Rabu, 14 Ogos 2013

CERPEN : BUKAN CINTA TERLARANG (1)




Aku Airina Julia. Umur aku baru 28 tahun. Sekarang ni aku tengah cari calon suami untuk siapa lagi kalau bukan untuk aku. Kalau aku tak cari calon suami alamatnya mama pula yang akan gantikan cari calon suami. Aku sebenarnya tak nak kahwin lagi sebab umur aku baru dua puluh lebih. Belum boleh digelar andartu tau! Sekarang ni aku tengah cari orang yang sesuai dijadikan sebagai 'suami' aku. Dulu, mummy ada juga pilih calon suami untuk aku tapi aku tolak sebab aku busy dengan kerja. Dalam kerja, aku tak fikir pun pasal kahwin ni. Untuk pengetahuan korang, aku ni seorang workaholic. So, sesiapa yang dapat bini macam aku ni memang kasihan sangat.

''Ai.. can you help mummy in the kitchen. Jangan nak menghadap lappy je tau. Apa malanglah kalau suami kamu dapat bini macam kamu ni. Kerja rumah langsung tidak disentuh, hanya tahu kerja kat office je. Janganlah kamu ikut sangat perangai papa kamu tu. Mummy dah pening tengok kamu. Mummy.....'' belum sempat mummy habiskan ayatnya, aku yang sedang menulis diari di lappy mula menyampuk.

''Mummy , can you stop it about this. Ai dah letih nak dengar bebelan mummy tu. Kalau sekali-sekala mummy membebel, tak pe lagi. Ai boleh tahan. Ni, bila Ai balik saja dari office mesti mummy tanya 'Ai, kamu dah jumpa ke calon suami untuk kamu tu?'. Mummy boleh tak beri Ai masa dan ruang untuk fikir semua ni? Ini melibatkan kerjaya Ai, masa depan Ai mummy.'' luah aku.

''No, mummy takkan berhenti membebel selagi kamu tak jumpa calon suami untuk kamu. Kalau kamu rasa kamu tak boleh cari calon suami, bagitahu mummy. Biar mummy yang carikan.'' mendengar kata-kata tegas mummy itu, aku hanya mengeluh. Kenapa nasib aku tidak seperti orang lain. Aku tidak mahu dikonkong!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

''Woii, kenapa dengan kau ni hah? Murung je dari tadi? Cerciter ngan aku.'' tegur Fitri, kawan aku yang paling ceria. Seolah-olah hidup dia ni tiada masalah. Bukan macam aku. Masalah di officelah dan yang paling teruk sekarang ni ialah masalah dengan mummy aku ni.

Aku yang hanya merenung luar tingkap berkata. ''Aku tengah peninglah Fit. Mummy suruh aku cari calon suami....'' belum sempat aku habiskan kata-kata aku, Fitri sudah menyampuk.

''What?!! Calon suami untuk siapa? Untuk kau ke Ai?'' nak ketawa aku bila Fitri bercakap sambil tu jugalah mata dia terbeliak bagaikan nampak hantu.

''Hmm..lebih kuranglah.''

''Why you mean 'lebih kurang' hah?'' tanya Fitri sambil terjongket kening.

''Ye la, kau tahu tak. Aku dah tak tahan dengan mummy aku tu. Asal aku baru saja masuk rumah. Mummy terus tanya aku. ' Dah jumpa ke calon untuk mummy.' Ya Allah, waktu tu aku rasa nak jerit je kat mummy yang aku tak ready nak kahwin.'' luah aku. Sebenarnya Fitri ni seorang kawan yang memahami perasaan sebab tu aku tak malu nak luahkan segala yang terpendam dalam hati aku ni.

''Apa kata kau upah seorang lelaki supaya jadi calon suami kau tu? amacam bernas tak idea aku tu?''

''Woii, cik adik sayang. Ni bukannya cerita macam dalam novel. Ni realiti bukannya fantasi ok.'' tergeleng-geleng aku melihat Fitri ni. Kalau korang nak tahu, Fitri hantu novel. Dalam sebulan, mesti dia beli lima atau enam buah novel. Kadang-kadang aku rasa rumah dia pun boleh jadi sarang novel.

''Habis nak buat macam mana lagi? Tu je idea yang aku boleh fikirkan.'' jawab Fitri sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Pengaruh novel lah tu!

''Tu bukannya kau fikir tapi kau ambil idea tu dari novel. Tak gitu cik Fitri Maisarah.''

''Hehe..Pandainya kau. Untunglah siapa dapat bini macam kau ni.'' puji Fitri sambil tersengih.

''Huh..Pandailah kau.'' dalam hati rasa berbunga-bunga. Hehehe..,.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''WHAT!!! Kenapa boleh jadi macam ni. It's very stupid?!!'' jeritku. Marahku sudah tidak tertahan lagi.Badanku sudah turun naik bagaikan naga yang ingin muntahkan apinya. Bengang!

''Macam mana, Black Scorpions tahu yang aku ni ketua kumpulan Gold Dragon hah?!!'' habislah rahsia aku sudah pecah. Macam mana mau handle ni?

''Dear, aku tak tahu macam mana mereka boleh dapat tahu tentang hal ni. Setahu aku, geng Gold Dragon kita ni setia dengan kau je.'' jawab Alex selamba.

Aku hanya memandang tajam ke arah Alex. Opps, lupa aku nak bagitahu yang aku ni sebenarnya ketua kumpulan Gold Dragon yang telah diwariskan oleh arwah atuk aku lagi. Tiada siapa pun yang tahu walaupun keluarga aku sendiri sebab aku dah janji dengan arwah atuk yang aku tidak akan bagitahu sesiapa. Aku mengeluh kasar. Stress tau tak.

''Ai, aku rasa ada dalang dalam semua ni.'' Lim Xei Woo yang tadi hanya diam mendengar perbualan aku dengan Alex menyampuk.

''What do you mean, Lim ?'' Aku memandang Lim.

''Ye la,   Kalau tak macam mana mereka boleh tahu yang kau ni ketua kumpulan Gold Dragon.'' jawab Lim.

''Hishh..siapa pulak dalam geng kita ni nak jadi dalang tu. Aku tak percaya.'' Alex membantah kata-kata Lim itu. Aku lihat Alex macam gelabah je. Haii, Alex takkan takut kot?

Aku mula berfikir. Ada betul juga kata-kata Lim. Tapi macam mana nak cari dalang dalam hal ni. Tak apalah, nanti aku fikir macam mana nak cari dalang semua ni. Sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak pujuk mummy kesayangan aku ni. Hadoii..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'' Fit, kau kat mana ni? Aku dah sampai kat Pavilion ni.'' aku telefon Fitri selepas aku memakirkan kereta Lamborghiniku.

''Aku dekat Popular ni. Tengah cari novel terbaru. Kau datanglah sini. Ok?''

''Kau ni memang. Gila novel. Oklah, aku pergi sana. Bye. '' aku tamatkan perbualan aku dengan Fitri. Takut kredit habis sebenarnya. Dahlah dia guna Maxis, aku pula guna Celcom. Perghh..kalau lima saat je dah tolak berapa sen. Aku ni jenis malas nak tambah kredit orangnya. Hidup single memang macam ni kan hehehe..

Sedang aku berjalan sambil mengelamun,tiba-tiba aku rasa terlanggar dan terpeluk seseorang. Aku memandang orang itu. Alamak..!! Aku terpeluk budak lelakilah pula. Malunya!

''Opps..sorry saya tak sengaja.'' Aku meminta maaf.

''Hmm...'' uiks..Sombongnya. Itulah lelaki. Sombong sangat dengan perempuan. Tak pe kalau lelaki ada ego, perempuan pun ada ego juga tau. Jangan ingat semua perempuan ni lemah.

'' Hmm..ok'' balasku yang ingin berlalu pergi.

''Err..wait a minutes miss. What's your name?'' tanya lelaki itu.

Aku terkejut. Tak pernah lagi aku tengok sikap lelaki seperti ini. Tetapi aku tetap memjawab soalannya. ''My name is Airina Julia. Err..sir. What's wrong with you?'' tanyaku.

Lelaki itu hanya menggeleng dan berlalu pergi. Aku pelik dengan sikapnya. 'Nanti, aku belum tanya namanya. Aduh, melepas nak tanya dia' desisku.

Bip, bip, bip...

''Err..Hah, hello Fit. Kenapa?''

''Kau ni boleh pulak tanya aku kenapa? Eh, kau kat mana sekarang ni? Dah lama aku tunggu kau sampai naik lenguh kaki aku ni.'' 'Fitri kalau dapat membebel mengalahkan mak nenek.' rungutku.

''Give me five minutes. Nanti aku sampai. Ok , dear'' janjiku.

''Ok, five minutes je tau. Kalau lebih aku blah dulu ok. Bye.''

''Bye.'' ' Hahh..letihnya aku layan Fit macam ni. Tapi, siapa lelaki tu?'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Woii, kau ni apahal? Nak cari pasal dengan ketua Gold Dragon pulak? Takkan kau tak kenal dia? Dia tu kalau belasah orang. memang mati dia kerjakan. Kau jangan main-main bro.'' nasihat Emir pada Aryan yang sudah mabuk kerana terlebih minum wain .

''Aku peduli apa Emir. Aku akan balas balik apa yang dia dah buat pada abang aku. Dia mesti dibunuh. Aku bersumpah yang ketua Gold Dragon tu mesti dibunuh.!!'' jerit Aryan yang bagaikan tiada akal. Apabila syaitan sudah menguasai diri, maka tiada siapapun yang boleh menghalang.

''Cuba kau cerita kat aku, kenapa kau benci sangat dengan kumpulan Gold Dragon tu? Mungkin aku boleh tolong kau ke?'' tanya Emir.

''Kau tak boleh tolong Emir. Kau takkan boleh tolong aku. Kau ingat kenapa abang aku tak balik rumah malam tu?''

Emir mula mengingati semula kejadian yang terjadi 3 tahun yang lepas. Raiqarl iaitu abang Aryan tidak balik ke rumah ketika malam mereka mengadakan party sempena birthday Aryan yang ke-25. Lebih mengejutkan, sedang mereka berpenat-lelah berparty, tiba-tiba Aryan dihubungi oleh pihak polis yang mengatakan abangnya dibunuh. Aryan seolah-olah tidak dapat menerima kematian abangnya itu.

''Hmm..aku ingat. Kenapa?''

''Kau nak tahu siapa yang bunuh abang aku tu?''

Emir mengelengkan kepala '' Tak. Aku tak tahu.'' Dan beberapa saat kemudian, Emir membeliakkan mata. '' Mean, yang bunuh abang kau tu.....'' kata-kata Emir terputus di situ sahaja. Air liurnya bagaikan tersekat di kerongkong.

Aryan tersenyum sinis. ''Yes, that's right bro. Yang bunuh abang aku tu ketua kumpulan Gold Dragon.''

''Tapi, aku ada upah salah seorang anggota dalam kumpulan Gold Dragon tu. Aku mintak dia intipkan ketua dia tu. Dia cakap ketua kumpulan dia tu seorang perempuan.'' Emir mula memberitahu Aryan apa yang selama ini dia rancangkan.

Aryan memandang Emir dengan seribu satu persoalan di benaknya. ''Apa nama ketua dia tu?''

''Tak silap aku nama ketua dia tu Airina Julia, kenapa nak berkenalan dengan dia ke?'' Emir mengusik.

Blurpp..

Aryan tersedar dari lamunan apabila terdengar batu dicampak ke dalam air. Huh..Airina Julia, kali ni kau takkan terlepas dari aku. Aku akan buat hidup kau terseksa sebab kau bunuh abang aku.' Aku sumpah yang aku akan bagi derita dalam hidup kau. Kau tunggu sajalah.' desis Aryan. 

Awan mula mendung. Nampaknya hujan akan turun.  Aryan mula masuk ke dalam kereta Ferrarinya. Dia perlu pulang kerana malam ni dia perlu menghadiri upacara yang akan mengubahkan  status dia sebagai ketua kumpulan Black Scorpions!




 Musuh ketat Aryan...
Ketua Gold Dragon..
Airina Julia..yang hardworking.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Ai, mummy dah beri kamu peluang untuk cari calon suami. Dan peluang yang mummy berikan tu dah tamat. So, macam mana hasilnya?'' tanya mummy.

''Ok, Baik Ai terus terang dengan mummy. Hasilnya kosong. So, lepas ni mummy nak carikan calon suami untuk Ai, carilah mummy. Ai dah tak kesah dan tak nak ambil tahu. Janji mummy puas hati dengan pilihan mummy tu sudah.'' Aku dah fed-up dengan perangai mummy yang tak henti-henti memaksa aku cari calon suami.

''Ok, baik. Mummy nak tengok lepas mummy pilih calon suami ni, mummy nak tengok kamu kesah ke tak kesah. Tapi bagi mummy, mummy sangat puas hati dengan calon yang mummy pilih.'' kata mummy dan berlalu pergi ke dapur. 'Apa-apa je la mummy. Yang penting mummy happy sudah. Tapikan ada ke orang nak aku ni? Cuba kalau dia dapat tahu aku ketua kongsi gelap Gold Dragon? Agaknya dia terima tak? Kalau dia terima, tak pelah. Tapi pelik bin Ajaiblahh!' gumamku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Ai hari ni mummy nak kenalkan kamu dengan seseorang.'' kata mummy ketika aku sedang menolongnya di dapur.

''Hah!!'' 'biar betul mummy ni? takkan dah jumpa calon suami untuk aku?'  getusku.

''Tapikan mummy, Ai tak ready lagi nak jumpa lagi dengan my future husband tu.''

''Nope. Ready tak ready. Hari ni mummy dah jemput dia datang rumah. So, pandai-pandaikanlah siapkan diri kamu tu ya sayang.''sambil mengusap kepalaku bagaikan memujuk anak kecil. Tapi aku ni bukan anak kecil dah tua bangka tau tak!

'Ah..mummy ni dah mula dah dengan perangai dia' keluhku. Kalau mummy dah cakap macam tu, alamatnya kena ikut jugalah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aryan memandang siling atas. Dia teringatkan kata-kata Auntie Kirana.

''Auntie nak lamar Aryan jadi menantu auntie boleh tak?''

''Hah! Kenapa saya pulak kena jadi menantu auntie? Saya baru kenal auntie beberapa bulan. And one more thing, saya mana pernah jumpa anak auntie.'' bantah Aryan.

''Alaa..kalau nak jumpa anak auntie boleh auntie tunjukkan. Datanglah hujung minggu ni. Lagipun hujung minggu je Aryan boleh jumpa anak auntie.Kalau hari lain Aryan tak boleh jumpa dia sebab dia tu terlalu sibuk dengan kerja di office. Auntie risau tengok dia. Hardworking sangat sampai tak fikir tentang masa depan dia.'' keluh Auntie Kirana.

''Dia memang macam tu ke auntie? Tak pernah saya dengar perempuan hardworking di office sebab kalau nak hardworking pun buat kerja di dapur je.''

Auntie Kirana hanya tersengih mendengar kata-kata bakal menantunya. Agaknyalah, kalau menjadi. '' Kamu ingat perempuan ni hanya hardworking di dapur je ke? Tu hah. Dah ada bukti yang perempuan ni bukan sahaja hardworking di dapur tapi di office juga. Dia jadi macam tu selepas grandpa dia wasiatkan supaya jadi CEO di syarikat grandpa dia.''

''Grandpa dia ada di mana?'' tanya Aryan.

''Hah..Grandpa Ai tu baru je setahun lepas meninggal. Selepas grandpa Ai meninggal, Ai jadi berubah. Dari seorang ceria terus jadi seorang yang suka menangis dan pendiam. Ada satu hari tu, dia hampir bunuh diri sebab terlalu kecewa dengan kematian grandpanya. Dia sanggup makan banyak ubat penenang. Sekarang ni, dia dah ok.'' keluh Auntie Kirana.

Aryan memandang Auntie Kirana dengan wajah yang tidak percaya.' Biar betul, otak dia ni biul ke apa? sampai nak makan banyak ubat penenang. Macam dalam tv lah pulak.' Desis Aryan.

''Kesian. Dah tu kenapa auntie nak saya kahwin dengan dia?''

''Auntie nak kamu kahwin dengan dia sebab auntie nak kamu bahagiakan dia. Auntie tahu kamu seorang yang baik dan bertanggungjawab. Jadi, auntie ingat sudah sampai masanya untuk auntie lepaskan tanggungjawab auntie ni pada kamu pula. Hanya kamu je yang boleh bantu dia lupakan kenangan silam. Please, auntie rayu sangat yang Aryan boleh terima dia.''

Aryan terdiam mendengar rayuan Auntie Kirana. Bolehkah dia berkahwin dengan musuhnya sendiri? Teapi rayuan Auntie Kirana ini membuatkan dia berbelah bahagi.  Antara dendam kematian abangnya dan rayuan Auntie Kirana, mana yang harus dia dahulukan? Dia buntu!

Aryan mengeluh. ''Auntie boleh bagi Aryan masa tak untuk fikir semua ni? I can't give the answer now.''

''Tak pe..Ambillah berapa banyak masa yang Aryan perlukan. Auntie harap Aryan buat keputusan yang terbaik. Kalau Aryan tak nak terima pun auntie redha. Lagipun auntie dah anggap Aryan macam anak auntie sendiri.''

Aryan hanya tersenyum hambar. 'Kalau auntie tahu siapa Aryan yang sebenarnya, adakah auntie akan menganggap Aryan sebagai anak auntie sendiri. Sorry auntie. Aryan akan terima lamaran auntie tapi bukan nak bahagiakan dia tapi nak buat dia derita. I'm sorry.' Aryan bermonolog. 

Kringg..

Aryan tersentak apabila mendengar mesej masuk. Dia mengambil I-phonenya di atas meja. Mesej itu dari Auntie Kirana.

+ Assalamualaikum..Aryan dah sampai mana?

+Wassalam auntie. Aryan ada kat rumah lagi ni.

+Oo.. Bila Aryan nak datang rumah auntie.

+Jap lagi kot auntie.

+Ok..auntie tunggu tau. Bye. Assalamualaikum.

+Waalaikummussalam

Aryan menarik nafas.Lebih baik dia bersiap cepat untuk ke rumah 'bakal isterinya.' Dia tak nak
hampakan harapan Auntie Kirana yang banyak membantunya selama ini.Payahnya hidup ni!



 
 Aryan Wong..
*psst..dia tgh fikir lamaran Auntie Kirana tu..
Please leave him alone..hehe..

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ting tong, ting tong....

''Hah. Dah sampai pun bakal menantu mummy. Masuklah.'' aku hanya mencebik mendengar perkataan 'bakal menantu mummy'. Nak muntah hijau rasanya.

''Hah Aryan ni lah anak auntie yang auntie katakan tu. Airina Julia.'' mummy memperkenalkan aku dengan 'bakal suamiku'.

Aku yang berada dari belakang mereka menoleh. 'Masya-Allah.. Dia ni ke yang akan jadi laki aku ke?' desis hatiku. Waktu tu pelbagai perasaan menjalar dalam hati. Terkezut ada, tergamam ada dan segala ada beradik TER lah yang ada.

''Ai sayang.. Ni Aryan Wong. Your future husband.Kenal-kenallah dulu ye. Mummy nak ke dapur jap. Aryan dengan Ai duduk sini dulu tau.'' kata mummy sambil meninggalkan aku dengan lelaki yang aku pernah TER..peluk dulu. Bukan saja-saja nak peluk ok!

Aryan hanya senyum kepadaku. Aku? senyum tapi macam tak nak senyum je. Berat betul bibir aku nak senyum dengan mamat depan aku ni.

''Hai. My name is Aryan Wong. You, Airina Julia, right.?'' tanyanya sambil menghulurkan tangan untuk salam perkenalan.

''Yes I am. Sebelum mummy saya kenalkan saya dengan awak, awak dah tahu siapa nama sayakan?'' tanyaku dengan perli sambil memeluk tubuh.

''Haha..yes I am know your name before your mother recognize to me.'' dengan selamba dia membalas sambil memeluk tubuh sepertiku. 'Huk aloh mamat ni. Ada harapan nak kena tembak dengan revolver kesayangan aku nampaknya.'

''Hmm..Kalau dah kenal, buat apa nak kenal lagikan?'' dengusku.

''Saja. Nak tengok your remembrance kuat ke tak. Kot-kotlah dah nyayok. Mana kita tahukan.'' 'Amboihh..mamat ni. Laser betul mulut dia. Aku dah hilang sabar ni.' dengusku.

Belum sempat aku membalas kata-kata laser Aryan, mummy dah panggil kami.

''Aryan, Ai. Marilah kita makan. Mummy dah hidangkan makanan.'' jemput mummy.

''Ingat, saya akan balas balik apa yang awak cakap tadi.'' bisikku sambil berlalu ke meja makan.

''Balaslah.. Kalau awak berani. Ingat saya takut.'' balasnya dengan penuh selamba. 'Huh..ada hati nak lawan aku. Kau tengok Gold Dragon. Aku akan buat kau sengsara selama-lamanya. Just wait and see. Gold Dragon kau akan hancur tak lama lagi.' monolog Aryan tersenyum sinis.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''So. Aryan macam mana? You think about my application? Are you deal or not?'' tanya mummy selepas selesai lunch. Aku hanya mendengar sambil bermain candy crush saga dalam I-phone. Main benda ni lagi best dari dengar pasal lamaran mummy tu. Dalam hati harap Aryan menolak lamaran mummy tu. I'm not ready ok.

''Aryan dah habis fikir dan Aryan setuju nak kahwin dengan Ai.'' katanya sambil memandang aku.

Aku yang mendengar terus mencampakkan I-phone ke atas sofa buatan Perancis. Terkejut! Nasib baik tak jatuh I-phone aku tu. Kalau tak naya je. ''What?!!'' aku terjerit. Ye lah. Lain diharap dalam hati, lain pulak yang jadinya.

''Ai ni tak elok menjerit macam tu tau.'' tegur mummy sambil mengurut dada. Mungkin terkejut mendengar jeritan batinku.

''Hah..emm. I'm sorry. But are you sure to married me?'' tanyaku dengan sekali nafas.

''Yes, I'm very sure to married you. Airina Julia, are you want to be my wife forever and ever. Untill to Jannah.'' ucap Aryan dengan lembut.

Aku yang mendengar lamaran Aryan, membuntangkan mata. 'Mak aihh..biaq betul dia ni? betul ke apa yang aku dengar? Fitri..please help me.'jeritku dalam hati memanggil Fitri.

''Aku ni tengah mimpi ke?'' Aku menampar pipi aku. Perghh..sakit giler. Betullah kot aku tengah dilamar. Macam poyo je kan ayat ni.

''Awak tak mimpi sayang.'' kata Aryan dengan suara yang mendayu. 

'Sayang?!!' aku yang mendengar perkataan sayang terus pengsan sebab tak tahan dengan keromantikan Aryan.

''Ai!!'' jerit mummy bila melihat aku pengsan. Waktu tu aku rasa berada diawang-awangan. Hehehe..






Auntie Kirana..
Mummy Ai.. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Aku terima nikahnya Airina Julia binti Daniel Mikael dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.''

Masih terngiang-ngiang lafaz akad nikah yang baru berlalu sebentar tadi. Betul ke aku ni dah kahwin? Betul ke?' desisku. Aku memandang Fitri yang menjadi pengapitku.

''Weii..Fit. Aku nak tanya kau sesuatulah.''

''Nak tanya apa Ai?'' tanya Fitri sambil menjongkatkan kening.

''Betul ke keputusan aku berkahwin ni tepat? Aku rasa macam ada yang tak kenalah.''

''Apa yang tak kenanya Ai? Kau ni..Elok-elok Aryan tu dah lafaz akad nikah, kau pulak macam nak buat hal.''

''Bukan aku nak buat hal. Tapi ada something wrong with him. Kenapa dia macam kahwin paksa dengan aku je?'' berkerut muka Fitri mendengar kata-kataku.

''Kahwin paksa? Kau ni sihat tak Ai? Bukan ke kau kata dulu yang dia ada lamar kau sampai kau pengsan bila dia panggil kau sayang..'' Perkataan sayang sengaja ditekankan. Nak perli aku lah tu. Bila teringatkan kejadian tu, aku rasa nak menyorok bawah katil seratus tahun pun ada. Malu yang amat!

''Dah-dah..sekarang bukan masanya kau nak fikir benda remeh-temeh macam tu. Sekrang ni kau kena tumpukan perkahwinan kau ni. Mesti sweetkan. Ahh..tak dapat bayangkan betapa romantiknya Aryan dengan kau.'' Aku memandang Fitri. Aku buat muka meluat bila dengar angan-angan Fitri. 'Simpan je lah angan-angan kau tu Fit. Angan-angan tetap jadi angan-angan.' desisku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai upacara besanding di hotel five stars. Aku dan Aryan terus masuk ke dalam bilik. Letih betul badan ni. Ni semua mummy punya idea. Nak buat wedding of the year kononnya. Tak pe lah, asalkan mummy bahagia itu sudah buat aku bahagia.

Sedang aku merehatkan diri. Aku teringatkan persoalan yang masih berada dalam benakku. Aku memandang Aryan yang ingin membersihkan diri.

"Kenapa awak setuju dengan mummy lamaran saya?" tanyaku.
 

"Aku setuju ada sebab."
 

"Sebab? Sebab apa?"Aryan memandang sekilas isteri yang baru beberapa jam dinikahinya.
 

"Sebabnya kau tak perlu tahu. Biar aku je yang tahu." jawab Aryan.
 

"Kenapa saya tak boleh sebab tu? Kalau saya tak tahu sekarang. Maybe satu masa nanti saya akan tahu juga." balas Airina dengan geram. 'Apahal mamat sorang ni nak bersecret sangat dengan aku ha? Pelik betullah mamat ni." rungut Airina dalam hati.
 

"Kau tak faham bahasa ke ha?! Aku kata kau tak payah tahu, tak payahlah. Kenapa kau degil sangat ha?!" tengking Aryan. ' Kenapalah aku dapat bini macam dia ni. Degil nak mampus. Kalau tak kerana rayuan Auntie Kirana. Dah lama aku ceraikan dia. Baru beberapa jam kahwin dah tunjuk perangai.'
 

"Ok. Fine, kalau awak tak nak bagitahu saya. Tapi ingat, saya tetap akan cari sebab kenapa awak terima lamaran mummy. And for your information, malam ni awak tidurlah atas lantai ya. Saya nak tidur atas katil.Bye.. Assalamualaikum." selepas menghabiskan ayatnya, Airina terus merebahkan badannya di katil.
 

Aryan memandang Airina itu bagai mahu ditelan dan dipatah-patahkan tulangnya.
'Ahh..susah betul dapat bini macam dia ni!!' jerit Aryan dalam hati. Sudahlah badannya letih selepas bersanding ditambah pula dengan perangai 'gila' isterinya itu. Sabo jelah.



Bip..bip..bip


''Hello..Emir where are you?''


''Aku dekat pub biasalah. How about your first night. Mesti bestkan.Hehehe..''  Aryan hanya mencebik bila mendengar ketawa Emir yang seolah memerlinya.

''Best mendanya. My first night like cat and dog ok. It's very embrassing.'' luah Aryan dengan geram.

''Haha..Rilexlah bro. Kau kan pandai dalam hal mengayat perempuan. Aku pun kalah. Oklah bro, gua mau enjoy dulu. I hope you enjoy with your first night. Bye.'' 

Aryan memandang telefonnya. Selepas itu, memandang isterinya yang sedang nyeyak tidur bagai orang yang tak pernah jumpa katil. 'Haihh..macam mana ni? Terpaksa aku tidur kat atas lantai.' Aryan mengeluh lalu pergi ke bilik air.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

''Mummy nak tanya kamu berdua ni. Nanti kamu nak honeymoon kat mana? Cakap je kat mummy. Nanti mummy sponsor.'' kata mummy ketika kami sedang menikmati breakfast.

Aku memandang Aryan yang sedang makan tak 'hengat' dunia. Sedap sangat ke masakan yang aku buat sampai makan macam tu sekali! 

''Err..awak nak honeymoon kat mana nanti?'' dalam hati aku harap dia menolak sebab tak sanggup nak tinggalkan office lama-lama. Yelah, office tu dah macam rumah kedua aku.

''Ai..kenapa panggil Aryan 'awak'. Sepatutnya bila dah kahwin ni kena tukar panggilan macam abang ke B ke kan lagi elok.'' tegur mummy.

Aku yang mendengar perkataan 'abang' dan 'B' mula rasa meluat. Euww..seriously aku rasa nak muntah.

''Hah..kalau macam awak panggil saya B. Bolehkan baby?'' aku yang mendengar kata-katanya, terus meneguk air. Tapi bila aku minum ni rasa macam tak cukuplah airlah pulak.

''What you invite me? Baby?'' harap apa yang aku dengar tadi tu hanya mimpi je. Jangan jadi macam sebelum ni sudah!

''B panggil baby, boleh tak baby?'' 'Ya Allah, nakal betul mamat ni. Suami sapelah ni. Suami sape lagi kalau bukan suami aku sendiri kan!'

''Err..hah.. but i'm not your baby ok.'' bantahku.

''Alaa..apa salahnya. Bukannya dosa pun.''

''Ikut suka hati awaklah.'' terus aku bangun dari tempat dudukku. Lagi lama aku duduk di itu rasa lagi sakit hati kot!

''Hahaha....'' mummy dengan Aryan sama-sama ketawa bila melihat wajah cemberutku yang rupanya lepas makan asam kecut plus cuka.





















    

Tiada ulasan: