Jumaat, 30 Ogos 2013

SINOPSIS BUKAN CINTA TERLARANG

Airina Julia atau lebih dikenali sebagai Ai ialah seorang gadis yang hardworking. Tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Hidupnya hanya dengan bekerja sahaja. Mummy Ai yang menyedari usia Ai semakin meningkat dan dia mula risau sekiranya Ai tidak mahu berkahwin. Mummy Ai mencabar Ai supaya cari calon suami dalam tempoh yang ditetapkan.

''No, mummy takkan berhenti membebel selagi kamu tak jumpa calon suami untuk kamu. Kalau kamu rasa kamu tak boleh cari calon suami, bagitahu mummy. Biar mummy yang carikan.''

Selepas beberapa kali Ai cuba mencari calon suami namun tidak berjaya. Dia pasrah dengan kehendak mummynya itu. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting mummynya puas hati.

 ''Ok, Baik Ai terus terang dengan mummy. Hasilnya kosong. So, lepas ni mummy nak carikan calon suami untuk Ai, carilah mummy. Ai dah tak kesah dan tak nak ambil tahu. Janji mummy puas hati dengan pilihan mummy tu.''

Tetapi ada satu rahsia yang Airina tidak beritahu semua orang walaupun keluarganya sendiri. Kerana wasiat arwah datuknya, dia terpaksa mengambil alih sebagai ketua kongsi gelap yang terkenal di Kuala Lumpur iaitu Gold Dragon. Dan dia sudah berjanji dengan arwah datuknya yang dia tidak akan beritahu sesiapapun tentang kumpulan kongsi gelap itu.

Aryan Wong lelaki kacukan Korea-Melayu-Cina dan kegilaan ramai gadis.Hanya sehari pertemuannya dengan Airina, hatinya penuh dendam. Kerana dia tahu yang Airina adalah ketua kongsi gelap Gold Dragon. Hidupnya tidak terurus dan dia terus dambakan kasih sayang seorang abang. Abangnya mati kerana ditembak oleh ketua kumpulan Gold Dragon itu. Lalu, dia merahsiakan statusnya sebagai ketua kongsi gelap Black Scorpions iaitu musuh ketat Gold Dragon.

Dia telah dilamar oleh mummy Airina dan dia bersetuju untuk berkahwin dengan Airina kerana ingin membalas dendamnya terhadap Airina. Tetapi lama-kelamaan ada satu perasaan halus yang menjentik hatinya tatkala dia berhadapan dengan Airina.

''Awak ni kenapa? dah buang tebiat ke? nak peluk-peluk segala bagai. Seramlah saya kalau duduk dengan awak ni. Dah duduk jauh-jauh''

''Laa..salahkah saya nak peluk bini sendiri? Setahu saya, isteri yang kena dengar cakap suami bukannya suami kena dengar cakap isteri. Tak baik tau. Nanti tak cium bau Syurga tau.''

Sedang mereka melayari bahtera bahagia, satu peristiwa telah terjadi dan menyebabkan rahsia besar yang selama ini disimpan rapi oleh Airina dan Aryan terbongkar. Rumah tangga mereka kucar-kacir hanya kerana  janji Airina dan Aryan dengan kumpulan kongsi gelap mereka masing-masing. Dapatkah mereka menerima keadaan itu? Siapa jadi dalang semua ini. Hanya di WO AI NI..






p/s : sorry kalau sinopsis ni memeningkan kepala korang.. jalan cerita ni baru siap separuh jalan..kena tunggu lah ye..harap dapat menunggu dengan sabar  =)

Tiada ulasan: