‘AKU Airina
Julia. Umur aku baru 28 tahun. Sekarang ini tengah cari calon suami untuk
diri sendiri.Kalau aku tak cari calon suami alamatnya mama pula yang akan
gantikan cari calon suami. Aku sebenarnya tak nak kahwin lagi sebab umur aku
baru dua puluh lebih. Belum boleh digelar andartu tau! Sekarang ni aku tengah
cari orang yang sesuai dijadikan sebagai 'suami' aku. Dulu, mama ada juga pilih
calon suami untuk aku tapi aku tolak sebab aku busy dengan kerja. Dalam kerja,
aku tak fikir pun pasal kahwin ni. Untuk pengetahuan korang, aku ni seorang
workaholic. So, sesiapa yang dapat bini macam aku ni memang kasihan sangat.’
“Ai.. can
you help mama in the kitchen. Jangan nak menghadap laptop je. Apa malanglah kalau suami kamu
dapat isteri macam kamu ni. Kerja rumah langsung tidak disentuh, hanya tahu
kerja di office saja. Janganlah kamu ikut sangat
perangai papa kamu tu. Mama dah pening tengok kamu ni. Mama.....” Belum sempat
mama menghabiskan bebelannya, aku yang sedang menulis diari di laptop mula
menyampuk.
“Mama, boleh tak berhenti cakap pasal benda ni. Ai dah
letih nak dengar bebelan mama tu. Kalau sekali-sekala mama membebel, tak apa
lagi. Ai boleh tahan. Ni, bila Ai balik saja dari office mesti mama
serbu ke Ai dan tanya 'Ai, kamu dah jumpa ke calon suami untuk kamu tu?'. Mama
boleh tak beri Ai masa dan ruang untuk fikir semua ni? Ini melibatkan kerjaya
Ai, masa depan Ai mama.” Luah aku.
“No, mama takkan berhenti membebel selagi kamu tak
jumpa calon suami untuk kamu. Kalau kamu rasa kamu dah tak boleh cari calon
suami, beritahu mama. Biar mama yang carikan.” mendengar kata-kata tegas mama
itu, aku hanya mengeluh.Arghh.. Kenapa nasib aku tidak seperti orang lain. Aku
tidak mahu dikonkong!
“AI, kenapa dengan kau
ni hah? Murung dari tadi? Cerciter dengan aku.”tegur Fitri. Fitri ialah kawan
aku yang paling ceria. Seolah-olah hidup dia ini tiada masalah. Bukan macam
aku. Masalah di officelah
dan yang paling teruk sekarang ini ialah masalah dengan mama aku ni!
Aku yang hanya merenung luar tingkap berkata. “Aku tengah
peninglah Fit. Mama suruh aku cari calon suami....” Belum sempat aku habiskan
kata-kata aku, Fitri sudah menyampuk.
“What?!! Calon suami untuk siapa? Untuk kau ke Ai?” Nak
ketawa aku bila Fitri bercakap sambil tu jugalah mata dia terbeliak bagaikan
nampak hantu.
“Hmm..lebih kuranglah.”
“What do you mean?” tanya Fitri sambil terjongket kening.
“Maksud aku ialah aku dah tak tahan dengan mama aku tu. Asal aku
baru saja masuk rumah, mama terus tanya aku. ' Dah jumpa ke calon untuk mama.'
Ya Allah, waktu tu aku rasa nak jerit je dekat mama yang aku tak ready nak kahwin.” luah aku.
“Apa kata kau upah seorang lelaki supaya jadi calon suami kau tu? amacam
bernas tak idea aku tu?”
“Woii, cik adik sayang. Ni bukannya cerita macam dalam novel. Ni
realiti bukannya fantasi ok.” Tergeleng-geleng aku melihat Fitri ni. Fitri ni memanghantu novel. Dalam sebulan, mesti dia
beli lima atau enam buah novel. Kadang-kadang aku rasa rumah dia pun boleh jadi
sarang novel.
“Habis nak buat macam mana lagi? Tu je idea yang aku boleh
fikirkan.” Jawab Fitri sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“Itu bukannya kau fikir tapi kau ambil idea tu dari novelkan?. Tak
gitu cik Fitri Maisarah.”
“Hehehe..Pandainya kau. Untunglah siapa dapat bini macam kau ni.”
puji Fitri sambil tersengih.
“Huh..Pandailah kau.” dalam hati rasa berbunga-bunga. Hehehe…
Aku mendengus. “Kau jangan nak
keletong akulah,Fit. Tahulah aku ni tak pandai.”
“WHAT!!! Kenapa boleh jadi macam ni. It's very stupid?!!” Jeritku.
Marahku sudah tidak tertahan lagi.Badanku sudah turun naik bagaikan naga yang
ingin memuntahkan apinya. Bengang!
“Macam mana Black Scorpions tahu yang aku ni ketua kumpulan Gold
Dragon hah?!!”Aku memandang satu-persatu orang-orang suruhanku. Habislah rahsia
aku sudah pecah!
“Dear, aku tak tahu macam mana mereka boleh dapat tahu
tentang hal ni. Setahu aku, geng Gold Dragon kita ni setia dengan kau je.”
jawab Alex selamba.
Aku hanya memandang tajam ke arah Alex. Opps, lupa aku nak
bagitahu yang aku ni sebenarnya ketua kumpulan Gold Dragon yang telah
diwariskan oleh arwah atuk aku lagi. Tiada siapa pun yang tahu walaupun
keluarga aku sendiri sebab aku dah janji dengan arwah atuk yang aku tidak akan
bagitahu sesiapa. Aku mengeluh kasar. Streslah!
“Ai, aku rasa ada dalang dalam semua ni.” Lim Xei Woo yang tadi
hanya diam mendengar perbualan aku dengan Alex menyampuk.
“What do you mean, Lim ?” Aku memandang Lim.
“Cuba kau fikir, apa sebab semua ni boleh terjadi? Kalau tak macam
mana mereka boleh tahu yang kau ni ketua kumpulan Gold Dragon.” jawab Lim.
“Hishh..siapa pula dalam geng kita ni nak jadi dalang tu. Aku tak
percaya.”Alex membantah kata-kata Lim itu. Aku lihat Alex macam gelabah je. Hai,
Alex takkan takut kot?
Aku mula berfikir. Ada betul juga kata-kata Lim. Tapi macam mana
nak cari dalang dalam hal ni. Tak apalah, nanti aku fikir macam mana nak cari
dalang semua ni. Sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak pujuk mama
kesayangan aku ni. Hadoii..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan