hanya mendengus. Memang nak kena betullah mamat poyo ni.
“Dahlah. Dari saya layan awak, baik saya masuk dan rehat. Lagi bagus.” Serentak
itu Airina berlalu. Kalau dia ada lebih lama di situ, mesti lagi sakit hatinya.
Aryan memandang Airina yang semakin menjauh. Sudah lima bulan
mereka kahwin, mungkin orang lain kata mereka ni pasangan sweet couple.
Tapi, itu hanya lakonan semata-mata. Sejak mereka berkahwin ni, macam-macam hal
berlaku. Ramai ex-girlfriends Aryan datang mengamuk dekat Airina, Airina
yang tak habis-habis dengan balik lewat malam, Aryan dengan sikap egonya dan
macam-macam lagilah yang berlaku.
Tapi lama-kelamaan, ada satu perasaan halus terbit dalam hati
Aryan. Setiap kali dia memandang wajah Airina, ada rasa debaran di dadanya. Dia
cuba menidakkan perasaan itu. Tapi, dia kalah buat kali pertama. Kalah dengan
perasaan dengan dia sendiri. ‘Kenapa bila aku selalu dekat dengan kau, hati aku
jadi tak keruan. Jangan cakap yang aku dah jatuh cinta dengan kau, Ai. Aku tak
boleh jatuh cinta dengan kau. Sebab kau tu pembunuh abang aku. Pembunuh!!’
* Sorry kalau tak best and sikit saja. ^_________^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan