“ABANG, esok jangan lupa tau.” Kataku sambil membaca novel Playboy Itu
Suami Aku karya penulis terkenal Suri Ryana. Nasib baik laki aku tak playboy
macam Raja Adrian Benjamin. Kalau tak, dah lama aku reject waktu dia
lamar aku sampai aku pengsan!
“Lupa apa pulak, sayang?” Tanyanya
yang sudah duduk di sebelahku. Tanpa meminta izin dariku, dia terus baring di
atas ribaku. Ehh, mamat ni tak mintak izin dari aku dulu nak baring ke apa ke.
Ada jugaklah yang kena wachaa dengan aku karang!
“Hai..Takkan abang dah lupa kot esok
hari apa?” tanyaku sinis. Masakan dia dah lupa esok hari apa. Memang nak sekeh
betullah suami aku ni.
“Esok sebenarnya hari apa, sayang?
Nak kata esok hari anniversary tak, nak kata birthday sayang pun
tak jugak. Habis esok hari apa? Abang tak tahulah. Sayang cakap je lah..”
Aku mengetuk kepala dia dengan
novelku. Ketuk-ketuk manja je. Kalau ketuk kuat tadi, mahu mamat ni merajuk
sampai mogok tak mahu makan!
“ Esokkan result UPSR keluar.
Takkan abang dah lupa kot?”
“Jadi? Apa kaitannya?” Tanya Aryan
sambil buat muka blur.Aku hanya menahan sabar. Kalau tak fikir yang aku ni
tengah mengandung, mahu je aku tembak dia dengan revolver kesayangan aku tu.
Walaupun aku dah tak ada kongsi gelap tapi revolver kesayangan aku tu masih
milik aku. Kalau orang lain sentuh benda tu, siaplah. Ada habuannya.
“Cik abang intan payung. Awak dah
lupa ke tentang anak saudara kesayangan awak tu. Diakan ambil UPSR.” Terangku.
“Sapa anak saudara kesayangan saya
tu.?” Tanyanya yang sudah tersengih seperti kerang wangi separuh busuk.
Aku tahu makna yang Aryan maksudkan
tu. Dia nilah, kalau aku naik angin, dia cakap aku macam nenek tua kat sebelah
rumah mummy tu. Sesuka-suki hati dia je nak kutuk nenek tua tu. Kesian nenek
tu. Aryan ni memang tak makan saman langsung dengan semua nasihatku. Dia je
yang betul.
“Anak saudara kesayangan awak tu
namanya Balqis. Saya tak tahu pulak yang awak ni ada penyakit lupa. Kesian..”
perliku.
“Mana ada abang lupa sayang. Abang
saja je nak tengok sayang ni prihatin ke tak. Tu je..” selamba dia mencuit
hidungku. Aku memuncung. Merajuk!
Tiba-tiba
saja aku jadi terlebih emotional. Mungkin pembawakan budak kot!
Aryan tercengang-cengang melihatku.
Mungkin dia tidak menyangka yang gurauannya menyebabkan aku tersentap. Aku
bangun menuju ke katil. Aryan mengikut langkahku.
“Err..Sayang, abang minta maaf kalau
gurauan abang tadi tu buat sayang terasa.” Nak pujuk oranglah tu! Eleh, orang
tak heran pun.
Aku tidak melayan pujukkannya.
Sebaliknya, aku baring membelakanginya. Aku tahu ianya berdosa tapi kata-kata
Aryan tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Sakit betul hatiku bila
teringatkan balik. Tiba-tiba aku terpandangkan teddy bear kesayanganku. Lantas,
aku mengambilnya dan peluk. Hmm.. peluk ni lagi bagus dari layan mamat sorang
tu.
“Huk aloh. Sayang, daripada sayang
peluk teddy bear, baik sayang peluk abang. Dapat pahala jugakkan.” Aku
mencebik. Meluat mendengarnya. Otak tiga suku!
“Tak naklah, bang. Peluk Cik Bear ni
lagi bagus.”
“Apa yang bagusnya? Abang tak nampak
pun apa yang bagusnya.Dia bukannya hidup pun.”
“Itulah bagusnya. Dia tak boleh nak
sakitkan hati, Ai. Bukan macam orang tu. Suka sangat sakitkan hati orang.”
Selamba aku kutuknya.
Aryan tersenyum. Fahamlah dia kenapa
Airina layan dia macam nak tak nak je. Merajuk rupanya my sayang ni. Ok,
time untuk misi mengayat!
“Ehem-ehem.. Sayang…” Meleret saja
panggilan sayang itu. Memang boleh jadi playboy peringkat antarabangsalah.
“Apa?” tanyaku malas. Elok je aku
nak tidur, tiba-tiba pulak mamat sorang ni ganggu aku. Hishh..apa lagilah abang
kesayangan ni. Baru je aku nak tenangkan hati yang tengah sakit ni. Desisku.
“Sorrylah pasal tadi. Abang
saja je tadi. I’m very sorry.” Rayunya
“Hmm..”
“Hmm je? Sayang tak maafkan abang
lagi ke? Please sayang. I’m so sorry,dear.”
“Ye lah..” saja aku menjawab dengan
malas. Biar dia rasa sakit hati aku ni. Padan muka!
“Hishh..Dah ikhlaslah ni. Habis nak
minta maaf macam mana lagi?” Geram betul aku dengan Aryan ni. Aku dah mengantuk
pun ada hati nak ganggu lagi. Nak kena kung-fu agaknya.
“Betul dah maafkan abang ni?”
Tanyanya lagi. Tak habis-habis lagi dengan maaf dia tu. Naik bosan aku dengar!
“Tunggu dapat ilham dalam mimpi…”
“Nakal.” Hidungku ditarik hingga aku
menjerit kesakitan. Sakit woo…
__________________________________________________________________________
KEESOKANNYA, aku dan Aryan pergi ke Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Selangor.
Ramai ibubapa sedang menunggu anaknya untuk mengambil result UPSR. Aku tak sabar-sabar hendak melihat keputusan
anak saudara Aryan Balqis. Nak tahu mana datangnya Balqis dalam cerita ni.
Ehem-ehem, Balqis ni adalah anak kepada sepupu Aryan. Dia ni manja dengan
Aryan. Pernah satu hari tu, dia cakap kat aku yang dia nak suami macam Aryan.
Cehh, bukan main lagi Aryan kembang hidung. Yang aku pulak, meluat menengoknya.
Apapun, aku sayangkan Balqis macam aku sayangkan anak aku sendiri.
“Assalamualaikum. Mama, papa!!”
tegur seorang budak perempuan. Aku berpaling dan tersenyum. Balqis datang
menghampiri kami.
“Waalaikummussalam, sayang. Macam
mana result OK ke KO?” tanyaku.
Balqis menundukkan wajahnya.
Kesedihan jelas ada diwajahnya. Fahamlah aku melihat keadaan sedihnya tu.
“Balqis, redha je lah ya dengan
result yang Balqis dapat ni. Setakat mana usaha Balqis tu je lah hasilnya.
Jangan putus asa. Nanti boleh cuba lagi.” Kataku supaya dia lebih berusaha
untuk masa-masa yang akan datang.
Tiba-tiba aku melihat Aryan
tersengih-sengih. Pelik! Biul ke apa laki aku ni? Aku pandang Balqis pula. Dia pun sama.
Tersengih-sengih macam kerang separuh masak.Takkan dah boleh diterima syarat
untuk masuk dalam hospital bahagia kot!
____________________________________________________________________
“SAYANG, janganlah merajuk lagi. Abang dah tak larat nak pujuk dah. Semalam dah merajuk, takkan hari ni pun nak merajuk.I'm so sorry.” Rayu
Aryan.Dah tau tak larat nak pujuk kenapa bagi aku sakit hati. Kan dah dapat
padahnya.
“Ha’ah mama. Sorrylah. Tadi Qis
dengan papa nak main-main dengan mama je. I’m so sorry.” Rayu pula
Balqis.
Aku memandang tajam ke arah dua
orang manusia di depanku. Ye lah, takkan belakang aku kot! Tak logik langsung!
“Kenapa suka sangat mengusik mama?
Nasib baik mama tak sakit jantung. Kalau mama mati tadi, korang sukalah kan?”
berdas-das aku balas. Geram punya pasal!
“Hishh..Sayang tak baik cakap macam
tu. Hari ni sepatutnya kita berhappy sebab Qis dapat 5A, bukannya nak dengar
sayang marah-marah macam ni. Sayang period ke?” Tanya Aryan selamba.
Mulutku melopong mendengar kata-kata
Aryan. Ya Allah, kenapa dengan laki aku ni? Dah sememangnya biul ke? Takkan dia
dah lupa yang aku ni mengandung. Macam mana nak period. Hishh..Sabo je lah
dapat laki sengal macam dia ni.
“Abang!!” Suaraku naik satu oktaf.
Balqis ku lihat menyorok dibelakang Aryan. Ye lah, bila mak sedaranya ni jadi
mak tiri mestilah dia takut.
“Kenapa sayang terjerit ni? Sah,
sayang tengah periodkan.” Balqis yang mendengar tergelak.
“Qis, kenapa Qis gelak bila papa
cakap macam tu?” Tanya Aryan.
“Papa..Papa. Macam mana mama tak
marah kalau papa cakap macam tu kat mama.”
“Apa yang papa cakap sampai mama
marah macam king-kong ni. Cer citer sikit..” Aku membeliakkan mata. Ada ke dia
panggil aku king-kong. Aku jadi king-kong macam ni pun sebabkan dia tau!
“Ye lah, mama tu kan tengah pregnant.
Macam mana mama nak period? Pelik pulak Qis kalau ada orang yang pregnant
ni tiba-tiba period.Ish,ish,ish.” Jawab Balqis. Nasib baik Balqis ada boleh
jugaklah dia tolong bela aku. Nak harapkan Aryan? Agaknya sampai esok dia buat
perangai ‘bodoh’ ni kot!
Aryan yang bagaikan baru tersedar
dari mimpi memandangku. Aku? Hanya merenung tajam dan terus naik ke bilik
tidur. Tidur lagi bagus dari layan mamat sengal tu walaupun dah nak dekat
setahun kami kahwin, namun kesengallannya masih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan