Aryan menangis tersedu-sedan. Sakit hatinya melihat isteri kesayangannya yang menunggu Malaikat Maut mahu menjemputnya. ''Apa yang awak nak saya lakukan Ai?''
''Saya nak awak bertaubat dan tolong tinggalkan kumpulan kongsi gelap awak tu.''
''Saya janji saya akan tinggalkan Black Scorpions tapi saya tak nak awak tinggalkan saya. Please.. sayang.''
''Saya ter..terpaksa..Aryan. Kalau saya ni Tuhan, saya pun tak mahu mati. Tapi saya kena sedar, saya ni bukan Tuhan yang boleh mengawal semua makhluk-Nya. Semua makhluk di dunia ni tetap akan mati Aryan cuma waktu sahaja yang berbeza.''
'Ya Allah, inilah hamba-Mu yang pernah alpa dengan harta dan kuasa di dunia ini. Kalau inilah balasan untukku. Aku redha Ya Allah. Tapi janganlah Engkau beri balasan seperti ini kepada orang yang kusayang. Aku ingin bertaubat kepada-Mu Ya Allah. Aku harap Engkau menerima taubatku ini, Ya Allah.' doa Airina dengan setulus hati.
''Aryan, awak begitu bererti buat saya. Tolong tunaikan ya janji saya yang satu tu. Please..'' mendayu suara Airina.
Aryan hanya berteleku. Kalau betul aku ni bererti buat dia, kenapa dia tak boleh lawan penyakit dia untuk aku. Aku nak dia hidup dengan aku hingga nafas aku yang terakhir. Tapi...
TAXI BAND- APA ARTIKU.
Hari ini aku denganmu
Buka lamunan dalam hatiku
Malam ini aku berkaca
Dari wajahmu tentang hidupku
Kau ku peluk dan kau dekap
Dan ku menangis sambil berbisik
* aku sayang, aku cinta
Engkau pelita dalam hidupku
Dan ku sendiri tanpa dirimu
Dan ku tak tahu apa artiku
Malam ini aku berkaca
Dari wajahmu tentang hidupku
Kau telah hadir untuk diriku
Dan kau tercipta hanya untukku
Kini aku kehilanganmu
Apa yang penting dalam hidupku
Kau ku peluk dan kau ku dekap
Dan ku menangis sambil berbisik
Aku sayang (aku sayang), aku cinta (aku cinta)
Engkau pelita dalam hidupku
Dan ku sendiri tanpa dirimu
Dan ku tak tahu apa artiku
Dan ku tak tahu apa artiku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan