Bab 2
“ FIT, kau kat mana ni? Aku dah sampai
kat Pavilion ni.” aku telefon Fitri selepas aku memakirkan kereta
Lamborghiniku.
“Aku dekat Popular ni. Tengah cari novel terbaru. Kau datanglah
sini. Ok?”
“Kau ni memang. Gila novel. Oklah, aku pergi sana. Bye.” Aku
tamatkan perbualan aku dengan Fitri. Takut kredit habis sebenarnya. Dahlah dia
guna Maxis, aku pula guna Celcom. Perghh..kalau lima saat je dah tolak berapa
sen. Aku ni jenis malas nak tambah kredit orangnya. Hidup single memang macam ni kan hehehe..
Sedang aku berjalan, tiba-tiba aku rasa aku dilanggar dan terpeluk
seseorang. Aku memandang orang itu. Alamak..!! Aku terpeluk budak lelakilah
pula. Malunya!
“Opps..sorry saya
tak sengaja.” Aku meminta maaf.
“Tak sengaja? Hei.. kau ni tak ada mata ke nak pandang orang depan
kau? Dahlah peluk aku. Kau dah cemarkan kehormatan aku tahu tak? Dahlah depan
orang ramai pulak tu.” Tengking lelaki itu.
Mata aku terbeliak. Terkejut tuduhan yang dilemparkan. Tak berasas
langsung! “Hello, encik. Saya hanya terpeluk awak je. Bukannya rogol
awak. Pengetahuan asas mana yang awak pakai sampai orang peluk boleh cemarkan
kehormatan orang lain. Setahu saya tak ada pun dalam internet atau mana-mana
bukukan?” Marahku.
“Amboi..panjang pulak syarahan kau ya. Eii..ikutkan hati aku, nak
saja aku cekik kau ni. Kau tahu tak?”
“Sorry, saya tak tahu pun.” Selamba aku menjawab.
“Kau ni kan!! Memang dasar perempuan…”
“Dasar perempuan apa?!! Encik poyo, awak ingat awak lelaki dah
bagus sangat ke? Jangan ingat semua perempuan dalam dunia ni lemah ya.”
“Memang semua perempuan lemah pun. Lemah dengan godaan lelaki.”
Selamba dia mengutuk.
Aku mengetap bibir. Mamat ni nak cari gaduh dengan aku ke?“Encik.
Encik jangan mencabar kesabaran saya ya. Encik belum kenal siapa saya. So, baik
encik jangan buat hal dengan saya.”
“Kau siapa? Angelina Jolie, Kim Chui? Huh, perempuan ni memang nak
kena dengan aku.” Amboi, amboi,amboi perli nampak. Dasar mulut longkang!
“Saya Airina Julia binti Affan Emir.”
Lelaki mulut longkang itu terus terkaku. “Ai..Airina Julia?”
tergagap-gagap dia memanggil namaku.
“Hmm..sayalah orang tu. So, ada apa-apa masalah ke encik? ”
tanyaku.
Lelaki itu hanya menggeleng dan berlalu pergi. Aku pelik dengan
sikapnya. Takut dengan aku ke? Hahaha..baru kau tahu siapa aku. Kutuk aku
lagikan.
Bip, bip, bip...
“Err..Hah, hello Fit. Kenapa?”
“Kau ni boleh pulak tanya aku kenapa? Eh, kau kat mana sekarang
ni? Dah lama aku tunggu kau sampai naik lenguh kaki aku ni.” 'Fitri kalau dapat
membebel mengalahkan mak nenek.' rungutku.
“Give me five minutes. Nanti aku sampai. Ok , dear.” janjiku.
“Ok, five minutes je
tau. Kalau lebih aku blah dulu ok. Bye.”
“Bye.” ' Hahh..letihnya aku layan Fit macam ni. Tapi, siapa
lelaki tu?'
“WOI, kau ni apahal? Nak cari pasal
dengan ketua Gold Dragon pulak? Takkan kau tak kenal dia? Dia tu kalau belasah
orang. memang mati dia kerjakan. Kau jangan main-main bro.”nasihat Hendry pada
Aryan yang sudah mabuk kerana terlebih minum wain .
“Aku peduli apa Hendry. Aku akan balas balik apa yang dia dah buat
pada abang aku. Dia mesti dibunuh. Aku bersumpah yang ketua Gold Dragon tu
mesti dibunuh.!!” jerit Aryan yang bagaikan tiada akal. Apabila syaitan sudah
menguasai diri, maka tiada siapapun yang boleh menghalang.
“Rasulullah SAW melaknat tentang arak,
sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3)
yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang
menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang
membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah :
Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )
“Cuba kau cerita kat aku, kenapa kau benci sangat dengan kumpulan
Gold Dragon tu? Mungkin aku boleh tolong kau ke?” tanya Hendry.
“Kau tak boleh tolong Hendry. Kau takkan boleh tolong aku. Kau
ingat kenapa abang aku tak balik rumah malam tu?”
Hendry mula mengingati semula kejadian yang terjadi tiga tahun
yang lepas. Raiqarl iaitu abang Aryan tidak pulang ke rumah ketika malam mereka
mengadakan party sempena birthday Aryan yang ke-25.
Lebih mengejutkan, sedang mereka berpenat-lelah berparty, tiba-tiba Aryan dihubungi oleh pihak
polis yang mengatakan abangnya dibunuh. Aryan seolah-olah tidak dapat menerima
kematian abangnya itu.
“Hmm..aku ingat. Kenapa?”
“Kau tahu tak siapa yang bunuh abang aku tu?”
Hendry mengelengkan kepala “Tak. Aku tak tahu.” Dan beberapa saat
kemudian, Hendry membeliakkan mata. “Mean, yang bunuh abang kau tu.....”
kata-kata Hendry terputus di situ sahaja. Air liurnya bagaikan tersekat di
kerongkong.
Aryan tersenyum sinis. “Yes, that's right bro. Yang bunuh
abang aku tu ketua kumpulan Gold Dragon.”
“Tapi, aku ada upah salah seorang anggota dalam kumpulan Gold
Dragon tu. Aku mintak dia intipkan ketua dia tu. Dia cakap ketua kumpulan dia
tu seorang perempuan.” Hendry mula memberitahu Aryan apa yang selama ini dia
rancangkan.
Aryan memandang Hendry dengan seribu satu persoalan di benaknya.
“Apa nama ketua dia tu?”
“Tak silap aku nama ketua dia tu Airina Julia, kenapa nak
berkenalan dengan dia ke?” Hendry mengusik.
Aryan mendengus. ‘Huh, tak kuasa aku nak berkenalan dengan orang yang
telah bunuh abang aku tu. Kalaulah aku dapat dia, memang sampai lunyai aku kerjakan
dia. Aku sumpah!’
Blurpp..
Aryan tersedar dari lamunan apabila terdengar batu dicampak ke
dalam air. Huh..Airina Julia, kali ni kau takkan terlepas dari aku. Aku akan
buat hidup kau terseksa sebab kau bunuh abang aku.' Aku sumpah yang aku akan
bagi derita dalam hidup kau. Kau tunggu sajalah.' desis Aryan.
Awan mula mendung. Nampaknya hujan akan turun. Aryan mula
masuk ke dalam kereta Ferrarinya. Dia perlu pulang kerana malam ni dia perlu
menghadiri upacara yang akan mengubahkan status dia sebagai ketua
kumpulan Black Scorpions!
“AI, mama nak cari calon suami hingga
hujung bulan ni je. Kalau tak, mama yang akan pilih untuk kamu.” Ugut Puan Sri
Kirana.
Airina yang sedang membaca novel, bangun. “What?!! Apa ni
mama. Kan mama dah cakap nak bagi peluang untuk Ai.” Bantahku.
“Mama dah lama bagi kamu peluang. Tapi mana orang yang akan jadi
suami kamu? Mana? Tak ada kan. Mama tak nak dah bagi kamu peluang. Makin lama
mama bagi pelung, makin naik lemak pulak kamu ye.”
Aku mengeluh kasar sambil meramas rambut. Arghh!! Mama ni selalu
bikin gua punya hati bikin kacaulah!!
“Baik. Mama tengoklah nanti. Ai akan bawa calon suami untuk mama.
Itu yang mama nak sangatkan.” Ayat calon suami itu aku tekankan supaya dia
boleh dengar sepuas-puasnya.
“Macam tulah anak mama. Mama tahu Ai ialah anak mama yang
mendengar kata.” Katanya sambil usap kepalaku. Mama, Ai ni bukan budak umur
lima tahunlah!
Aku hanya memandang mama yang ingin ke dapur. Aku mengeluh. What
should I do now? Hanya itu sahaja yang bermain di fikiranku. Tiba-tiba aku
teringatkan seorang kaum Adam yang pernah bertakhta di hatiku suatu masa dulu.
Tapi… itu dulu. Sekarang ni dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kenangan
semalam mula menerjah dalam fikiranku. Kenangan yang membuat aku menyesal
seumur hidup sebab tak usul periksa hal sebenarnya. Di mana kali terakhir aku
berhubung dengannya dan kali terakhir aku berjumpa dengannya.
“KENAPA Qarl nak putuskan hubungan kita
ni? Qarl ada perempuan lain ke?” tanyaku.
Raiqarl mengeluh sambil memandang ke arah laut. “Qarl putuskan
hubungan kita ni sebab Qarl ada alasan.”
“Alasan apa?!! Alasan nak sakitkan hati macam lelaki-lelaki lain
buat kat perempuan? Gitu?” aku menengking.
Raiqarl hanya diam. Tidak membalas. Aku mengeluh kasar. Sakit hati
dalam ni hanya Allah je tahu. “Sudahlah Raiqarl Wong. Kalau itu yang kau nak,
fine. Kita putus. Aku tak nak tengok muka kau ada depan aku lepas ni. Kalau
tak, nahas kau!!”
Aku terus meninggalkan Raiqarl dengan perasaan marah.
SEBULAN SELEPAS KEJADIAN ITU…
“ASSALAMUALAIKUM…”
Aku yang sedang berlatih menembak berhenti. Sapa pulak datang
petang-petang macam ni? Ganggu aku je?
“Waalaikummussalam. Ye, datang cari sapa ni?” tanyaku kepada orang
yang bersut hitam itu.
“Ini ada surat untuk cik.”
“Surat dari sapa ni?”
“Dari Tuan Raiqarl Wong.”
“Qarl? Hmm.. saya rasa tak perlu kot saya baca surat ni.” kataku
dengan malas. Luka dalam hati ni masih berdarah.
“Please cik. Terima surat ini. Ini amanah dari tuan untuk saya.
Saya tahu cik amat bencikan tuan. Tapi tuan buat macam ada sebab.” Jelasnya.
“Sebab? Sebab apa? Nak buat saya ni macam perempuan-perempuan lain
di sana tu.” Jerkahku.
“Sebabnya ada dalam ini. Kalau cik nak tahu kenapa tuan buat macam
itu, cik bacalah surat ini. Saya letakkan di sini. Kalau rasa ia tak berguna
untuk cik, cik bakarlah atau koyakkan. Kalau cik bakar atau koyak surat itu
bermakna cik dah buat tuan menderita. Lebih menderita apa yang dialaminya
sekarang ini. Saya minta izin pulang dulu. Assalamualaikum.” Sebaik sahaja
lelaki berkot itu pergi, aku terus ambil surat itu.
Aku membuka sampul surat itu. Terlihat ada cecair merah di surat
itu. Tapi nampak macam darah je. Darah!! Apakah?!! Pantas aku membaca surat
itu.
Kehadapan Airina yang Raiqarl sayangi,
Maafkan Qarl sebab putuskan hubungan kita ini. Qarl tahu hati Ai
terluka disebabkan perbuatan Qarl ni. Qarl buat macam ni ada sebab. Sebabnya
ialah Qarl terlalu sayangkan Ai. Qarl buat macam ni kerana Qarl tak mahu Ai
menangis bila ketiadaan Qarl nanti. Qarl tahu yang Ai ketua kongsi gelap Gold
Dragon. Qarl juga tahu yang Ai adalah cucu arwah Yusuf iaitu taiko besar Kuala
Lumpur. Qarl tahu semua itu. Cuma, Qarl tak mahu bagitahu Ai. Qarl takut Ai akan
benci Qarl. Lebih baik begini daripada dibenci.
Untuk pengetahuan Ai, Qarl adalah ketua kongsi gelap Black Tiger. Kongsi
gelap yang paling dibenci oleh arwah datuk Ai. Itu salah satu sebab kenapa Qarl
minta kita putus hubungan. Qarl tak nak kerana kongsi gelap, kita bergaduh dan bermusuh.Ada
lagi satu sebab kenapa Qarl minta kita putus. Sebabnya adalah Qarl sakit. Qarl sebenarnya
menghidap penyakit barah otak. Tahap kritikal. Qarl tinggalkan Ai bukan sebab ada
perempuan lain tapi sebab semua ni. Maafkan Qarl kerana baru bagitahu Ai sekarang
ni dan maafkan Qarl sebab hadir dalam hidup Ai buat sementara waktu saja. Jaga diri
sayang, ingat semua ni adalah ujian Allah untuk sayang. Kenanganku dalam doamu,
sayang.
Salam sayang,
Raiqarl Wong.
AIR mataku mengalir tanpa dipinta bila
teringatkan semula kata-katanya dalam surat itu. Rindu aku terhadapnya semakin
membuak. Raiqarl Wong. Nama yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Lelaki
yang menyebabkan hati aku jadi arrogant. Aku menganggap dia sama seperti
lelaki lain. Meninggalkan aku kerana perempuan lain. Tapi saat dia mahu
menghembuskan nafas yang terakhir, dia telah menerangkan segalanya. Tentang segala-galanya.
Sungguh suci hatimu sayang. Maafkan Ai kerana menuduhmu sebarangan.
Malam itu, aku tidur ditemani air mata yang mengalir tanpa henti. Sakit
hatiku bila teringat kenanganku bersamanya. Tapi itu lima tahun dulu. Aku amat berharap
sekiranya dia ada sekelilingku, izinkan namamu tetap dihatiku.
*Sorry klu tak best.. hope enjoy.. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan