SURIA pulang ke rumah sewa bersama
Aina. Tidak ada apa-apa yang berlaku
selepas peristiwa itu. Fiqi juga tidak muncul-muncul selepas Airul memberinya
hadiah dan surat itu tempoh hari. Ada juga Suria bertanyakan tentang Fiqi.
Airul hanya mengatakan Fiqi selamat dan sihat. Itu je! Macamlah dalam mulut dia
tu ada emas sangat. Nak bercakap dengan dia bapak payah!
Oh ya, ingat tak surat yang pernah
Airul bagi kat Suria tu? Kalau tak ingat, buat-buat ingat je lah ya. Macam ni
ceritanya. Dalam surat tu, Fiqi hanya
cakap minta maaf sebab menganggu dia selama ni. Kertas punyalah besar, tapi
Fiqi hanya cakap tu je. Ehh, silap. Bukan cakap tapi tulis. Memang tak patut!
Ketika membuka pintu rumah sewanya,
dia terpandangkan sekeping sampul surat putih di lantai. Haiyaa.. Zaman sudah
moden maa.. Tak mainlah nak bersurat-surat ni.
“Eh, ada suratlah” Suria hanya
memerhatikan Aina yang membongkok mengutip surat tersebut.
“Untuk kau, Su.”
Suria membaca nama yang tertera di
sampul surat itu. Berkerut dahinya. Jangan kerut-kerut dahi tu nanti nampak
tua.Hehehe.. Hanya namanya sahaja yang tertulis di situ. Dadanya berdebar-debar
tidak keruan. Pantas dia mengoyak sampul surat tersebut. Mengeluarkan sehelai
kertas yang bertulis tangan. Habis takkan guna computer kot! Suria memegang
surat itu dengan tangan mengenggeletar.
Kepada Suria
yang Fiqi cintai,
Terlalu berat
untuk Qi meluahkan segalanya. Dan mungkin Su akan ketawa apabila membaca surat
ini. Tapi Qi tak malu untuk mengaku betapa gelapnya dunia yang Qi rasakan
sekarang ini apabila mendengar yang Su akan kahwin dengan jejaka pilihan Su. Qi
rasa terlalu sedih dengan berita itu, Su. Qi tahu kali ini Qi tewas dengan
perasaan Qi sendiri, perasaan yang lahir atas kasih dan sayang pada diri Su.
Mungkin juga paling tepat, perasaan cinta playboy atau mamat crocodile buat
seorang gadis yang cute.
Suria..
Percayalah…sayang
dan kasih Qi terhadap Su tidak akan pudar buat selamanya. Namun Qi terpaksa
untuk menerima hakikat yang Su akan menjadi milik orang lain.Pedih,sakit dan
yang pasti, Qi benar-benar menderita sekarang ni.
Suria..
Apapun..cinta
seorang playboy atau mamat crocodile yang bernama Fiqi Raiqarl ini tidak akan
hilang untuk seorang gadis bernama Iman Suria. Qi ucapkan terima kasih kerana
banyak mengajar Qi. You are my truly love Suria and I really love you.. but I
have to go.
Ni ada sebuah
lagu untuk Su. Hope Suria suka lagu ni. Lagu ni seakan-akan tahu apa yang Qi
alami ketika ini. Izinkan Qi rindu Su dalam diam. Te Quiero Mucho, Sayang.
Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi
Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku
Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..
Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu
Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..
Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..
Fiqi Raiqarl.
Terkulat-kulat Suria membaca surat
tersebut. Berkali-kali dia mengulangi membaca isi kandungan surat tersebut
sehingga tidak dapat bernafas.
“Su..”
Aina memegang bahu kawannya. Lama
baru Suria mendongak merenung wajah Aina.
“Ah!” Pantas Suria menyambar beg
tangan di atas sofa. Tergopoh-gapah dia mencari I-Phone miliknya.
“Kau cari apa, Su?.” Tanya Aina
apabila melihat kawannya yang macam kucing hilang anak.Dia pantas menyambar
kertas yang masih dipegang Suria. Laju bebola matanya meneliti dari satu baris
ke satu baris.
“Aku cari telefon...” Terketar-ketar
suara Suria.
Aina mengeluarkan telefonnya dari
poket seluar. Diunjukkannya kepada Suria. Pantas Suria mendail nombor Fiqi tetapi ternyata nobor Fiqi berada di luar kawasan.
“Dia off handphone dia.”
Keluh Suria. Dia terduduk di sofa. Dia seolah-olah termenung jauh. Bergenang
air matanya.
“Mari kita cari dia.” Aina separuh
berbisik di telinga kawannya. Dia tahu kawannya itu sedang kebingungnan.
“Kat mana, Na?”
“Kita cuba telefon Airul. Maybe dia
tahu kat mana Qi berada sekarang ni.”
“Tak mungkin.”
Suria sudah menangis tersedu-sedan.
Dia tidak menyangka sampai begitu sekali Fiqi bertindak tanpa meminta
penjelasan yang sebenarnya.
“Atau..mungkin dia ada di Bandung...”
Tiba-tiba saja bandar itu terlintas
di fikirannya. Suria teringat waktu mereka ada lawatan ke Bandung, Aina pernah
kata yang Fiqi ni ada keluarga angkat di sana. Ahh, tak kisahlah angkat ke tak
angkat ke. Janji dia dapat jumpa Fiqi.
“Di Bandung?”
“Ya.. Di Bandung. Aku boleh rasa
gerak hati aku yang mengatakan Qi ada kat Bandung.
“Kalau itu yang kau rasa, pergilah.
Bersolat hajatlah dulu kak. Beristikharah, Insya-Allah.. Allah akan membantu.”
Suria
berasa sedikit tenang mendengar kata-kata Aina dan dia yakin dia akan bertemu
dengan Fiqi. Yakin sesangat!
(Orang ni tengah merajuk sampai ke Bandung tu..)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
SELEPAS bersolat hajat dan beristikharah sepanjang malam, dada Suria terasa lapang. Dia berasa yakin yang dia akan bertemu dengan Fiqi. Lelaki itu sedang membawa hati yang parah.
Sekeping tiket ke Jakarta digenggam
erat. Itu saja penerbangan yang ada pada hari itu. Dia sempat berpesan kepada
Aina sebelum bertolak ke Bandung.
“Tolong tengok-tengokkan kucing aku
tu tau. Jangan lupa, beri dia makan. Kalau aku tahu kau tak bagi dia makan, aku
akan makan kau. Aku akan telefon kau dari sana nanti. Aku akan balik secepat
Superman. Insya-Allah.” Usik Suria untuk menyembunyikan hatinya yang tengah lara.
“Ye lah, aku pun bukannya kejam
sampai tak nak bagi kucing kesayangan tu kebulur. Hati-hati tau. Aku bimbangkan
keselamatan kau.”
“Aku kena cari Fiqi, Na. Aku tahu
hati dia terluka disebabkan peristiwa dulu. Sepatutnya,benda ni jadi rahsia kau
dengan aku je. Tapi, nasi dah jadi bubur ayam. Apa boleh buatkan. Kalau aku tak
jumpa dia, selagi itu hati aku takkan tenang. Kau fahamkan Na?”
Aina tersenyum. Dia tahu yang kawan
baiknya ini sebenarnya cintakan Fiqi Raiqarl tu. Tapi disebabkan mamat
crocodile itu playboy dengan ego Suria yang tinggi ni, alamatnya merajuklah
teruna terhangat dipasaran tu sekarang ni.
“Hmm..Baguslah kalau macam tu. Kau
ni Su sebenarnya ego dengan si Fiqi tu. Aku tahu yang kau dah lama minat dia
tapi sebab mamat crocodile tu playboy dan ego kau yang setinggi Menara Effiel
Tower tu, kau diamkan je kan?” tembak Aina.
Suria yang mendengar kata-kata Aina
tersentak. Muka dia jangan cakaplah. Dah macam buah tomato pun ada. Malu betul
dia pada Aina! “Macam mana kau tahu , Na?” Pelik pula dia. Macam mana Aina boleh
tahu dia sukakan Fiqi!
“Dah-dahlah nak merahkan muka awak
tu Cik Iman Suria. Aku dah lama tahu sebab aku ter..baca diari kau.Hehehe..Jangan
maran nanti cepat tua.”
Suria terkejut. Kalau ikutkan hati
dia, nak je dia wachaa minah depan dia ni tapi masa yang suntuk menghalang dia
nak berwachaa.
“Sampai hati kau kan, Na? Dahlah,
aku malas nak makan hati ulam jantung ni. Dahlah si mamat crocodile tu pun
tengah makan hati ulam pisang. Sampai bawa diri tanpa khabar berita. Oh ya, one
more thing, jangan lupa bagitahu kat prof handsome tu ya.” Kata Suria
sambil mengenyit mata. Nakal sungguh! Sama macam mamat crocodile. Hai Su, kau
dah kena sampuk dengan mamat crocodile tu ke?
“Ye lah, nanti aku sampaikan salam
kau kat prof kau tu. Kau pergilah. Nanti aku bagitahu prof yang kau akan pulang
siap bawak suami lagi. Entah-entah dah ada isi terus kot. Hehehe..” Sempat lagi
Aina bergurau dengan kawannya itu semata-mata untuk ceriakan hati Suria
gundah-gulana.
Suria hanya tersenyum mendengar
gurauan itu. Namun, jauh di sudut hati dia berasa bimbang kalau-kalau Fiqi tak
mahu berjumpa dengannya selepas apa yang terjadi.
Aina yang melihat Suria termenung,
menegur. “Kau pergilah, Su. Jangan risau, ok? Aku tahu kau dah lama terluka
bila mak ayah bagitahu kau akan berkahwin dengan mamat admired kau tu kan? Aku
percaya suatu masa nanti kau akan menemui kebahagiaan kau. Bukan di sini. Tapi,
tu...di Bandung sana.”
“Thanks Na. Kaulah kawan baik aku
dunia akhirat.”
Suria sudah memeluk Aina. Aina
membalas pelukan Suria. Dalam hati dia berdoa agar kawannya pulang bawa
kebahagiaan dan meninggalkan derita. Suria melambai-lambai tangan sebagai ucapa
selamat tinggal. Aina turut melakukan sama seperti Suria. Lepas saja, teksi
yang membawa Suria ke KLIA. Aina segera menelefon ‘orang itu’.
“Hello, macam mana? Dia dah pergi
ke?” Tanya ‘orang itu.’
“Dah. Baru je. Aku harap kau
tunaikan janji kau. Kalau tak siap.” ugut Aina.
“Ye ler..Aku ingat.By the way,
thanks for everything.”
“Most welcome.” Terus saja Aina
menamatkan perbualan dengan ‘orang itu.’
(Orang ni lah yang pujuk orang kat atas tu =P )
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
SURIA tiba di Jakarta ketika malam sudah menjemput. Dia mahu terus ke stesen kereta api tetapi dia sedikit ragu jika tidak mendapat tiket nanti. Akhirnya, dia meminta dihantar ke hotel berdekatan di situ.Pemandu teksi Bluebird kota Jakarta itu terus menghantarnya ke Hotel Hyatt. Semasa mendaftar di kaunter, Suria meminta pihak hotel menguruskan tempahan tiket kereta api Agro Gade ke Bandung keesokan harinya.
Malam itu, pihak hotel memaklumkan pada Suria supaya bersiap sedia untuk betolak jam 9.00 pagi. Sebelum tidur, sekali lagi Suria cuba menghubungi Fiqi. Malangnya, masih gagal.
“Kalau aku tak jumpa dia macam mana?”
Tercetus kebimbangan tiba-tiba di benak Suria.
“Ahh..diakan ada keluarga angkat kat
sini. Aku akan cari pak cik yang rapat dengan Qi dulu tu. Tapi rumahnya sendiri
pun aku tak tahu di mana.” Fikiran Suria mula berteka-teki.
“Entah-entah dia ada kat Malaysia
tak?” Hati Suria mula berbolak-balik. Semalam dia amat yakin yang Fiqi berada
di sini tapi malam ini hatinya sudah was-was.
Malam
itu sekali lagi Suria bangun dan mengambil wuduk. Membuat solat istikharah dan
solat hajat. Dia berdoa agar Allah mempermudahkan urusannya untuk bertemu
dengan Fiqi. Dia berharap dapat merebut cinta lelaki itu dan moga cinta mereka
direstui oleh-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan