BAB 3
“FIT. Tak ada calon lain ke kau nak
tunjukkan kat aku? Semua yang kau pilih tak sesuai dengan aku tau.”
“Mana ada dah. Tu je calon yang aku rasa sesuai untuk kau.” Jawab
Fitri selamba. Aku mendengus kasar. Sesuai apanya. Calon-calon yang Fitri bawa
untuk aku semuannya tak boleh pakai. Hancuss… Sorang suka baca novel tak
hengat dunia, sorang suka main bola sepak sampai kepala aku pun kena bola yang
disepaknya. Benjol kepala aku ni!
“Habis, nak buat macam ni. tinggal dua hari je lagi. Mama dah
sedia nak calonkan aku dengan pilihan dia. Habislah aku. Aku tak nak kahwin
dengan pilihan mama tu.”
Fitri hanya menggelengkan kepala. Dia pelik kenapa Airina tak mahu
berkahwin. “ Redha jelah Ai. Kalau dah jodoh kau dengan dia, kau kena terima
jugak. Tak baik tolak takdir Allah tau.” Nasihatnya.
Airina mengeluh. Tak ada sapa-sapa pun yang boleh gantikan tempat Qarl.
Aku tak nak orang lain. Terpaksalah Airina redha dengan pilihan mamanya.
DUA HARI SELEPAS ITU….
“SO, macam mana Airina Julia? Mana
calon menantu mama?” tanya Puan Sri Kirana.
Airina hanya mendiamkan diri. Dia sudah agak soalan ini akan
muncul di bibir mamanya itu. Runsing betullah.
“Mama. Ai nak buat pengakuan. Se..sebenarnya.” tergagap-gagap
Airina berkata.
“Sebenarnya apa Ai?”
“Sebenarnya Ai tak ada calon suami yang sesuai.” Airina menunduk.
Puan Sri Kirana tersenyum. Dia sudah dapat agak apa yang ingin
disampaikan oleh anak kesayangannya itu.
“Mama dah agak dah. Mesti ayat ni yang kamu akan cakapkan.” Mama
hanya tersenyum. Aku rasa senyuman tu macam senyum mengejek je. Tak sukanya!
“ Hmm…macam mana? Dah sedia untuk ‘date’ yang pertama
bersama calon pilihan mama?” usik Puan Sri Kirana. Muka Airina mula cemberut. Mama
dah mulalah tu!
“Entah. Dah sedia kot. Lagipun Ai dah tak kisah mama nak buat apa
lepas ni. Kalau itu baik untuk, baik jugaklah untuk Ai.” Selamba Airina
menjawab.
“Ok, baik. Mama nak tengok lepas mama pilih calon suami ni, mama
nak tengok kamu kisah ke tak kisah. Tapi bagi mama, mama sangat puas hati dengan
calon yang mummy pilih.” kata mama dan berlalu pergi ke dapur. 'Apa-apa je la
mama. Yang penting mama happy sudah. Tapikan ada ke orang nak aku ni?
Cuba kalau dia dapat tahu aku ketua kongsi gelap Gold Dragon? Agaknya dia terima
tak? Kalau dia terima, tak apalah. Tapi pelik bin Ajaiblahh!' gumamku.
“AI hari ni mama nak kenalkan kamu
dengan seseorang.”kata mama ketika aku sedang menolongnya di dapur.
“Sapa.” Dengan malas aku bertanya.
“Calon suami untuk kamulah. Sapa lagi.” Dengan senang hati mama
menjawab. Tapi aku tak senang hati,limpa,jantung. Susah aku ni macam hempedu
rasanya.
“Hah!” 'biar betul mama ni? takkan dah cepat sangat ‘date’ dengan
calon mama tu?' getusku.
''Tapikan mama, Ai tak ready lagi nak jumpa lagi dengan future husband tu.” Ayat future husband aku
tekankan supaya mama sedar dengan yang dikata olehnya.
''No, no,no. Ready tak ready.
Hari ni mama dah jemput dia datang rumah. So, pandai-pandaikanlah
siapkan diri kamu tu ya sayang.''sambil mengusap kepalaku bagaikan memujuk anak
kecil. Tapi aku ni bukan anak kecil dah tua bangka tau tak!
'Ah..mama ni dah mula dah dengan perangai dia' keluhku. Kalau mama
dah cakap macam tu, alamatnya kena ikut jugalah.
ARYAN baring dan memandang siling di
atas. Kata-kata Puan Sri Kirana masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Auntie nak lamar Aryan jadi menantu auntie boleh tak?”
“Hah! Kenapa saya pulak kena jadi menantu auntie? Saya baru
kenal auntie beberapa bulan. And
one more thing, saya mana
pernah jumpa anak auntie.” bantah Aryan.
“Alaa..kalau nak jumpa anak auntie boleh auntie tunjukkan.
Datanglah hujung minggu ni. Lagipun hujung minggu je Aryan boleh jumpa anak auntie.Kalau
hari lain Aryan tak boleh jumpa dia sebab dia tu terlalu sibuk dengan kerja di office. Auntie risau tengok
dia. Hardworking sangat sampai tak fikir tentang masa
depan dia.” keluh Auntie Kirana.
“Dia memang macam tu ke auntie? Tak pernah saya dengar perempuan hardworking di office sebab kalau nak hardworking pun buat kerja di dapur je.”
Auntie Kirana hanya tersengih mendengar kata-kata bakal menantunya.
Agaknyalah, kalau menjadi. “Kamu ingat perempuan ni hanya hardworking di dapur je ke? Tu hah. Dah ada bukti
yang perempuan ni bukan sahaja hardworking di dapur tapi di office juga. Dia jadi macam tu selepas grandpa dia wasiatkan supaya jadi CEO di
syarikat grandpa dia.”
“Grandpa dia
ada di mana sekarang ni?” tanya Aryan.
“Hah..Grandpa Ai
tu baru je setahun lepas meninggal. Selepas grandpa Ai meninggal, Ai jadi berubah. Dari
seorang ceria terus jadi seorang yang suka menangis dan pendiam. Ada satu hari
tu, dia hampir bunuh diri sebab terlalu kecewa dengan kematian grandpanya. Dia sanggup makan
banyak ubat penenang. Sekarang ni, dia dah ok.” keluh Auntie Kirana.
Aryan memandang Auntie Kirana dengan wajah yang tidak percaya.'Biar
betul, otak dia ni biul ke apa? sampai nak makan banyak ubat penenang. Macam
drama dalam tv lah pulak.' Desis Aryan.
“Kesian. Dah tu kenapa auntie
nak saya kahwin dengan dia?”
“Auntie nak kamu kahwin dengan dia
sebab auntie nak kamu bahagiakan dia. Auntie tahu kamu seorang
yang baik dan bertanggungjawab. Jadi, auntie ingat sudah sampai masanya
untuk auntie lepaskan tanggungjawab auntie ni pada kamu pula.
Hanya kamu je yang boleh bantu dia lupakan kenangan silam. Please, auntie rayu
sangat yang Aryan boleh terima dia.” Dia tidak malu sekiranya Aryan menyuruhnya
melutut, asalkan Aryan terima pinangannya itu. Dia sanggup buat saja asalkan
anak kesayangan itu bahagia. Pengorbanan seorang ibu memang tiada nilainya.
Aryan terdiam mendengar rayuan Auntie
Kirana. Bolehkah dia berkahwin dengan musuhnya sendiri? Teapi rayuan Auntie
Kirana ini membuatkan dia berbelah bahagi. Antara dendam kematian
abangnya dan rayuan Auntie Kirana, mana yang harus dia dahulukan? Dia
buntu! Dia tahu yang musuhnya itu anak Auntie Kirana pun apabila Auntie Kirana
tunjuk gambar Airina.
Aryan mengeluh. “Auntie boleh bagi
Aryan masa tak untuk fikir semua ni? I
can't give the answer now”
“Tak apa..Ambillah berapa banyak
masa yang Aryan perlukan. Auntie harap Aryan buat keputusan yang terbaik.
Kalau Aryan tak nak terima pun auntie redha. Lagipun auntie dah
anggap Aryan macam anak auntie sendiri.”
Aryan hanya tersenyum hambar.
'Kalau auntie tahu siapa Aryan yang sebenarnya, adakah auntie akan
menganggap Aryan sebagai anak auntie sendiri. Sorry auntie. Aryan akan terima lamaran auntie
tapi bukan nak bahagiakan dia tapi nak buat dia derita. I'm sorry.' Aryan
bermonolog.
Kringg..
Aryan tersentak apabila mendengar
mesej masuk. Dia mengambil I-phonenya
di atas meja. Mesej itu dari Auntie Kirana.
+ Assalamualaikum..Aryan dah sampai
mana?
+Wassalam auntie. Aryan ada kat
rumah lagi ni.
+Oo.. Bila Aryan nak datang rumah
auntie.
+Jap lagi kot auntie.
+Ok..auntie tunggu tau. Bye.
Assalamualaikum.
+Waalaikummussalam
Aryan menarik nafas.Lebih baik dia
bersiap cepat untuk ke rumah 'bakal isterinya.' Dia tak nak
hampakan harapan Auntie Kirana yang
banyak membantunya selama ini.Payahnya hidup ni!
*Siap jgk BCT BAB 3 ..SORRY LER KLU TAK BEST =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan