Khamis, 24 Oktober 2013

BUKAN CINTA TERLARANG (4)








Hari ni aku dan Aryan bercuti. Aryan mengajakku pergi ke hospital untuk melawat kawannya, Emir yang baru sehari bergelar bapa. Aku tahu dia gembira tapi dalam masa yang sama hati dia sedih. Yelah, kawannya sudah bergelar bapa tapi dia? Faham-faham je lah.Sedang kami berjalan, aku terpandangkan wad di mana semua bayi diletakkan di wad tersebut.

''Baby tengok ni. Comelnya baby-baby ni.'' ceria wajahnya bila melihat bayi-bayi itu dari tingkap kaca.

''That's right B.''

''Eii..geramnya bila tengok mereka ni. Rasa nak cubit-cubit pipi je pipi gebu dia tu.''Aku memandang Aryan dengan wajah tak percaya. 'Ehh. laki aku ni. Biar betul nak cubit pipi baby tu. Karang menangis pulak budak tu.'

''Nak cubit-cubit pipi baby tu? Are you sure? Ehh, Aryan Wong, awak sedar tak awak tu ketua kongsi gelap.Kalau awak cubit sikit pun dah sakit, ni nak cubit-cubit pipi baby tu. Cian dia tau. Dahlah tangan awak tu kasar. Kalau nak cubit-cubit baby ni kena tangan yang lembut macam saya ni.'' kutukku sambil masuk bakul angkat sendiri. Aryan hanya mencebik. Memang tak makan saman mamat cina ni!

''Amboii, suka-suki hati baby je nak kutuk B ye? Nasib baik kita ada kat hospital, kalau ada kat rumah tadi. Taulah nasib baby.''bisiknya di telingaku. Ayat menggoda macam ni yang selalu buat aku seram sejuk.

''Hishh.. are you forget what I say before this? ''

''What?'' 'Huk aloh..suka sangat nak buat kening Ziana Zain dia tu. Taulah aku ni tak reti.'

''Alert your mouth.''

''Oo..ok..hehe..''tersengih pulak dia. Aku tahu apa yang dia tengah fikirkan tapi aku buat derk je. Malas nak tau.

''Err..baby. Kalau kita ada anak mesti hidup kita lagi bahagiakan?''

Aku tersentak kata-kata Aryan. Aku tahu dia mengharapkan aku akan mengandungkan zuriatnya tapi sampai sekarang masih tidak berhasil. Aku rasa betul-betul malu!

Aryan yang perasan Airina membisu mula berasa bersalah.'Haii..Aryan, kenapa mulut kau di macam machine gun hah? Tengok sekarang ni, bini kau dah merajuk.'desis Aryan.

''Err..baby. I'm sorry. Sepatutnya B tak patut cakap macam tu. B minta maaf.''

''It's ok.'' mudah jawapan yang aku berikan. Aku tak mahu dia terus diburu rasa bersalah.

''Are you sure, baby?''

''Yes. I'm very sure. Dah-dah. Jangan nak buat muka macam tu. Tak suka baby tengok. Kita datang sini nak lawat orang. Don't forget about it.''

''Yes, I know.'' jawab Aryan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di Popular...

Sedang Fitri ralit memilih novel yang dibeli. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Novel yang dipegang Fitri jatuh. ''Ops, sorry.''

''It's ok.'' kata lelaki itu. Fitri masih tidak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu sedang membongkok untuk mengutip bukunya.

Ketika lelaki itu mengangkat wajahnya, Fitri terkejut. ''Awak!!''

Alex tersenyum. Dia bangun dan memandang wajah terkejut Fitri itu. ''Awak buat apa kat sini?''tanya Alex.

''Saya datang sini sebab nak cari novellah takkan nak makan kot.'' selamba Fitri menjawab. Alex hanya ketawa sahaja.'Macam-macamlah budak ni.' desisnya.

''Err..awak, boleh kita bercakap sekejap?''

''Ehh, sure. Jom kita pergi Secret Recipe.''

''Ok.''

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Ehh..awak ni bukan Alex yang jadi orang kanan kongsi gelap Gold  Dragon kan?''tanya Fitri.

''Itu nama sebelum Islam saya. Sekarang ni nama saya Muhammad Hakimi.'' tenang sahaja Hakimi menjawab.

''Hah?!! Jadi awak ni mualaflah.''

''Yes, that's right.''

''Err..jadinya awak dah tak terlibat dengan kongsi gelap ke?''

''Macam mana saya nak terlibat dengan kegiatan tu kalau Airina dah hentikan kongsi gelap tu. Lagipun ianya haramkan.''selamba Hakimi menjawab.

''Err..macam mana awak boleh masuk Islam ni?''

''Lepas saya kemalangan selepas balik dari tempat perjumpaan Gold Dragon, ada seorang pak cik selamatkan saya dari kemalangan tersebut. Dia tu imam masjid di kampungnya. Sewaktu saya dikampungnya. saya selalu nampak pak cik tu beribadat seperti solat dan puasa. Hati saya meronta-ronta untuk melakukan semua tu. Saya tanya dia macam mana nak buat. Dia kata saya harus menjadi orang Islam dan dia jugalah yang telah mengajar saya mengucap. Selepas saya mengucap, saya rasa hidup saya lagi aman  dari sebelum ni.'' serentak itu airmata membasahi pipi Hakimi. Dia berasa seram sejuk bila mengingati semula kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas. Dia takut akan seksaan Allah. Cukuplah selama ini dia melanggar hukum Allah. Pengalaman dia bersama pak cik itu telah menyedarkan dia tentang Islam.

Fitri yang mendengar turut mengalirkan airmata.'Masya-Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui atas segala kejadian yang terjadi. Terima kasih, Ya Alllah kerana Engkau telah menambahkan lagi bilangan umat-Mu. Harap Hakimi dapat menjadi seorang muslim yang sejati. Amin.' doa Fitri dalam hati.

Saat itu mata Hakimi dan Fitri bertaut. Terasa degupan jantung mereka berdegup kencang. Hakimi yang baru tersedar dari membuai perasaan. Dia segera beristighfar. Dia telah melakukan zina mata secara tidak sengaja. Fitri yang juga baru tersedar, mengalihkan pandangan. 'Ya Allah, apa dah jadi ni?' Dia terasa betul-betul gembira dengan keadaan itu. Apakah makna perasaan itu?





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Arghh..!!'' jeritku. Rasa nak pecah kepala bila sakit mendatang.

''Baby kenapa ni?'' tanya Aryan cemas. Aku tidak boleh menjawab kerana menanggung sakit ni.

''B, tolong ambil ubat kat atas meja tu.''

''Ok, B ambilkan ubat tu tapi lepas ni kita terus pergi hospital.''

''Aloo..'' 'Hai dalam masa sakit-sakit macam ni pun aku masih ada masa nak bermanja dengan laki aku.Hehehe..'

''Aloo tak aloo..Baby pergi siap. Nanti B datang bawa ubat. Kalau tak, baby kena kurung dalam bilik selama seminggu. Ada berani?''nakal Aryan bertanya.

Aku mencebik. Ni yang aku tak suka ni. Dia dah buat perangai miang daun keladi dia tu. Hah..sabo je lah kalau dapat laki macam ni. Tiba-tiba kepalaku rasa sakit sangat. Aku pengsan dan tidak dapat mengingati apa yang terjadi selepas itu

Aryan terkejut melihat Airina terbaring lemah di lantai. 'Ya Allah, bini aku!' Terus Aryan mengendong Airina ke kereta tanpa menutup pintu vila. Dia tidak hiraukan pintu vila yang terbuka luas itu, dia lebih pentingkan nyawa isterinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hakimi, Fitri dan Mummy Kirana turut hadir ke hospital untuk melawat keadaan Airina. Terkejut mereka apabila Aryan menceritakan keadaan sebenar. Tak sangka, selama ni mereka melihat Airina seorang yang tegas, tabah dan cerewet itu sedang menghadapi penyakit yang berbahaya.Penyakit yang boleh membawa maut kepada Airina.Sudah enam jam menunggu tapi masih tidak ada apa-apa berlaku. Hanya ada doktor keluar masuk wad sahaja.

''Err..Aryan. I want to tell you about something.'' teragak-agak Hakimi ingin berbual dengan Aryan. Yelah, diakan dulu pernah bergaduh dengan Aryan sampai Aryan masuk wad ICU.Rasa bersalah menyerang hati Hakimi bila teringatkan balik apa yang dia lakukan pada Aryan.

''About what, Alex?'' dingin suara Aryan. Dia masih teringat lagi betapa teruknya dia dibelasah dan ditembak oleh Alex.

''Err..sebelum aku cakap , aku nak kau jangan panggil aku Alex lagi. Sebab aku dah masuk Islam. Jadi lebih baik kau panggil aku Kimi je.''

Aryan terkejut mendengar kata-kata Kimi. ''Biar betul kau ni.''

''Betullah Aryan. Asal kau tak percaya ke?'' menyampuk Fitri yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

Belum sempat Aryan menjawab, tiba-tiba pintu wad kecemasan terbuka. Aryan terus meluru ke arah Doktor Aiman iaitu sahabat baiknya ketika mereka sama-sama belajar di universiti.

''Man, macam mana dengan keadaan isteri aku?'' cemas Aryan tanya.

''Aku harap kau dapat bersabar Aryan apa yang akan aku kata ni.''

''Apa maksud kau ni, Man? Aku tak fahamlah?'' Rasa sedap tidak hati makin merebak di lubuk hati. Ya Allah, aku harap apa yang aku rasa ni hanya main-main saja.

''Ai dalam keadaan kritikal. Aku tak berani nak jamin dia akan selamat, Aryan. 50-50 keadaannya sekarang ni.''

Bila mendengar kata-kata Aiman, Aryan hampir terjelepok ke lantai. Nasib baik ada Hakimi yang menahan Aryan dari jatuh ke lantai. Kalau tak, tak tahulah.

Aryan menggelengkan kepala.Dia tidak percaya apa yang dikata oleh Aiman itu. ''Tak mungkin. Aku tak percaya. Ai takkan tinggalkan aku. Ai seorang yang tabah hadapi dugaan. Aku tak percaya.''

''Aryan, please look at me.'' tegas suara Aiman. Dia tidak boleh melihat kawannya itu lemah semangat. Kalau Aryan lemah semangat, macam mana dengan Airina? Dia perlukan suaminya di sisinya saat genting sebegini.

''Aryan, memang dia seorang yang tabah hadapi dugaan tapi dia akan lemah sekiranya dia lihat orang yang dia sayang lemah macam ni. Dia perlukan sokongan kau dan keluarga. Kalau dia boleh terima apa yang dia hadapi sekarang ni masakan kita tak boleh terima.'' nasihat Aiman.

''Tapi macam mana nak buat, Man? Takkan kau tak ingat apa yang aku pernah cakap. Dia tu keras kepala. Tak nak buat pembedahan. Aku takut kalau aku terus memaksa, dia akan tertekan. Aku risau.''luah Aryan. Kalau dia cakap pembedahan itu, mesti Airina akan keluarkan revolver kesayangannya.Mana dia tak takut. Macam tu sekali Airina akan lakukan kalau bangkitkan soal pembedahan. Dia buntu dengan sikap Airina yang keras kepala tu.Stres tau tak!

'' Sebab tu kita kena kuat supaya kita dapat yakinkan dia yang dia boleh terus hidup kalau dia lakukan pembedahan tu. Kau ibarat nakhoda, Aryan. Takkan kau nak dengar orang bawahan kau pulak sedangkan kuasa tu ada di tangan kau. Suka atau tidak, dia kena patuh. Kau faham maksud aku kan? So, think about it.'' Aiman menepuk bahu Aryan dan berlalu pergi.Aryan hanya menunduk dan memandang lantai. Fikirannya begitu kosong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aryan melangkah masuk ke wad yang ditempatkan khas untuk isterinya. Hatinya meruntun pilu bila melihat  wayar yang berselirat di badannya. Polos, itulah perkataan yang sesuai digambarkan di wajah Airina.

Wajah Airina cukup tenang seolah-olah tiada masalah yang dihadapinya. Jika dilihat secara luaran, Airina bagaikan orang yang tidur dengan lenanya. Matanya tertutup rapat. Aryan menunduk dan mencium dahi isterinya.

Wajah Airina ditatap lama. Masih terbayang-bayang kejadian romantik pagi tadi sebelum Airina pengsan. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia bunuh diri bila melihat Airina begini. Namun, dia masih mempunyai iman supaya tidak melakukan perkara bodoh itu.

'Baby, jangan tinggalkan B. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Kalau baby tak ada nanti, sapa nak jaga B. Please baby, hentikan perjalanan itu. Lihatlah sayang ramai orang yang menyanyangimu menanti kehadiranmu. Hanya baby, ratu di hati ini. Jangan baby ingat, lepas baby pergi nanti akan ada penggantinya. Tidak sayang. B tak akan lakukan benda itu sama sekali. Dengarlah bisikan ini, Airina Julia, wo ai ni.'

Aryan terus menatap wajah isterinya. Dia teringatkan lagu kesukaan Airina. Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian Mojo. Lagu itu seolah-olah memberitahu dia tentang sesuatu perkara. Dia tak akan bercinta dengan mana-mana perempuan jika Airina tetap meninggalkan dirinya. Datanglah perempuan secantik bidadari pun, dia tidak akan layan kerana dia sudah ada bidadari. Bidadarinya adalah Airina Julia. Hanya dia sahaja yang layak jadi bidadari Aryan!


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda




#Part 4..Uni baru siapkan..hehe..sorry sbb siap lambat..Uni tak ada idea nak buat..ni bukan cerpen dah tau..Mungkin jadi mini novel..bye..Assalamualaikum =)

Tiada ulasan: